CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tisu Bahu Mungkin Koyak, Ashraf Muslim Cedera Ditendang Kuda

5-12-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1294| Komen: 10

Description: Ashraf Muslim dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu selepas terjatuh akibat ditendang seekor kuda yang ditunggang rakannya dalam satu acara, kelmarin.
Ashraf Muslim dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu selepas terjatuh akibat ditendang seekor kuda yang ditunggang rakannya dalam satu acara, kelmarin.


Ashraf yang kini mendapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, berkata, dia bersyukur apabila tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya cedera ringan di bahu kiri dan kanannya.


Foto: IG

"Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Alhamdulillah kesakitan pada bahagian bahu ada kurang sedikit. Sekarang saya di PPUM sebab kemungkinan tisu di bahagian bahu saya koyak. Semalam saya sudah dibenarkan pulang ketika menerima rawatan di hospital di Kuala Terengganu.


"Nasib baik tiada anggota badan yang patah. Biasalah adat bersukan, tak sakit tak perlu bersukan. Kalau tak nak sakit jangan bersukan," katanya.



Menerusi perkongsian video di Instagram, Ashraf berkongsi keadaannya yang berbaring dalam sebuah ambulans.

"Tunggu sebulan lagi, sebaik saja pulih Insya-Allah kita tunggang kuda semula. Apapun terima kasih kepada yang membantu. Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak hospital yang sungguh cekap dan teliti. Terima kasih doktor dan jururawat.



"Mungkin kali ini tiada rezeki untuk habiskan 40 km (kilometer), tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan berjuang untuk itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 5-12-2022 03:53 PM
So? Masuk sepital private ke?
Quote KamikuP 5-12-2022 03:58 PM
Kami kene buat apa skrg ni?
Quote margo20 5-12-2022 04:03 PM
So nk buat crowdfunding ke cane ni? Ke nak buat majelis doa selamat?
Quote lightheaded67 5-12-2022 06:39 PM
heolz kena menuntut ilmu kuda dgn budak latu sikok bagi duo tu, jerit pekik tlolong pun  chill  jah tak kena tendang ahaha
Quote AcikBuncit 5-12-2022 07:35 PM
Xpela ada dua bini boleh tlg jaga hang sakit reput cmane pun nohhh..
Quote virgocircus 5-12-2022 09:19 PM
Huntong ade bini doktor kan. Boleh attend bila2 masa. Hmmm
Quote anilanil 5-12-2022 09:49 PM
So, nak kena carik bini no 3 tlg jaga ke camna?
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 09:51 PM
Cara nak hafal warna pelangi:

M - Mahathir
J - Jatuh
K - Kuda

Quote Rogue98 6-12-2022 03:08 AM
Kau buat apa kat belakang kuda tu....
Quote rosedemon 6-12-2022 10:22 AM
berebut la bini2 hang nak jaga dapat pahala sorga nohh

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045301 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top