CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Naik Uber Pergi Rompak Bank- Siap Suruh Pemandu Tunggu Sekejap Di Luar, Dah Siap Selamba Balik Rumah

21-11-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 638| Komen: 1

Description: Seorang lelaki bertindak licik apabila menggunakan perkhidmatan Uber untuk merompak sebuah bank, baru-baru ini.
Seorang lelaki bertindak licik apabila menggunakan perkhidmatan Uber untuk merompak sebuah bank, baru-baru ini.


Lapor Mirror, suspek, Jason Christmas, 42, dari Southfield, Michigan, kemudian memaksa pemandu Uber terbabit menunggu di luar bank sehingga ‘tugasannya’ selesai untuk membawanya pulang ke rumah.

Christmas bagaimanapun ditangkap kerana disyaki merompak Bank Huntington sebelum pukul 5 petang pada 16 November.

Menurut polis, suspek menaiki kenderaan perkhidmatan Uber ke bank dan meminta pemandu itu menunggu ketika dia masuk ke dalam dan merompak bank itu.


Foto: Mirror

Pemandu Uber tersebut langsung tidak menyedari agenda perompak itu ketika dia menunggu di luar.

“Ini adalah cara yang sangat luar biasa untuk melakukan rompakan bersenjata di bandar kami,” kata Ketua Polis Southfield Elvin Barren.

Selepas melakukan rompakan, pemandu Uber memandu suspek kembali ke blok flat didiaminya dekat Lahser sebelum polis tiba di luar pangsapuri untuk menahan Christmas.

Polis Southfield mengeluarkan rakaman kamera badan menunjukkan Christmas digari dan ditangkap.

Dia disoal siasat oleh polis sama ada sudah terkena tembakan kerana ada ‘bahan merah’ yang terdapat di seluruh badannya.

Bagaimanapun, Christmas mendedahkan bahawa ‘barangan merah’ itu adalah daripada pewarna yang tertinggal di dalam dompet yang diserahkan oleh bank kepadanya.

Seorang pegawai polis bertanya kepadanya: “Adakah anda ditembak…. mengapa anda mempunyai bahan merah ini di seluruh (badan) anda?”

Barron berkata, suspek memakai pakaian yang sama seperti rompakan yang disaluti dengan pewarna merah.

Polis menjumpai wang rompakan itu yang mempunyai dakwat merah.

Pihak berkuasa dapat menjejaki pemandu Uber itu dan dia ditahan semula selepas polis menemui nombor platnya pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank terbabit.

Bagaimanapun, pemandu itu menafikan pembabitannya dengan jenayah berkenaan.

Christmas kini berdepan dakwaan melakukan rompakan bank. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-11-2022 10:10 AM
yeke ooh kreatif la ko sndel

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.044134 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top