CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Piala AFF: "Satu Tahun Main Bola Tanpa Berhenti Dan Cuti Hanya Enam Hari? Pemain Bukan Mesin,"-TMJ

1-12-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2630| Komen: 22

Description: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan keputusan 11 pemain Harimau Selatan yang menolak tawaran untuk mewakili skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2022 kali i ...
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan keputusan 11 pemain Harimau Selatan yang menolak tawaran untuk mewakili skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2022 kali ini.


Menurut Tunku Ismail, kejohanan Piala AFF tiada dalam kalendar antarabangsa FIFA selain barisan pemain skuad utama JDT berhak membuat keputusan tersebut selepas bekerja keras sejak Januari tahun ini.


Foto: Google

“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila kewakili skuad kebangsaan ketika aksi kalendar FIFA.

“Namun, mereka juga manusia yang menjalani latihan dan bekerja sejak Januari dan manusia mana yang bekerja tanpa sebarang cuti.


“Malah, Piala AFF adalah kejohanan yang mengacau saingan lain kerana pemain sepatutnya melaporkan diri pada awal Januari sedangan Piala AFF berakhir pada 15 Januari dan bila mereka boleh cuti.

“Satu tahun main bola tanpa berhenti dan cuti hanya enam hari? Mereka bukanlah mesin,” kata Tunku Mahkota Johor dalam satu muat turun di Instagram peribadinya hari ini.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail jugak mengkritik sikap individu yang ‘kemaruk’ Piala AFF dan dianggap sebagai mengambil kesempatan semata-mata.

“Semua butakan kejayaan dan tiada sikap kemanusiaan. Itu pasal (bola sepak Malaysia) tak kemana.

“Mereka yang terkejar Piala AFF yang tiada dalam kalendar FIFA ini hanya populis untuk meminta simpati orang ramai kerana mahu naikkan imej peribadi yang dah tidak relevan dalam industri bola sepak tanah air,” katanya.

Sebagai rekod, hanya dua pemain JDT iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah yang berada dalam senarai 28 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon untuk mengharungi kempen Piala AFF 2022 yang akan membuka tirai rasmi pada 20 Disember depan.

Sementara itu, tonggak penting JDT seperti Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies, Shahrul Saad dan Natxo Insa antara yang menolak tawaran atas urusan peribadi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 1-12-2022 06:20 PM
Kelab kt malaysia kn ada yg lain offer la kt lain. Try bg sarawak, sabah, melaka, kl city - gabungkan. Mana tau menjadi.ni balik acah baru menang ngan kelab / negara divisyen rendah g berjimba kt club malami.
Quote rosedemon 2-12-2022 10:30 AM
apa2 lah nyah
Quote mamajawie 2-12-2022 02:51 PM
ada terbaca kat fb yang KPG da bleh start packing bag n nyah dari kem bola sepak malaysia..siap cakap camtu la perasaan tan cheng ho masa jadi coach malaysia dulu..tapi nk wat camne khuenss..
Quote haruslah 2-12-2022 09:17 PM
PERMAIN malaysia
Quote phiyya 2-12-2022 09:24 PM
Ni peluang untuk pemain dari kelab lain untuk tonjolkan game dorg dan in the long run kita takpayah nk melukut tunggu player kelab tu je
Quote darkness 2-12-2022 09:57 PM
Angkut semua best player dr kelab lain, pastu taknak lepaskan bila kejohanan melibatkan negara. Itu yg berlaku time coach tch dulu..kalaupun xda dalam kalender fifa, ini melibatkan negara kut. Nak utamakan sangat piala asia dan piala dunia, sedangkan perlawanan sea ni pun kalah dgn vietnam lagi nak cakap pasal kalendar pipa. Aku harap sangat kendalian muka baru pan gon tu menjadi. Biar ramai2 tu boleh pilih player tanpa melibatkan org yg hadap kalendar pipa tu.
Quote orglama 2-12-2022 10:06 PM
darkness replied at 2-12-2022 09:57 PM
Angkut semua best player dr kelab lain, pastu taknak lepaskan bila kejohanan melibatkan negara. Itu  ...

Nanti kalau players lain tu menjadi, dia offer pulak masuk kelab dia tahun depan...
Quote darkness 2-12-2022 10:36 PM
orglama replied at 2-12-2022 10:06 PM
Nanti kalau players lain tu menjadi, dia offer pulak masuk kelab dia tahun depan...

Itulah..yg selalu terjadi. Aku harap sangat faisal halim xmasuk kelab sana. Sorry ye kpd peminat2 kelab..aku hanya suarakan apa yg aku nampak
Quote Zack8hunter 2-12-2022 10:39 PM
ko ingat yg kami yg marhein ni keje 8 bulan je ke setahun??
Quote zuuu 2-12-2022 11:41 PM
Zack8hunter replied at 2-12-2022 10:39 PM
ko ingat yg kami yg marhein ni keje 8 bulan je ke setahun??

Burung helang mana nak faham kesusahan burung pipit...ko ni pon kan dia dh cakap dulu pipit xleh terbang sama tinggi ngan helang
Quote tikusmontok 2-12-2022 11:44 PM
Jaguh kampung kompang jer lebih, pipa ke hulu pipa ke hilir sebelah kaki pun tak layak.harkkktuihhh
Quote dudaberhias 2-12-2022 11:46 PM
yang pasti bola malaysia dari dulu sampai kini hanya syok sendiri jah...

harap2 ada la kemajuan...
Quote theotherfriend 3-12-2022 01:58 AM
Please hire proofreader.
Quote haruslah 26-12-2022 10:27 PM
darkness: Angkut semua best player dr ke ...


Saya akan terus bunuh bolasepak malaysia
Your countty not.my country

Lupa ke dulu aidil...sapiq penah bersara dr national team
Pastu masuk smula
Pasal ape....hahah ytjt
Quote cm_vungtau 26-12-2022 11:07 PM
Edited by cm_vungtau at 26-12-2022 11:09 PM

Apa2 aje lah.
Quote mbhcsf 26-12-2022 11:34 PM
Edited by mbhcsf at 26-12-2022 11:46 PM

ape pasal ye isu ni masih berbunyi , cer tengok KPG kendalikan pasukan ni ?

walaupun tak ada majoriti pemain JDT, then  i nampak sangat sangat lain kualiti permainan yg ditunjukkan oleh pemain bola sepak negara setelah  piala AFF ni diadakan pada 2021 lepas , ya ALLAH lain sangat

u bayangkan last time  dengan kualiti permianna yg so - and so kita bercita cita ke final ?
u tengok now dengan asbab and Allah izinkan, kerja kuat, extra work KPG yg tahu  , tengok the best of the local talents, dia tahu pemain tu  apa kelebihan and sesuai posisi mana and kalau boleh dia nak terapkan pemain tu boleh ade  multiple skills and positions supaya sesuatu team dia tu, tak terlalu bergantung pada individu sorang tu jeeeeeee nak sumbat gol, dia juga nak kene cari peluang etc. kalau dulu , seseorang pemain tambatan malaysia kene kepung, itulah that's it habiz , struggle nak finishing. now, Faisal Halim kene kepung masa mula, dia turun ke bawah dan dia mula bagi peluang kepada kkwan lain nak sumbat gol...so susah pihak lawan...

semua kena contribute. bukan lari lari tanpa signifikan di tengah padang macam dulu duludah.

so - i nampak AFF ni kali ni , walaupun pemain experienced and  elites tolak , bagus juga sebab KPG akan tahu  pilih sapa pemain yg at par and of the same competency level as the  JDT and even more pun...i mean  selama ni kalau tengok sesuatu pemain tu takla ternama and still young ye dalam liga malaysia tapi bila ada AFF , see ? beberapa pemain mude yg i tak tahu wujud ye dan  boleh tonjolkan kekuatan and serlahkan potensi sebenar mereka,  dan ini  baguz   untuk  bbola  sepak negara untuk  tengok  sama ada kita bebetul berubah..


i nampak  walaupun AFF ni mengacau tapi dari aspek motor learning and latihan , ia relevan pada bole sepak kita...dari segi kita nak tengok level  kualiti tu: pemain, gaya and skills.

kita dulu asyik kalah je  pada Thai and vietnam and lelain sejak 2012  onwards kot alaaa tengoklah at SEA games kannnnnnnnnnn.......kalau ini pun struggle  adehh....., now under KPG,  ade perubahan...so i sokong je , lagi pun i seuju je FAM ambik jurulatih ygbebetul sanggup buat extra work and seripus work, melalui inisiatif KPG , dapat lihat yang  kita tak hilang and masih ada local talets yg mampu and layak main di pentas SEA, Asia etc tapi depa ni somehow  and somewhat tak terkenal sebab dikaburi dengan persona figure2 lain  yg dalam liga malaysia dok tumpu, bila i tengok KPG  pilih player  kali ni - wow ...not bad ye...

i setuju je...

dari segi pencapaian club i rasa JDT , KLCity and a few like Selangor dah boleh ngorak langkah ke level seterusnya...bagusz untuk you all.

okaylah baik untuk club anda , tapi AFF Ni i nampak kalau singapore pun join and i think ini  ade bearing certain significance jugak...tengoklah level singaporean players pun...

i  think jurulatih  yg berdarah ASIA juga yg tahu and nampak nak bimbing  bebetul anak didikan asia  .

masih ingin lihat apa jadi pada players and kualiti permianan pada team yg dulu di bawah mamat aussie tuMulroney tu...

ape jadi ye...sebab tengok Hakimi tu 19 years boleh je masuk HM team and sumbat satu gol bergaya.
pada i, AFF ni relevan and baguz lah ujian kali ni bila pemain elites and experienced tolak atas apa apa rasional pun...KPG may be ade persepsi ? tertentu akibat nsiden ni??? tapi  TAPI.....tengok , dia mampu je pilih the  best players  juga and sejak lawan persahabatan  dengan  2 negara tu , kita nyer defence tak boles lagi...


tengoklah esok dgn vietnam ...ia under korean coach jugak ye?


hahahaha...


so now , jurulatigh bola sepak adalah dari kalangan negara asia timur raye ye...

Singapore - Japanese coach
MAlaysia  - Korean
Indonesia - korean
Vietnam - Korean
LAos - that Eu guy
Thailand  - that EU - based guy
Filipina - I dunno
timor leste
Brunei - EU based ???
Myanmar ? - dunno


Quote mbhcsf 26-12-2022 11:49 PM
darkness replied at 2-12-2022 09:57 PM
Angkut semua best player dr kelab lain, pastu taknak lepaskan bila kejohanan melibatkan negara. Itu  ...

i setuju tang  u mention player kita at SEA level, performance camne...kan...yeah, saya harap menjadi..



Quote darkness 27-12-2022 08:50 PM
haruslah replied at 26-12-2022 10:27 PM
Saya akan terus bunuh bolasepak malaysia
Your countty not.my country


Angkuh namanya tu.

Tapi serius aku tak tahu pula pasal aidil dan sapik tu..


Quote ResellerMaxis 27-12-2022 10:18 PM
Ramai lagi pemain kelab lain yang xsabar nak berbakti untuk negara.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.269569 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top