CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Senarai Nama Calon Timbalan Menteri Sedang Diteliti

6-12-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 890| Komen: 4

Description: PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan masih dalam proses penelitian senarai calon timbalan menteri yang bakal mengisi pelbagai portfolio dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan masih dalam proses penelitian senarai calon timbalan menteri yang bakal mengisi pelbagai portfolio dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Anwar sudah meminta kesemua parti dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan agar menyenaraikan nama calon yang layak bagi dipertimbangkan.

“Saya difahamkan bahawa semalam memang telah ada perbincangan berhubung perkara ini dan proses penelitian senarai nama masih berjalan sepanjang minggu ini.

“Insya-Allah, saya menjangkakan proses semakan latar belakang calon dan portfolio yang bakal diletakkan kekal mungkin ada sedikit masa antara satu atau dua minggu,” katanya selepas merasmikan Persidangan ‘Kick-Off’ Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 anjuran Unit Perancang Ekonomi tadi.

Rafizi bersalaman dengan peserta selepas Majlis Perasmian Kick Off Conference Kajian Separuh Penggal RMK12 di Putrajaya Foto: Kosmo


Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bilangan mereka yang layak disenaraikan bergantung kepada nilai faktor ‘sumbangan’ daripada parti tersebut kepada pembentukan kerajaan sedia ada.

Pun begitu, beliau, enggan mendedahkan sebarang butiran terperinci kerana tiada apa-apa maklumat lengkap termasuk kemungkinan ada lagi pelantikan senator yang baharu.

“Senarai calon yang dicadangkan kepimpinan parti tersebut jika dimuktamadkan akan dipersembahkan untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Azharitubunga 6-12-2022 04:49 PM
Jeng jeng jeng
Quote kakikuDibibirmu 6-12-2022 04:50 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Quote rosedemon 7-12-2022 10:25 AM
terbaik sed sadik
Quote airmineral 7-12-2022 10:33 AM
xperlu la timbalannnn
apa fungsinyeee?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057067 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top