CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Mentua Degil Nak Tidur Bilik Anak Dan Menantu

1-12-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 755| Komen: 3

Description: Seorang wanita mendedahkan sikap ibu mentuanya yang degil sehingga mengguris perasaannya sebagai isteri dan juga menantu.
Seorang wanita mendedahkan sikap ibu mentuanya yang degil sehingga mengguris perasaannya sebagai isteri dan juga menantu.

Menurut apa yang dikongsikan melalui media sosial, pengadu memberitahu bahawa ibu mentuanya telah bercerai dengan suaminya menyebabkan dia tinggal seorang diri di rumah.

Di kemudiannya mula pergi ke rumah anak-anaknya secara bergilir.

Sifat degil ibu mentua semakin terserlah selepas tiba gilirannya tidur di rumah pengadu dan dikatakan dia lebih selesa tidur di sana berbanding anak-anaknya yang lain.


Gambar Hiasan


"Mungkin sebab suami saya jenis melayan apa saja yang dia mahu. Jadi kami bagi dia bilik paling kecil sebab dia tidur seorang dan tidak duduk lama di rumah."

Walaupun bilik kosong telah disediakan untuk ibu mentuanya, namun dia tetap berdegil untuk tidur di bilik utama iaitu bilik milik wanita berkenaan dan suaminya.

Alasannya bilik yang diberikan tidak mempunyai tandas dan perlu menggunakan tandas yang terletak di bahagian dapur.

Wanita tersebut kemudiannya dikejutkan dengan keadaan katil seperti ada orang yang baring semasa ketiadaan dirinya pada waktu siang kerana dia yakin telah mengemaskan cadar sebelum keluar bekerja.

Tindakan itu juga ditegur oleh suaminya sendiri dengan melarang ibunya daripada masuk ke bilik menyebabkan dia merajuk dan terus pulang ke rumah sendiri. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-12-2022 10:30 AM
ko racun je mak mtua ko tu. semak
Quote prince_marhaen 2-12-2022 09:47 AM
tt ni jenis copy paste sambil layan tiktok sambil minum todi mabuk ke... ni bukan artikel cerita nok... ni macam kau tetiba berbual ngan orang sebelah..pastu "kawan aku kata"... dah habis.
Quote Thunderclouds 1-12-2022 06:24 PM
Apa laaaaa yg tt cuba sampaikn nehhhhhh...cita xdak kepala xdak ekoq badan sekerat. Boh kt CI. Ayoyo..mabok kaa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.124811 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top