CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salt Bae Tayang Stik Daging Dibalut Emas 24 Karat

21-11-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1009| Komen: 6

Description: DUBAI – Seorang cef pempengaruh terkenal di media sosial dari Turkiye, Nusret Gokce berkongsi video di Instagram yang menunjukkan stik dibalut dengan kertas emas 24 karat, lapor Daily Mail.Gambar di ...
DUBAI – Seorang cef pempengaruh terkenal di media sosial dari Turkiye, Nusret Gokce berkongsi video di Instagram yang menunjukkan stik dibalut dengan kertas emas 24 karat, lapor Daily Mail. 


Gambar di Instagram itu mengandungi keterangan gambar iaitu: “Federal Bank (Bank Persekutuan)- 24K Gold (Emas)”. 

Cef itu berkongsi gambar tersebut selepas dia menerima kritikan daripada para pengguna media sosial kerana sebuah restorannya di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenakan bil setinggi 615,065 dirham (RM765,670) kepada 14 orang pelanggannya . 

Foto: IG

Bayaran itu meliputi 9,000 dirham (RM11,203) untuk dua stik Istanbul yang ditutup dengan kertas emas, 5,500 (RM6,846) untuk dua stik Uthmaniyyah emas dan 4,500 dirham (RM5,601) untuk dua daging lembu tenderloin.


Restoran Salt Bae milik cef tersebut menyiarkan gambar bil itu ke akaun Instagram dengan kapsyen: “Kualiti tidak pernah mahal #saltbae #saltlife #salt.” 


Salt Bae Tayang Stik Daging Dibalut Emas 24 Karat


Tidak lama selepas itu, Salt Bae menerima kritikan bertubi-tubi daripada pengguna media sosial yang lain dengan ramai yang meluat dengan bayaran bil tersebut. 

Seorang pengguna menulis komen dengan memberitahu ramai pengguna benar-benar terkejut dengan harga itu dan menyebut jumlah harga tersebut sebagai ‘tidak siuman’. 

Pengguna media sosial lain pula menulis bahawa terdapat kira-kira 98 juta orang berada bawah paras kemiskinan, kehilangan tempat tinggal tetapi cef itu menyiarkan bil tersebut di Instagram. 

” Saya akan berhenti mengikuti anda dan saya harap semua orang untuk melakukan perkara yang sama,” tulis pengguna media sosial itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-11-2022 06:10 PM
Laaa
Dah bisnes dia...
Bior le dia...

Bg iols mmg mahai pung.tp.dia ada target dia...
Sama.cm kedai high end lain juga
Quote rosedemon 22-11-2022 10:10 AM
smpi mati pun tak akan dpt rasa
Quote whimsicalmusic 22-11-2022 10:36 AM
Stik tu da rupa kodok da hahaha
Quote margo20 22-11-2022 10:49 AM
Tak bole panggil steak da klu mcm ni kena panggil stone
Quote nikaido 22-11-2022 10:49 AM
ada lagi ka yg termakan marketing salt bae ni? penah tengok video chef guga (chef US) yg specialize dgn steak pegi makan dkt restoran salt bae, "laa macam ni je" bila rasa steak salt bae
Quote safieyah1984 22-11-2022 12:23 PM
rosedemon replied at 22-11-2022 10:10 AM
smpi mati pun tak akan dpt rasa

anggap jelah rasa dia biasa2 x setanding dng harga, bg iolss dari melabur banyak tang makan yg jadi tahi baik gunakan wang tu ke arah kebaikan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.434140 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top