CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Menangis Teresak-Esak Lepas Gagal Selamatkan Anak Dibaham Buaya Depan Mata

2-12-2022 07:03 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6103| Komen: 56

Description: LAHAD DATU - Satu rakaman video menyayat hati menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan seorang bapa yang cedera sambil menangis teresak-esak melihat anak sendiri dibaham buaya.




LAHAD DATU - Satu rakaman video menyayat hati menjadi tular di media sosial menunjukkan keadaan seorang bapa yang cedera sambil menangis teresak-esak melihat anak sendiri dibaham buaya.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Lahad Datu itu berlaku ketika kanak-kanak lelaki berusia setahun dikatakan mendayung sampan bersama bapanya di perairan laut Pangkalan Marin pagi tadi.

Bapa kanak-kanak itu dikatakan cuba menyelamatkan anaknya sehingga cedera dibeberapa bahagian badan dan kepala, namun gagal apabila anaknya dibawa oleh buaya tersebut.


Menerusi video yang dikongsi orang awam, dapat dilihat seekor buaya sedang membaham seorang anak kecil yang sepertinya sudah tidak bernyawa.

Dalam video lain yang tular, ramai sebak melihat si bapa yang terlalu sedih sampai terduduk dan menangis teresak-esak.


Namun, soalan perakam yang seolah-olah tak sensitif dengan situasi bapa membuatkan netizen berang.

"Siapa suruh kau lari tadi kan sudah dimakan buaya?" soal perakam.



Menurut kenyataan Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu, seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi belum ditemui. Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Loading FB Post...

Pasukan bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama agensi lain di sekitar perairan lokasi kejadian. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnDeSouza 2-12-2022 01:13 AM
boya boleh ada kat laut?
Quote jejai 2-12-2022 01:17 AM
bodohnya yg rekod tu cakap macam tu
Quote edayildiz 2-12-2022 01:17 AM
buaya hidup jgk ke kt laut?
Quote jejai 2-12-2022 01:20 AM



ada je..buaya air masin orang panggil. biasanya buaya air masin size lagi besar dari air tawar
Quote watatakut 2-12-2022 01:28 AM
Edited by watatakut at 2-12-2022 01:33 AM


besar giler wei... trauma bapaknya tu. aku rasa tahun2 sudah macam pernah juga baca kes budak kena baham buaya di lahad datu sana. memang buaya besar2 sana
Quote Cleocatra 2-12-2022 01:55 AM
Tak sampai hati nak tengok bideo
Quote I.K.A888990 2-12-2022 02:36 AM
aku nak je cibai org yg bercakap tu
x sensitif lgsg. dia baru je kehilangan anak depan mata pastu ckp mcm tu. org tu tgh trauma
Quote Babai 2-12-2022 02:39 AM
watatakut replied at 2-12-2022 01:28 AM
besar giler wei... trauma bapaknya tu. aku rasa tahun2 sudah macam pernah juga baca kes budak kena  ...

Kasi tembak buaya yang dah terlebih besar.
Quote Rogue98 2-12-2022 02:39 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun.....semoga dipermudahkan segala urusan si bapa....
Nampak dia sedih and trauma.
Quote Nham22 2-12-2022 02:46 AM
Die xtau ka kawasan situ ade buaya..? Buaya ni serang sampan depa ka sampai terpelanting... Ganas
Quote vespa_oren 2-12-2022 04:17 AM
Besar buaya tu, ada video sekali buaya tu bwa budak tu ke bakau
Quote tikusmontok 2-12-2022 04:20 AM
JohnDeSouza replied at 2-12-2022 01:13 AM
boya boleh ada kat laut?

Boya air masin lebih ganas...pernah dilaporkan di pantai pd bbrp tahun dulu
Quote makita 2-12-2022 05:37 AM
Bodoh la haiwan yg ckp sapa suruh lari tu. Org tu dah lah hati hancur anak mati..boleh di padan muka kan org tu.
Quote paz 2-12-2022 07:30 AM
Sedih tgk bapa dia. Tengok video buaya tu trauma betul. Takut pulak nak pergi mandi manda laut dan sungai.
Quote meteorspeed 2-12-2022 07:37 AM
Aku pun kompius kat laut ada buaya yp ios dah tgk video tue kesian bapak dia n anak dia.. Kenapa tak tbak jer semua buaya tue
Quote sangbara2020 2-12-2022 07:48 AM
buaya tu libas sampan dia ke?
kesiannya...syurgalah tempat kau nak...
Quote shark 2-12-2022 08:08 AM
Edited by shark at 2-12-2022 08:09 AM

Besar betul.berapa meter lah ni. Yg wa pelik siapa rekod ni.dari drone ke heli ke dari rumah


Quote emera 2-12-2022 08:13 AM
Kawan aku dok kat oil rig kata, kat bawah oil rig tu ada je buaya standby. Besar2. Tunggu makanan.
Quote piyek92 2-12-2022 08:25 AM
Ada baca kat mana ntah..orang kata dorang ni pati.cuba lari dari serbuan naik sampan sekali sampan kena libas...kesiannya

Mungkin maksud yg cakap kenapa ko lari tu sebab ni la kot..lari dari serbuan

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.080130 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top