CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Jutawan Terpaksa Jual Hot Dog Tepi Jalan Nak Bayar Hutang RM29 Juta

22-11-2022 07:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1666| Komen: 8

Description: BEIJING – Seorang bekas jutawan yang bankrap di China, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak 46 juta yuan (RM29.4 juta) dengan menjual sosej p ...
BEIJING – Seorang bekas jutawan yang bankrap di China, Tang Jian menjadi tajuk utama berita kerana beliau merancang untuk membayar hutangnya sebanyak 46 juta yuan (RM29.4 juta) dengan menjual sosej panggang di gerai makanan di tepi  jalan.


Menurut Asian One, Jian, 52, mendapat pujian daripada orang ramai di negara komunis itu dengan rancangannya untuk mengumpulkan wang dengan membuka gerai di bandar Hangzhou, timur China untuk membayar balik hutangnya.

Bekas jutawan itu berhutang melibatkan jutaan yuan selepas beliau jatuh muflis, menurut laporan Qianjiang Evening News.

Foto: Oddity Central

Jian yang merupakan pemilik restoran di bandar Hangzhou, China dianggap sebagai salah seorang ahli perniagaan paling berjaya di seluruh Wilayah Zhejiang. 


Pada usia 36 tahun, beliau sudah memiliki rangkaian restoran dan telah mengumpulkan kekayaan tetapi pada tahun 2005, Jian memutuskan untuk melabur sebahagian besar wangnya ke dalam industri kejuruteraan dan beliau mengalami kerugian serta dibebani dengan hutang.

Beliau juga terpaksa menjual restoran, rumah dan keretanya dan berdepan hutang jutaan yuan,  menyebabkan idea mendapat idea menjual sosej.

Bekas jutawan itu pernah berkata dalam satu wawancara bahawa beliau pernah dilahirkan tanpa mempunyai ‘apa-apa’ dan perlu terus belajar untuk menghadapi kesukaran dengan tenang dan mara ke hadapan dengan berani.

Kisah Jian dan video yang menunjukkan beliau mengendalikan gerai sosejnya di Zhejiang menjadi tular baru-baru ini dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mencari kekuatan dalam menghadapi kesukaran hidup. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-11-2022 07:23 PM
thailand pun ada kan kes gini... jutawan pastu dia muflis dia jual sandwich....
Quote krustykrab 22-11-2022 07:42 PM
Orix replied at 22-11-2022 07:23 PM
thailand pun ada kan kes gini... jutawan pastu dia muflis dia jual sandwich....

Ya..iols ingat lg yg kt siam tu..
Quote nurul_akmar 22-11-2022 07:43 PM
dia dh bese kot.. sbb dia mmg susah dulu.. then kaya. then silap percaturan.. miskin balik...
Quote margo20 22-11-2022 08:01 PM
Kalau jutawan segera muflis mane maunye buat gini
Quote Itzy 22-11-2022 09:59 PM
Rugi duit takpe, tapi x beriman pada Allah Yang Maha Esa sangat rugi dunia akhirat.
Quote shernazz 22-11-2022 10:09 PM
Bagus la dia...berusaha utk bayo hutang2
Kalau kepam...berusaha nak lari dari hutang hingga muflis.
Quote rosedemon 23-11-2022 09:41 AM
at least dia ada usaha
Quote pinggan 23-11-2022 09:46 AM
Kuat semangat ya. Bagus la. Boleh jadi contoh utk org lain.

Zaman sekarang, ramai yg klau jatuh teruk mcm ni, from hero to zero, akan depressed n amik keputusan bunuh diri.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060725 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top