CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Joe Biden Rapat Dengan Cucu, Majlis Kahwin Pun Buat Di Rumah Putih

21-11-2022 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 606| Komen: 0

Description: Presiden Joe Biden mengalu-alukan tetamu ke Rumah Putih, semalam, untuk majlis perkahwinan cucunya, Naomi.Peguam berusia 28 tahun yang berpangkalan di Washington itu berkahwin dengan Peter Neal, 25, s ...
Presiden Joe Biden mengalu-alukan tetamu ke Rumah Putih, semalam, untuk majlis perkahwinan cucunya, Naomi.

Peguam berusia 28 tahun yang berpangkalan di Washington itu berkahwin dengan Peter Neal, 25, seorang graduan undang-undang, di South Lawn, Rumah Putih, dalam satu majlis disaksikan oleh kira-kira 250 tetamu, menurut Rumah Putih.



IG Flotus And Potus

Perkarangan kawasan itu dihiasi dengan bunga putih, sambil jemputan berbaris memandang, menurut gambar yang diambil dari jauh oleh AFP.

Naomi Biden adalah anak perempuan kepada anak lelaki Presiden, Hunter.



AP

"Sungguh menggembirakan melihat Naomi membesar, mengetahui siapa dia dan mencipta kehidupan yang luar biasa untuk dirinya sendiri," kata Presiden dan Wanita Pertama Jill Biden dalam kenyataan.

Bukan sesuatu yang luar biasa apabila rumah agam presiden dengan alamat paling megah di Amerika - 1600 Pennsylvania Avenue - dihiasi untuk majlis perkahwinan.


AP

Persatuan Sejarah Rumah Putih berkata, 18 perkahwinan sudah dilakukan di rumah agam itu, termasuk perkahwinan anak perempuan Richard Nixon, Tricia pada 1971 dan jurugambar rasmi Barack Obama, Pete Souza, pada 2013.

Tetapi ini adalah kali pertama cucu perempuan presiden melakukan majlis di sana.


AP

Rumah Putih dalam kenyataan ringkasnya berkata, Biden menganjurkan majlis makan tengah hari perkahwinan untuk keluarga dan parti perkahwinan di Bilik Makan Negeri, dan majlis resepsi.

Tetapi, sebaliknya pejabat presiden memberikan sedikit butiran mengenai perkahwinan ini yang diklasifikasikan sebagai acara tertutup dan tiada media yang dijemput.


AP

Naomi Biden mengumumkan rancangan perkahwinannya pada September di akaun Instagramnya yang memaparkan gambar percutian, keluarga Biden dan kehidupan sehariannya.

Biden sangat rapat dengan cucunya, yang memanggilnya dengan gelaran Pop dan sering dilihat bersamanya di beberapa acara rasmi.

Naomi dinamakan sempena anak perempuan pertama Biden yang meninggal dunia semasa bayi dalam kemalangan kereta pada 1972, yang turut meragut nyawa isteri pertamanya.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.359146 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top