CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Dadah Wanita Jatuh Sungai Ketika Serbuan Dikhuatiri Lemas

21-1-2023 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1056| Komen: 12

Description: Seorang wanita dipercayai penagih dadah berusia 40 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Belat ketika melarikan diri daripada serbuan polis di Pulau Biawak di Batu 3 di sini, semalam ...
Seorang wanita dipercayai penagih dadah berusia 40 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Belat ketika melarikan diri daripada serbuan polis di Pulau Biawak di Batu 3 di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kehilangan wanita itu dilaporkan anaknya di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.


LOKASI seorang wanita dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika melarikan diri dari serbuan polis di Pulau Biawak dekat Jeti Tanjung Punai, Batu 3, di Kuantan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG

Menurutnya, berdasarkan laporan anaknya, mangsa disyaki terjatuh ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri dalam serbuan di lokasi kejadian.

“Susulan laporan itu, anggota polis ke lokasi untuk siasatan awal sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa sering ke lokasi itu untuk menghisap dadah dan ketika kejadian ada saksi ternampak wanita itu terjatuh ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Operasi Ops Tapis dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Dalam operasi tersebut, seramai enam individu ditahan terdiri dua tangkapan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan empat tangkapan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama2.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Zahari berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, mangsa terjatuh ke dalam sungai namun gagal menyelamatkan diri.

“Ketika kejadian itu juga, sungai menunjukkan paras air sedang pasang sekali gus berarus deras,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuantan bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pukul 2.53 hari ini.

“Pihak bomba membuat tindakan awal dengan mencari mangsa di tepi sungai sekitar lokasi kejadian dilaporkan terjatuh sehingga ke Sungai Belat menggunakan bot.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuantan juga diarahkan untuk bersiap sedia bagi misi mencari dan menyelamat di dalam air,” katanya.

Bagaimanapun, operasi yang digerakkan sekitar pukul 3 petang tadi, terpaksa ditangguhkan pada pukul 7 malam ekoran cuaca gelap dan akan disambung, esok. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PanadolExtend 22-1-2023 12:54 AM
Kesian anaknye
Quote Naftalena 22-1-2023 01:07 AM
Para awal-awal tu, 'di sini... di sini' tu di mana wahai reputs cari?

mudahkan laa sikit pembaca. Kita permudahkan urusan orang lain, nescaya urusan kita juga dipermudahkan. Gitewwww....
Quote sharlenetexas 22-1-2023 01:23 AM
Naftalena replied at 22-1-2023 01:07 AM
Para awal-awal tu, 'di sini... di sini' tu di mana wahai reputs cari?

mudahkan laa sikit pembaca. K ...

Di sini. Di sinun. Dia ingat ini soalan kbat ke?


Quote grouper 22-1-2023 01:54 AM
Nak jumpa mayat mcm susah kot sbb sungai ni banyak buaya...cuma xde kes org kena baham je sbb makanan dia udang galah mmg byk kat sini.
Quote rogayahtop 22-1-2023 04:19 AM
Semoga anak arwah terbela nasibnya.
Quote kepompong 22-1-2023 06:55 AM
saksi dia ialah anak dia. Harap anak dia berkata benar lah… bukannya ckp gitu sbb nak lepaskan mak dia dari kena tangkap
Quote green~tea 22-1-2023 07:00 AM
Kalo betul jatuh, nnti timbul le tu....
Quote green~tea 22-1-2023 07:03 AM
Naftalena replied at 22-1-2023 01:07 AM
Para awal-awal tu, 'di sini... di sini' tu di mana wahai reputs cari?

mudahkan laa sikit pembaca. K ...

Hahhahaha.. ingat iols je skroll turun naik cari sungai biawak tu kat negeri mana...


Quote Perawankota 22-1-2023 07:33 AM
Sungai belat tu tak silap ada Buaya... Harap2 jumpa lah mangsa..
Quote gideoncross 22-1-2023 09:31 AM
grouper replied at 22-1-2023 01:54 AM
Nak jumpa mayat mcm susah kot sbb sungai ni banyak buaya...cuma xde kes org kena baham je sbb makana ...

Dlu iol prnh bca news psl pnagih ddah (llaki) yg trjun kdlm sungai yg d prcyai "srang buara" kat Swak, smua org xde nak dkat2 sungai tu & lastly c pnagih tu dpt d tngkap sbb dia naik sndri & mnghairankn, xde stu buaya pun yg nak mkan dia ni, rilek2 je naik balik dlm keadaan baik. Agknya buaya pun xnak mkn mnusia yg isinya x bgus.
Quote kepompong 22-1-2023 10:30 AM
instict i mengatakan mmg anak dia suruh mak dia lari jejauh pastu bgtahu orang makndia masuk sungai.. sbb dia satu-satunya saksi
Quote Decaffeinated 22-1-2023 11:23 AM
anak dia nampak ke dia jatuh? kot dia dah lari naik bas ka

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062354 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top