View: 1137|Reply: 10
|
Tisu Bahu Mungkin Koyak, Ashraf Muslim Cedera Ditendang Kuda
[Copy link]
|
|
Ashraf Muslim dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu selepas terjatuh akibat ditendang seekor kuda yang ditunggang rakannya dalam satu acara, kelmarin.
Ashraf yang kini mendapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, berkata, dia bersyukur apabila tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya hanya cedera ringan di bahu kiri dan kanannya.
Foto: IG
"Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Alhamdulillah kesakitan pada bahagian bahu ada kurang sedikit. Sekarang saya di PPUM sebab kemungkinan tisu di bahagian bahu saya koyak. Semalam saya sudah dibenarkan pulang ketika menerima rawatan di hospital di Kuala Terengganu.
"Nasib baik tiada anggota badan yang patah. Biasalah adat bersukan, tak sakit tak perlu bersukan. Kalau tak nak sakit jangan bersukan," katanya.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Ashraf berkongsi keadaannya yang berbaring dalam sebuah ambulans.
"Tunggu sebulan lagi, sebaik saja pulih Insya-Allah kita tunggang kuda semula. Apapun terima kasih kepada yang membantu. Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak hospital yang sungguh cekap dan teliti. Terima kasih doktor dan jururawat.
"Mungkin kali ini tiada rezeki untuk habiskan 40 km (kilometer), tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan berjuang untuk itu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
So? Masuk sepital private ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kami kene buat apa skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
So nk buat crowdfunding ke cane ni? Ke nak buat majelis doa selamat? |
|
|
|
|
|
|
|
heolz kena menuntut ilmu kuda dgn budak latu sikok bagi duo tu, jerit pekik tlolong pun chill jah tak kena tendang ahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Xpela ada dua bini boleh tlg jaga hang sakit reput cmane pun nohhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huntong ade bini doktor kan. Boleh attend bila2 masa. Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
So, nak kena carik bini no 3 tlg jaga ke camna? |
|
|
|
|
|
|
|
Kau buat apa kat belakang kuda tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
berebut la bini2 hang nak jaga dapat pahala sorga nohh |
|
|
|
|
|
|
| |
|