CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Saham Akhirat, Pasangan Warga Emas Wakaf Tanah Bernilai RM143,000

22-11-2022 07:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 427| Komen: 2

Description: Johor Bahru: "Kami berdua hanya memikirkan saham akhirat, tiada niat lain. Semoga tanah yang kami wakafkan ini mampu membangunkan ummah," kata Md Maarof Ab Kadir, 64.
Johor Bahru: "Kami berdua hanya memikirkan saham akhirat, tiada niat lain. Semoga tanah yang kami wakafkan ini mampu membangunkan ummah," kata Md Maarof Ab Kadir, 64.

Md Maarof dan isterinya, Jaamaeh Masdar, 59 adalah pewakaf tanah seluas hampir satu hektar yang dianggarkan bernilai RM143,000 di Parit Haji Ariff, Benut dekat Pontian.

Katanya, tanah yang diwakafkan itu adalah milik bersama dengan isteri yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sebelum ini.


Harian Metro

"Saya dan isteri rela hati mewakafkan tanah ini untuk umat Islam. Tanah itu adalah pemberian orang tua dan diusahakan untuk tanam kelapa sawit pada sebelum ini.

"Ini kali pertama saya mewakaf tanah. Memang niat hendak diwakafkan. Saya dan isteri sudah niat hendak wakafkan sejak tiga tahun lepas tetapi disebabkan pandemik Covid-19, jadi urusan tertangguh.

"Tiada niat lain, saya lihat ini adalah simpanan saya dan isteri di akhirat nanti, jadi saya terbuka untuk berwakaf," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan hasil wakaf, penyampaian agihan manfaat wakaf dan pelancaran Pelan Pembangunan Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) 2022-2023 di sini, hari ini.

Md Maarof, berharap tanah yang diwakafkan kepada MAINJ itu dapat digunakan untuk kebaikan umat Islam sejagat.

"Kalau ikutkan nilainya tidak besar, namun saya amat berharap manfaat yang diperolehi hasil wakaf ini besar. Mungkin boleh dibina sekolah, pusat tahfiz atau kubur yang bersesuaian mengikut perancangan MAINJ," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-11-2022 09:41 AM
terbaik acik. dah nak masuk kubur pon. wakaf lagi elok drpd jadi rebutan anak2 yg xsoleh bukan reti nk doakan kalau dalam kubur nanti. gitu
Quote laksmanabentan 23-11-2022 09:12 AM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037327 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top