CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Kereta Dipandu Tunang Terjun Parit

21-1-2023 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1921| Komen: 5

Description: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap pada petang Sabtu.Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan maut di tempat ...
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak-Langkap pada petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan maut di tempat kejadian manakala tunangnya berusia 30 tahun serta adik perempuan yang belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan.



Pasukan bomba mengeluarkan wanita sebelum disahkan maut oleh pasukan perubatan dalam kejadian di Jalan Chui Chak - Langkap, Teluk Intan pada Sabtu. -Foto: Ihsan JBPM Perak


Difahamkan ketiga-ketiga mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Civic dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Gajah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.28 petang.


"Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang ada dalam kereta yang terbabas di Langkap, Teluk Intan.

"Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus digerakkan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan dan operasi tamat pada jam 7.23 petang. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-1-2023 07:23 PM
Allahuakbar, da kenapa bleh smpai terjun parit tu?takziah buat arwah..
Quote slyfynx 22-1-2023 08:00 PM
Jap, cemane identiti adik perempuan tu blm di kenalpasti.
Lain la kalau die tulis identiti wanita yang belum dikenalpasti.
Ni dah mention adik perempuan.
Quote supernaturalee 22-1-2023 09:08 PM
Sblm2 ni ada jgk lalu area sini
Ada ms2 mmg x bnyk kenderaan
Jln plk mostly tegak je , mmg sedap tekan
Certain area je ada selekoh

Quote imanjannah 22-1-2023 09:09 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya, jln Langkap ke Chui Chak tu mmg kecik je, kiri kanan ban, klu lalu situ, mmg suruh husbnd extra hati3
Quote Jitu 22-1-2023 10:49 PM
takziah   

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071325 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top