CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Untuk Gaduh Atas Pentas,"- Jaclyn Victor 'Berperang' Dengan Aina Abdul

11-10-2022 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2158| Komen: 10

Description: Jaclyn Victor memberitahu pemilihan Aina Abdul sebagai rakan duet bagi cabaran minggu kelima pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bukan bertujuan untuk berlawan kekuatan vokal sesama sendiri.
Jaclyn Victor memberitahu pemilihan Aina Abdul sebagai rakan duet bagi cabaran minggu kelima pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bukan bertujuan untuk berlawan kekuatan vokal sesama sendiri.


Sebaliknya kata Jaclyn, dia melihat kemunculan Aina nanti dapat melengkapkan persembahannya selain menyifatkan penyanyi itu sebagai seorang yang bijak.

Foto: IG

"Saya tidak rasa akan jadi ‘perang’ vokal antara kami nanti... Aina seorang penyanyi yang bagus. Dia tahu untuk buat persembahan bersama supaya tidak nampak ada persaingan antara kami.

"Aina juga seorang yang bijak dalam muzik. Saya mengundangnya untuk bantu buat persembahan, bukan untuk gaduh atas pentas.


"Saya gembira dapat menyanyi bersama Aina. Sekurang-kurangnya dia dapat hilangkan rasa gemuruh saya,” katanya kepada mStar.

Jac dan Aina bakal berduet menerusi lagu berjudul Cinta yang sebelum ini dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh.


Dalam pada itu, Jac berkata, pemilihan Aina turut bertepatan dengan peluang menyampaikan lagu yang pernah mendapat pengiktirafan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) berkenaan.

Ini kerana kata Jac, lagu yang hebat seperti Cinta memerlukan persembahan terbaik dan yakin mereka dapat melakukannya di pentas GV9.

"Semestinya saya mahukan rakan duet yang tidak banyak buat kesalahan ketika menyanyi dan Aina adalah salah seorang penyanyinya. Dia bakat muda yang mempunyai rekod cemerlang.

"Lagu cinta juga sangat kuat. Jadi kalau lagu sudah bagus, kenalah pilih penyanyi hebat. Itu adalah strategi saya," ujarnya.



Sementara itu, Jac juga memberitahu dia sempat menghubungi Marsha sebelum ini ketika membuat keputusan menjadikan lagu Cinta sebagai salah satu pilihan nyanyian di GV9.

Belum pernah menyanyikan lagu berkenaan secara penuh dalam mana-mana persembahan, Jac berharap kali ini dia dapat memberi kelainan sekali gus memikat hati juri.



Jac yang menyanyikan lagu berjudul You Raise Me Up pada minggu keempat GV9 ahad lalu berjaya menduduki tempat pertama dengan kutipan markah juri sebanyak 85 peratus. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 11-10-2022 09:27 AM
mmg lawo jac dgn baju putih pari2 ittew.. kena plak dgn rambut tu.
alaaa xde nya gado, saling melengkapi laa kot nx wk berduet bersamo.
Quote boojaat 11-10-2022 09:57 AM
Harap aina x menonjol sgt. Kalau x, bingit sgt nanti kalau dua2 nak show off suara...
Quote alien88 11-10-2022 11:29 AM
kiranya rakan duet tu diorang dah pilih siap2 kan
harap aina jgn overshadow nyanyian jac udah la
Quote dinosaurpink 11-10-2022 11:53 AM
alien88 replied at 11-10-2022 11:29 AM
kiranya rakan duet tu diorang dah pilih siap2 kan
harap aina jgn overshadow nyanyian jac udah la

Lagu pun semua peserta pilih sendiri juga kan
Untung hoi peserta2 tahun ni

Peserta2 gv lepas siap ada yg kena sabotaj lg dgn pemilihan lagu
Quote rosedemon 11-10-2022 12:00 PM
jgn nnt ada ckp2 belakang sudeyhh
Quote cmf_PariS 11-10-2022 12:33 PM
kita tgk je la nnt jgn yg terpaling jd tercorot pula
Quote pembacagosip 11-10-2022 02:26 PM
nak lawan siapa jerit paling kuat kah?
Quote alien88 11-10-2022 11:07 PM
dinosaurpink replied at 11-10-2022 11:53 AM
Lagu pun semua peserta pilih sendiri juga kan
Untung hoi peserta2 tahun ni

utk lagu tu pernah dgr peserta gv ckp diorang listkan lagu apa yg diorg nak
kalau pihak produksi ok, peserta gv akn dpt lagu tu
kira masa ada lagu ada lagi, kalau lagu yg diorang pilih tu ada, kira diorang layak la next week kan
tak surprise la sgt

btw siapa tu yg kena sabotaj
Quote silampumeja 12-10-2022 12:10 AM
alien88 replied at 11-10-2022 03:29 AM
kiranya rakan duet tu diorang dah pilih siap2 kan
harap aina jgn overshadow nyanyian jac udah la

Nampak reaksi muka diorang bila keluar je gambar rakan duet, diorang tahu diorang pnyalagu..
Quote Olumis 12-10-2022 05:38 AM
Cantiknya body Jac. Slim and curvy

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044805 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top