CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pinocchio Sebenar', Lelaki Dengan Hidung Terpanjang Di Dunia Dengan Ukuran 7.5 Inci

21-11-2022 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1379| Komen: 7

Description: Seorang lelaki menjadi tular kerana dipercayai memiliki hidung paling panjang.Kisah Thomas Wedders mendapat perhatian media sosial selepas laman Twitter Historic Vids menyiarkan gambar arca kepalanya ...
Seorang lelaki menjadi tular kerana dipercayai memiliki hidung paling panjang.

Kisah Thomas Wedders mendapat perhatian media sosial selepas laman Twitter Historic Vids menyiarkan gambar arca kepalanya diperbuat daripada lilin seperti yang disimpan di muzium Ripley's Believe It Or Not.


Lelaki bernama Thomas Wedders dari Yorkshire, sebenarnya masyhur pada abad ke-18 kerana mempunyai hidung terpanjang di dunia iaitu berukuran 19 sentimeter (7.5 inci).


Lelaki itu menempa kemahsyuran pada abad ke-18 kerana mempunyai hidung terpanjang di dunia iaitu berukuran 19 sentimeter. - Twitter/@historyinmemes

Rekod penghibur sarkas itu kekal sehingga hari ini, menurut Rekod Dunia Guinness, tetapi hanya hasil kerja lilin itu menjadi bukti bentuk fizikal hidungnya yang luar biasa.

"Terdapat catatan sejarah bahawa Thomas Wedders, yang tinggal di England pada tahun 1770-an dan merupakan ahli sarkas, mempunyai hidung berukuran 19cm (7.5in) panjang," kata deskripsi di laman web Guinness World Records.

Tiada rekod jelas tentang kehidupan Thomas yang pernah digelar sebagai 'Pinocchio sebenar' itu, bagaimanapun dia dikatakan meninggal dunia di Yorkshire pada awal 50-an.

Bagaimanapun, rekod hidung terpanjang bagi orang yang masih hidup milik Mehmet Ozyurek dari Turki. Dengan ukuran panjang 8.7 sentimeter (3.46 inci), rekod itu disahkan Rekod Dunia Guinness pada November tahun lalu.



Sumber: AWANI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-11-2022 03:28 PM
tu baru hidung ...
Quote margo20 21-11-2022 03:33 PM
Ye ye je tu jgn nk membongak la
Quote R2D2 21-11-2022 03:48 PM
[twitter]https://twitter.com/i/status/1592811404402511878[/twitter]



[twitter]https://twitter.com/i/status/1594572884374077441[/twitter]
Quote ifanonline 21-11-2022 03:58 PM
dah mcm rupa penis
Quote doubleharmonic 21-11-2022 04:48 PM
adakah heshe tak guna jugak persi alepajiz?
Quote shernazz 21-11-2022 06:15 PM
Senang nak korek kan...
Quote imransulaiman 21-11-2022 09:05 PM
Dah kenapa macam rupa kemaluan lelaki???

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.211251 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top