CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembang Tekak Tengok Staf Berseluar Pendek, Tak Pakai Sarung Tangan! Mi Pula Dilambak Je Atas Lantai

21-1-2023 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3019| Komen: 15

Description: Kembang tekak melihat video menunjukkan proses pembuatan bahan mi di kilang sebagaimana dikongsikan seorang individu di media sosial.Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pengguna bernama @Chira ...
Kembang tekak melihat video menunjukkan proses pembuatan bahan mi di kilang sebagaimana dikongsikan seorang individu di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pengguna bernama @ChiragBarjatya memuat naik video memaparkan proses pembuatan bahan itu dari awal dengan pekerja mengendalikannya dengan cara yang paling menjijikkan.



Mi diproses tanpa mematuhi piawaian kebersihan.

Bermula dari mengendali doh dengan tangan tanpa sarung, sehinggalah memasukkan adunan ke dalam bekas kotor dan meletakkannya di atas lantai, klip itu sekali gus membuatkan rata-rata yang menontonnya mual.

"Bila kali terakhir anda makan mi di tepi jalan?" demikian kapsyen yang mengiringi video tersebut.

Video dimuat naik pada Rabu oleh Chirag yang juga pengasas kelab kejurulatihan kecergasan sehingga kini menerima lebih daripada 400,000 tontonan.


Difahamkan, video dirakam di sebuah kilang pemprosesan mi di India, namun tidak dinyatakan lokasi secara tepat, lapor India.com.

"Proses membuat mi paling bersih di dunia. Mi datang sekali dengan serbuk masala yang lazat dan cirit-birit.

"Bagaimana anda tahu ia hanya digunakan oleh penjual tepi jalan dan bukan oleh restoran lima bintang?

"Kenapa tepi jalan? Restoran pun mesti menggunakan yang sama, bukan?" demikian antara komen netizen. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 22-1-2023 04:11 AM
Dekat India, harap maklum. boleh kansel kembangkan tekak masing2.
Quote Belibis 22-1-2023 07:15 AM
rogayahtop replied at 22-1-2023 04:11 AM
Dekat India, harap maklum. boleh kansel kembangkan tekak masing2.

Kalau vdeo kilang mee cina penang,mau mati selera terus.
Quote batu kikir 22-1-2023 07:35 AM
Mee "bodoh" Melaka tu pakai mee jenama apa  ya?  Penuh nau kedai....tengok customer macam orang tak pernah makan mee goreng. Kebulur nau.  Kalau nak compare...... sedap bini aku buat mee goreng lg.....ada udang,  ada sotong,  ada daging,  sawi secukupnya.  Mee bodoh Melaka tu mee goreng tak cukup syarat
Quote kam3n 22-1-2023 08:50 AM
batu kikir replied at 22-1-2023 07:35 AM
Mee "bodoh" Melaka tu pakai mee jenama apa  ya?  Penuh nau kedai....tengok customer macam orang tak  ...


Saya tak pernah pergi makan di kedai tu. Cuma nak komen, nama pun mee goreng bodoh. Memanglah tak cukup syarat Bila orang cakap goreng bodoh tu maksudnya goreng kosong tanpa rencah. Kalau di tempat saya, biasanya dimakan dengan sambal aje.
Quote pooh~key 22-1-2023 09:51 AM
batu kikir replied at 22-1-2023 07:35 AM
Mee "bodoh" Melaka tu pakai mee jenama apa  ya?  Penuh nau kedai....tengok customer macam orang tak  ...

Apa2 kat melaka memang tak sedap pun sissy. Termasuklah nasi ayam kepal apa benda haram jadah tu sis.
Quote Decaffeinated 22-1-2023 10:50 AM
Anggaplah bilik tu one big container, mamat tu cuma masuk ala2 bersila dalam periuk gitu. Apa2 sumbangan dia sementara dia berada di situ anggap sebagai perisa boleh?
Quote she 22-1-2023 11:30 AM
Cer pegi tengok kilang mee pulak
Kilang dalam shoplot aje
Pekerja bebudak sekolah

Acaner macik tahu?
Sebab masa sekolah dulu
Classmate parents dia buka kilang mee kotiau kek gebu
Kilangnya ya ampunnnnn uwekkk

Tapi dari luor bau lazat sebab bau kek gebu tu
Mak dia baik
Bagi macik pokok kemboja pink tu
Helokkk membesar
Quote Supersirap 22-1-2023 11:48 AM
Kilang yang tiada SOP
Quote PanadolExtend 22-1-2023 07:51 PM
Decaffeinated: Anggaplah bilik tu one big con ...


Husnuzonnnnn
Quote batu kikir 23-1-2023 01:53 PM
pooh~key replied at 22-1-2023 09:51 AM
Apa2 kat melaka memang tak sedap pun sissy. Termasuklah nasi ayam kepal apa benda haram jadah tu s ...

Ada.
Aku suka makan "nasi gunting"
kat Pasar Bacang tu.  
Quote pooh~key 23-1-2023 02:21 PM
Decaffeinated replied at 22-1-2023 10:50 AM
Anggaplah bilik tu one big container, mamat tu cuma masuk ala2 bersila dalam periuk gitu. Apa2 sumba ...

Kincing dan vera, sissyyyy….
Quote Jitu 23-1-2023 04:26 PM
kat india biasa la
Quote sharlenetexas 23-1-2023 04:40 PM
Video penuh

[ig]https://www.instagram.com/reel/CnwCcHXjpw6/?igshid=Yzg5MTU1MDY=[/ig]

Quote cucuq 23-1-2023 06:38 PM
kedai mamak banyak ambik pekerja dri indiaaa
Quote ezacbee 24-1-2023 01:06 PM
batu kikir replied at 22-1-2023 07:35 AM
Mee "bodoh" Melaka tu pakai mee jenama apa  ya?  Penuh nau kedai....tengok customer macam orang tak  ...

Aku tengok full je kedai mee bodoh. Untung gila.
Aku terasa cam bodoh je klo makan kat situ. Itu yg sampai sekarang aku xjejak situ.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.268213 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top