CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susah Dihubungi Wartawan, Hael Husaini Dah 4 Tahun Tak Ada Telefon Bimbit

23-11-2022 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5390| Komen: 57

Description: Umpama lapang sasar, peluru kecaman ditembak bertubi-tubi ke arah penyanyi dan komposer sensasi, Hael Husaini, 34, sejak akhir-akhir ini.
Umpama lapang sasar, peluru kecaman ditembak bertubi-tubi ke arah penyanyi dan komposer sensasi, Hael Husaini, 34, sejak akhir-akhir ini.

Setiap gerak geri atau perbuatan dilakukan, ada sahaja komen negatif dilemparkan sama ada dalam menjalani kehidupan seharian mahupun paparan media sosial.

Selepas isu penampilan persis bintang K-Pop jadi buah mulut, terkini komen ditinggalkan penyanyi lagu Jampi dan Haram dalam Instagram (IG) milik aktor kacak dari Thailand, Gulf Kanawut yang pernah membintangi drama yang mengangkat hubungan sejenis turut mengundang spekulasi nakal netizen.

Foto: IG

Namun, Hael terus mengunci mulut memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan sehingga hari ini.


Mengulas penampilannya seperti bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwanya menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti 'oppa', Hael enggan mengulas perkara itu.

Sebaliknya, penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan itu mendedahkan, gaya dan penampilannya ditentukan oleh penata gaya.



"Jujurnya, saya memang tidak pandai berfesyen atau melaram. Imej dan penampilan saya semuanya ditetapkan penata gaya. Jadi, lebih baik saya serahkan pada pakar.

"Dengan adanya bantuan penata gaya, peluang untuk saya bekerjasama dengan jenama antarabangsa semakin terbuka luas.

"Saya pun tidaklah terlalu obses dengan kecantikan. Cuma, sebagai selebriti, saya kena sentiasa menjaga penampilan," katanya kepada BH Online.



Berhubung isu komen dalam IG Gulf Kanawut yang tular, baru-baru ini, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10 itu memilih untuk mengunci mulut.

"Saya tak nak jawab," kata Hael ringkas.

Disebabkan sering dihambat kontroversi, timbul juga dakwaan Hael cuba mengelak daripada ditemubual media berikutan tindakannya tidak menjawab panggilan dan membalas mesej dihantar.

Saat diajukan pertanyaan itu kepada empunya diri, Hael menepis dakwaan dengan menegaskan tidak pernah mempunyai masalah dengan wartawan.



"Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.

"Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka.

"Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.



"Segala komen negatif juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kecaman, tetapi saya seorang yang cepat runsing.

"Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu komen negatif. Saya mahu lebih fokus pada kerjaya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-11-2022 12:23 PM
Fwfeling dayang nurfaizah kah kau?
Quote acepark 23-11-2022 12:24 PM
oppa ke?kita semua ni bukan x hensem atau lawa cume duit aja tak ada
Quote esbok 23-11-2022 12:30 PM
habih yang kat tgn tu apa
Quote babelina 23-11-2022 12:30 PM
kelakar tgk dia perform.. kasut dia sure tapak tebal.. nk tinggi gitewwwwww..
Quote nmi 23-11-2022 12:48 PM
Bukan heols rajin Komen peminat kat socmed ka...
Quote SherryZass 23-11-2022 01:04 PM
dia contact keluarga pakai surat ke?
Quote lyshafull 23-11-2022 01:06 PM
Huhuhuhu agak geli dgn tiktok diatas nk buat muka cute tapi muka keras kesan filler ke ape
Quote Sunkiss8999 23-11-2022 01:18 PM
Eee tlg la..perasan artis fofuler mcm hollywood..yg exclusive nak mampus..sampai nak contact pun susah..kau tu haelina je..takde menang award international besar mana pun..
Quote edoraixora 23-11-2022 01:20 PM
menipu sangatlah takde hp
takkan x gedik2 nak pakai iphone latest
Quote cikX87 23-11-2022 01:28 PM
percayakah oppa tak punya hp? KAHKAH. aiyoo.
Quote lightheaded67 23-11-2022 01:30 PM
menakjubkan tahun 2023 masih lagi ada ummah zuhud wal haelinah
Quote kotakominami 23-11-2022 01:37 PM
"Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja"
-  maknenye wartawan tidak penting ye...
Quote navyna 23-11-2022 01:51 PM
Susah nk caya 4 tahun x ada hp. Nk org pikir yg komen kat ig mamat gay thai tu bukan dia ke
Quote aciksenah 23-11-2022 01:54 PM
Tiba2 putih melepak pulak Hael ni..
Quote bottompro 23-11-2022 02:09 PM
nipu lah si gayah keji ni takda hp.
habistu cmne ko on grindr nyah?

nanti kehausan bontot menanti jantan nk rodok heshe.
Quote cikatilia 23-11-2022 02:17 PM
gelis nya kau nyah
Quote bulalof 23-11-2022 02:21 PM
yyyuckksss....
Quote laksmanabentan 23-11-2022 02:34 PM
hahahahaa... tetiba dia nak jadi yang terpaling... hahahahhaha...
puihhhh....
Quote mawarkhayalan99 23-11-2022 02:43 PM
membongakkk jahhh takda hp

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077176 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top