CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Emilia Dibaling Pinggan, Dicampak Ke Lantai, Bilik Tidur Dikunci -4 Tahun Bekas Isteri SM Faisal Dipukul Berterusan

6-12-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6079| Komen: 49

Description: KUALA LUMPUR – Bekas adik ipar Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, tujuh tahun lalu kakaknya Emilia Hanafi pernah bercerita dia selalu dipukul oleh suamin ...
KUALA LUMPUR – Bekas adik ipar Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini, tujuh tahun lalu kakaknya Emilia Hanafi pernah bercerita dia selalu dipukul oleh suaminya secara berterusan selama tiga hingga empat tahun.


Elisa Nani Hanafi, 38, berkata sepanjang perkara itu berlaku, Emilia Hanafi tidak pernah menceritakan kepada sesiapa dan meminta perkara itu dirahsiakan.

“Pada 20 Oktober 2015, dia (Emilia) memberitahu saya bahawa dia telah secara fizikal dipukul oleh Faisal (S.M Faisal) dan berkongsi foto melalui WhatsApp. Emilia memberitahu saya bahawa ia telah berlaku selama tiga hingga empat tahun (2011 hingga 2015) dan masih berterusan.

“Dia tidak memberitahu orang lain….dia tidak mahu orang lain tahu dan meminta saya merahsiakannya,” kata saksi itu.


Foto: Kosmo


Pada masa sama Elisa Nani dalam pernyataan saksinya juga mengesahkan ada pernah menerima gambar melalui WhatsApp daripada Emilia Hanafi yang mana dalam gambar itu terdapat kesan lebam di paha dan tangan.

Tambah saksi itu selain dipukul, kakaknya juga pernah menceritakan S.M Faisal pernah melempar pinggan sehingga pinggan itu berkecai.

Seperti yang diceritakan, insiden itu berlaku apabila Emilia masak makanan sihat iaitu salmon dengan sos lemon, avocado, buah zaitun dan bayam kerana tahu S.M Faisal sedang berdiet.

“Apabila makanan dihidangkan, Faisal (S.M Faisal) melempar pinggan ke arah Emilia dan pinggan itu berkecai. Faisal juga campak Emilia ke lantai beberapa kali, selain mengoyakkan kad hari jadi dan mengunci bilik tidur mereka yang terletak di tingkat tiga, supaya Emilia tidak boleh masuk,” kata saksi itu lagi.

Terdahulu ketika membaca pernyataan saksinya, Elisa Nani turut berkata, selepas Emilia memberitahu tentang masalah rumah tangganya itu, sebagai adik dia telah menasihatkan kakaknya itu supaya tidak berputus asa.

“Saya memberitahunya, dia (Emilia) adalah orang yang berkahwin dengannya (S.M Faisal) dan jika dia memutuskan untuk memperjuangkan dan menyelamatkan perkahwinan dia tidak harus berputus asa. Saya memberi jaminan bahawa akan menyokongnya tidak kira apa keputusannya,” kata saksi itu lagi.

Sebelum ini pada prosiding lalu, saksi itu memberitahu S.M Faisal merupakan satu-satunya teman lelaki kakaknya, Emilia Hanafi sewaktu zaman persekolahan sebelum kedua-duanya berkahwin pada 2004.

Emilia dan S.M. Faisal yang ketika itu berusia 15 tahun dan masih bersekolah, berkenalan melalui Ezhan yang merupakan adik lelaki mereka (Emilia dan Elisa) ketika mereka bermain kasut roda.

Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Elisa turut S.M. Faisal diwakili oleh peguam-peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader.

Perbicaraan dihadapan Majistret Nadia Othman bersambung lagi 5 Januari 2023. –CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorhairiahma 6-12-2022 04:23 PM
bila nak habis kes ni?

bertahun2 dahh...
Quote kakikuDibibirmu 6-12-2022 04:39 PM
Sofa Merah tersenyum sinis
Quote Dzahin_poch 6-12-2022 04:39 PM
Orang kaya sanggup berhabia duit janji puas hati. Kesian ex wife.
Quote lightheaded67 6-12-2022 04:46 PM
Edited by lightheaded67 at 6-12-2022 04:48 PM

so nnti kes mahkamah habis, kalau laki nya bsalah bayar duit or masuk punjara jelah? baik cuolz check in sndiri jelah acikpesal. keturunan kaya kan bukan luak pun jd banduan. bertahun2 kesah tak habis. cerita makin lama makin bnyk kluar. ataupun aiolz rasa heolz dh tak kisah sbb kezah aib heolz lagi besar dri cerita2 yg akan kluar ni. haah kot. silap2 heolz tak kisah pon cerita jd pnjang2.
Quote auntieagony 6-12-2022 04:52 PM
Ya Allah, berikanlah keadilan kepada isteri2 yg telah diperlakukan secara kejam oleh suami2/bekas suami2 mereka.
Permudahkanlah urusan mereka menuntut keadilan.
Berikanlah ketenangan, ketabahan dan kesabaran kpd mereka menghadapi ujian.
Sesungguhnya kami yakin akan janjiMu bhw mereka2 yg teraniaya pasti mendapat ganjaran pahala.
Insya Allah
Allahumma Aamiin
Quote Purplehaz 6-12-2022 09:25 PM
Sadis nya..
Semoga pelaku mendapat balasan dariNya..aminn.
Quote Lagubestbest 6-12-2022 09:31 PM
Agaknya Emilia tak bagi main belakang kot.. tu pasal mengamuk tak puas hati sampai gitu rupa..
Quote edayildiz 6-12-2022 09:38 PM
nape kena pukul ek? truk la..kaya tp miskin hti dan perasaan..

kiranya ex wife dia pun ank org have have jgk ke?tp dia ni mmg something wrong sikitkn dr zaman arwah bapak dia lg..laki marion yg apak dia hrpkn banding abg dia.
Quote None68 6-12-2022 10:17 PM
Lama benar plak kes ni..agak2 tahun berapa boleh wrap..kalah sinetron indon
Quote ladybugz 6-12-2022 10:42 PM
cerita2 mcm ni ngeri nk berhusbandkan lelaki kaya raya kayangan ni. entahla mungkin disini pentingnya sekufu tu. syukur dgn jodoh sendiri yg sederhana. semoga emilia mendapat keadilan dalam kes ni. too hurtful to follow this case.
Quote pu3_rania 6-12-2022 11:00 PM
auntieagony replied at 6-12-2022 04:52 PM
Ya Allah, berikanlah keadilan kepada isteri2 yg telah diperlakukan secara kejam oleh suami2/bekas su ...

Aamiin Allahumma Aamiin
Quote Orenn1 6-12-2022 11:15 PM
Patutnya nasihat kakak suruh berceraii tinggalkan jantan mcm tu, suruh buat report. Ni siap bagi sokongan kakak pertahankan rmhtangga, ye lah brother in law org kaya, cuba klu jantan low class tak berduitt mana2, mesti dah suruh ceraii
Quote mojarean_X 6-12-2022 11:18 PM
Td iols dgr kt radio psl ada pasangan kena sihir pemisah. Dulu lovey dovey tiba2 pasangan berubah jd benci dan baran.
Quote Sazreena 7-12-2022 01:01 AM
Duit byk tapi mental. Mmg jantan pendera tak guna. Aku tunggu je bideo sopa merah kuar...
Quote shernazz 7-12-2022 07:27 AM
Ada check mental.si faisal ni tak?
Kot ada short wire ke..
Gila punya orang..bini sundiri tibai cenggitu skali...
Quote sangbara2020 7-12-2022 08:38 AM
spi jd nenek bru setel kot kes ni
setel pun sbb ada yg mati agaknya
Quote noor2 7-12-2022 09:51 AM
Orenn1 replied at 6-12-2022 11:15 PM
Patutnya nasihat kakak suruh berceraii tinggalkan jantan mcm tu, suruh buat report. Ni siap bagi sok ...

7 tahun sanggup kena pukul ....euww....pelik....
Quote cm_vungtau 7-12-2022 09:55 AM
Bodohnya adik. Kakak bagitau dia kena pukul, ko cakap suruh pertahankan rumah tangga. Entah2 happy dalam hati rumah tangga kakak berantakan.
Quote Orenn1 7-12-2022 09:56 AM
noor2 replied at 7-12-2022 01:51 AM
7 tahun sanggup kena pukul ....euww....pelik....

Tu lah, mmg pelikk klu dipukul teruk2 mcm tu blh bertahan punya lama mcm tu. Sebelum dorg bergaduh teruk semua tu dia mcm happy2 je selalu berjimba g karaoke dgn geng dia katanya.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056430 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top