CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Nak Simpan Marah, Berdendam Pun Tak Kan Ke Mana” – Chef Wan Sudah Berdamai Dengan Shikin Maembong

19-10-2022 07:10 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5756| Komen: 41

Description: Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengumumkan telah berdamai dengan bekas menantunya, Shikin Maembong.



Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengumumkan telah berdamai dengan bekas menantunya, Shikin Maembong.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Wan berkata, mereka mengambil keputusan untuk berdamai dan memaafkan satu sama lain.

"Kami membuat keputusan untuk berhenti bergaduh dan melupakan persengketaan yang berlaku. Juga memaafkan antara satu sama lain.”

Tambahnya lagi, dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas menantunya itu sebaliknya belajar daripada kesilapan dan meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik.

"Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak akan ke mana.”


Bukan sahaja kepada cucu, malah menurut Wan, dia telah berjanji untuk sentiasa berbuat baik dengan menantu dan bekas menantunya.

“Kami ingin melupakan persengketaan yang telah terjadi demi kebahagiaan di hari mendatang.

“Air dicincang tidak akan putus. Sebagai orang dewasa, kami akui kesilapan masing-masing dan telah memaafkan antara satu sama lain.

“Sebagai seorang datuk, saya sentiasa cuba lakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insya-Allah, Alhamdulillah,” coretnya.

Meninjau di Instagram Shikin Maembong, beliau turut memuat naik gambar ketika menghadiri sambutan hari lahir bekas mentuanya itu semalam.

"Family is the best thing u could ever wish for love Tq papa @_chefwan58" katanya.


Terdahulu, perbalahan antara Shikin dan bekas suami, Chef Riz berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka telah menarik perhatian ramai.



Kemudian, salah faham antara Chef Wan dan Shikin berlaku apabila kakak kepada pelakon Emma Maembong itu bertindak menghantar surat saman kerana teguran terbuka yang dilakukan oleh chef selebriti tersebut.



Alhamdulillah, ini adalah keputusan terbaik. Sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah terlepas dari membuat silap. Buang yang keruh ambil yang jernih!- CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-10-2022 04:19 AM
chef wan takut kalah saman ke tu terusss berdamai agittuhh... tapi ok la janji cefwan tak ego tinggi melangit....
Quote dio5774 19-10-2022 04:43 AM
dudaberhias replied at 19-10-2022 04:19 AM
chef wan takut kalah saman ke tu terusss berdamai agittuhh... tapi ok la janji cefwan tak ego tinggi ...

Komen pasal diri sendiri ke..
merujuk gambar avatar uols
Quote ivy23 19-10-2022 07:12 AM
Edited by ivy23 at 19-10-2022 07:15 AM

Bagusla kalau chep one dah berbaik...cuma iols nak bagi nasihat la siket...lepas ni kalau gaduh atau ada selisih faham dengan anak menantu..ex menantu ke..anak saudara ke..ahli keluarga la maksud iols..tak perlu lah nak merentan atau buka aib kat med social..ungkit segala benda kat ig/ fb mahupun tik tok kalau ada...tengokla bila dah baik gini...memang la baik...tapi cerita buruk family chep one satu malaysia dah tau..cerita buruk tu akan kekal dalam kepala netizen yer chep one...ibarat kata...dah ludah lepas tu jilat balik...diri sendiri jugak yang malu...

Kalau gaduh ke tak puas hati lepas ni...chep one gi jumpa depan-depan..lahar je kat muka diaorang yang chep one tak puas hati tu..face to face...senang...
Quote Themilo 19-10-2022 07:32 AM
cuba kira berapa menantu & bekas menantu chef wan ada untuk kedua-dua anak heshe?
Quote Rachel_Green 19-10-2022 07:39 AM
Alhamdulillah...iolls suka tengok orang berbaik2 camni..betul cakap cheff wan...dendam dan marah simpan pon bukan dapat apa..
Quote Rogue98 19-10-2022 07:40 AM
Lain kali jangan sebok merempan kat IG. Bila kena saman tau pulak takut.....bagi alasan rugi bayar lawyer mahal2 ? Air dicincang takkan putus? Nak berbaik dgn menantu and ex menantu? Termasuk ex son in law mat salleh tu ke? Bertahun kau kutuk dia ..dia pun nak saman kau... baru kau senyap.
Quote Namy1971 19-10-2022 07:44 AM
Bukan title menantu tu kekal sampai akhir hayat ke?
There is no such thing like "bekas menantu" even dh divorced kan??
Quote mawarika 19-10-2022 07:45 AM
Bagus la.. baik baik. Yg ni baik i ok. Jgn yg dua tu baik nanti takde sinetron. Forum sunyi sepi. Ok... sayangi dirimu..
Quote lattehazelnut 19-10-2022 07:46 AM
ivy23 replied at 19-10-2022 07:12 AM
Bagusla kalau chep one dah berbaik...cuma iols nak bagi nasihat la siket...lepas ni kalau gaduh atau ...

That will never happen..
Ig mcm diary n he need to update his friends gitew..
N org tua susah nk berubah..
Quote Kurex 19-10-2022 08:18 AM
Taknak berbaik dgn azwan ali ke
Quote black_handbag 19-10-2022 08:22 AM
baguslah dah berbaik. hrp lps ni jangan bergaduh lg ye
Quote lasagna 19-10-2022 08:22 AM
alhamdulillah.. lenkali jaga mulut dan tingkah laku, jgn ego sgt. kan mendapat.
Quote juruterra 19-10-2022 08:33 AM
bila agaknya chefone nk berbaik dgn   pak bella & tristan pulak..apa2 pun iols suka follow ig chefone...walaupun tak suka sgt kawan2 kaya hauk heols (termasuk bekas queen boksit)...kdg apa chefone ckp true to the core
Quote aezvogue 19-10-2022 08:40 AM
juruterra replied at 19-10-2022 08:33 AM
bila agaknya chefone nk berbaik dgn   pak bella & tristan pulak..apa2 pun iols suka follow ig chefon ...

Tula, rasa mcm acah² mesra je kwn² kaya cep one ni bila bergambar..agaknya style org kaya nampak mesra memang cmtu kot
Quote ayukpingu 19-10-2022 08:47 AM
Namy1971 replied at 18-10-2022 11:44 PM
Bukan title menantu tu kekal sampai akhir hayat ke?
There is no such thing like "bekas menantu" even ...

betul.
takde words "bekas menantu"
selalu nya selepas cerai dan berpisah, panggil aje la nama sipolan..."contoh : Aminah, bekas isteri anak saya"

takde pulak ayat "Aminah, bekas menantu saya"
Quote Mata.kucing 19-10-2022 08:51 AM
alhamdulillah hati akan lbeh tenang
Quote cicicumel 19-10-2022 08:55 AM
Yg cucu pakai baju kurung pink tu anak Sikin jgak ke? Cantik.. Yg baju merah tu masa kecik cute
Quote Namy1971 19-10-2022 09:48 AM
cicicumel replied at 19-10-2022 08:55 AM
Yg cucu pakai baju kurung pink tu anak Sikin jgak ke? Cantik.. Yg baju merah tu masa kecik cute

Yg anak sikin baju merah tu kecik2 muka mcm mix ikut side syikin kan.dh besar ni more to muka apaknya riz..
Yg baju pink tu anak girl serina..
Quote missyL 19-10-2022 10:58 AM
Bagosla dah berbaik. Tunjuk contoh baik2 kt cucu2 tu

Cantik nye ank perempuan serina

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.434293 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top