CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Disyaki Rogol Gadis Lembam Sampai Melahirkan Bayi Perempuan Bebas Dengan Jaminan Polis

22-11-2022 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1367| Komen: 13

Description: Lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol gadis orang kurang upaya (OKU) sehingga mengandung dan melahirkan bayi perempuan dibebaskan dengan jaminan polis.Suspek berumur 45 tahun dan bekerja sendiri ...
Lelaki yang ditahan kerana disyaki merogol gadis orang kurang upaya (OKU) sehingga mengandung dan melahirkan bayi perempuan dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek berumur 45 tahun dan bekerja sendiri itu sebelum ini direman tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas keluarga mangsa membuat laporan pada 23 Oktober lalu.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki itu dibebaskan sementara menunggu keputusan Asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

“Kita membebaskan suspek dengan jaminan selepas menahan reman dia selama seminggu sebelum ini. Sebarang keputusan lanjut akan dibuat Pejabat Pendakwa Raya selepas memperoleh keputusan DNA terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan suspek yang merupakan suami kepada sepupu mangsa ditahan selepas mangsa yang juga seorang gadis OKU kategori masalah pembelajaran melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4.37 petang, 23 Oktober lalu.

Mangsa tidak mengetahui dirinya mengandung sehingga dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu sakit perut.

Bagaimanapun, bayi malang yang menerima rawatan hampir sebulan di hospital itu meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan jantung berlubang.

Sementara itu, Zaidy berkata, mangsa kini masih ditempatkan di wad HSAH untuk menerima rawatan lanjut dan akan dirujuk kepada pakar kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebaik dibenarkan keluar dalam masa terdekat ini. 


Sumber: UTUSAN






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-11-2022 10:36 PM
Bangsat punya jantan! Bini dia kalau maafkan jgk dia, taktau la nk ckp apa. Bagus jugak baby tu tak survived. Kalau tak, kesian kedia apa la nasib dia kelak.
Quote makiting 22-11-2022 10:38 PM
Jgn bg dekat dgn mangsa utk selamanya..
Quote supernaturalee 22-11-2022 11:04 PM
4.37 petang

4 + 3 = 7

Bgs family tu step up utk kehormatan adik tu

Kita tgu result DNA
Hopefully ada follow up news
Quote zuuu 23-11-2022 03:34 AM
Jantan x guna,sakit hati aq baca berita camni
Quote Suchi 23-11-2022 06:50 AM
Sian, mangsa tu pun tak sedar dia mengandung.

Lama gak dia masih duk wad ye sampai sebulan dah ni.
Budak2 lembam ni kalau ada anak dorang bkn reti sgt nk jaga.
Kat baitus solehah tu ramai je budak2 lembam ni jd mangsa ada yg kena rogol ada yg terpedaya sampai mengandung.
Dorang masih keanak-anakkan je nk jaga baby sndiri pun perlu bantuan org.
Quote margo20 23-11-2022 06:54 AM
Ape punya jantan da elok ade bini normal yg dgn lembam pun bole naik inzal
Quote venom1 23-11-2022 07:01 AM
Dalam kepala fikir se*s je..lelaki macam ni patut diasingkan dari masyarakat
Quote sangbara2020 23-11-2022 08:00 AM
bodoh jantan cmnih...
oku kot, maleh aku nak komen....mcm si##lll
Quote lightheaded67 23-11-2022 08:03 AM
Edited by lightheaded67 at 23-11-2022 08:09 AM

siyal lah. iols mmg tak setuju betul org pmpuan kalau ade mindset nk laki bimbing nk laki bwk hidayah. org laki pun ade bodo dia ade ujian ade siyal dia. halooo ko tgk asiah bini firaun tu, berlaki kan firaun tp sheols syurga, sbb ape?? usaha sndiri lah doa lah sndiri mintak Allah yg bimbing bukan laki. laki pun bimbingan dia dri Allah. tgk lah dh kalo laki gini,dia sndiri rosak, ko dia takleh bimbing, dia rosakkan anak org lain pulak. yal lah
Quote lightheaded67 23-11-2022 08:18 AM
iols tambah komen sat lagi kena spin so takpelah berlaki kan jantan siyal firaun i sabar i syurga, ko kalau bagus ibadat tiptop ko boleh berlaki kan firaun sbb ko sndiri dh top. masalah nye sndiri pun kelaut, lg nak berlakikan jantan firaun.dri hidop sedih pedih layan dia mikir hal dia, baik ko tumpu hidop utk diri sndiri, cari Tuhan.hello Tuhan tu kaya satu bumi ni dia punya, ko nk serve hidop melayan laki tak guna tak ingat Tuhan buruk perangai dah satu sen pun takder?? adu emo lah , sbb iols pun ade kazen lembam oku, also teringat plak time skolah dulu ade kwn permpuan lembam gak, sheols smpi period sndiri pun takleh urus mceceh sgala. kenapalah jantan2 suka buat org lemah.
Quote pinggan 23-11-2022 08:44 AM
Kurang ajar betul jantan perangai mcm ni. Jahat perangai. Amik kesempatan atas kelemahan org lain. Semoga merana hidup kau selama lamanya
Quote Cassieopeia 23-11-2022 09:05 AM
kesiannya... mesti selama ni dia ingat perut dia sakit apala kan sekali nk bersalin.. setan betul laki tu
Quote epullipan 23-11-2022 12:17 PM
kasi benam dalam longkang la jantan tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052170 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top