CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kena Tanya Mereka Kenapa Saya Keluar Sepahtu Reunion' - Shuib Tak Nak Lukakan Hati Ramai

11-10-2022 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8076| Komen: 68

Description: "Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion."
"Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion."

Demikian ringkas kata pelawak dan penyampai radio Shuib susulan kenyataan pelawak, Rahim yang mana pihaknya terbuka sekiranya Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama pada masa akan datang.



IG Shuib

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu.

"Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.


"Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya sudah pernah memujuk dan menawarkan untuk Shuib kembali bersama dalam program itu.

"Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah.

"Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu. Komitmen sebagai cameo hanya memerlukan Shuib datang pada hari siaran langsung sahaja dan tiada sesi latihan diperlukan," katanya.


IG Shuib

Menurut Norzeha, Shuib juga ada terbabit dalam beberapa program terbitan Astro yang lain.

"Shuib turut muncul sebagai juri bersama Jep, Pak Ya dan Rahim dalam Mencari Sepahtu Yang Hilang pada awal tahun ini. Malah, pembabitan Shuib dalam program-program Astro akan datang lebih kepada penjurian dan pengacaraan kerana tidak memerlukan komitmen jangka masa panjang," katanya.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, pelawak dan penyampai radio Rahim menjelaskan tidak timbul isu bermasam muka biarpun Shuib kini tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 11-10-2022 10:38 AM
tak habis lagi ke isu ni..kalau dia dh xnk nk buat apa lagi..ada je dia jd host dgn atu dlm game show br kt warna tu
Quote bulalof 11-10-2022 10:50 AM
acah hot sgt. mcm pondan....
Quote elzy 11-10-2022 11:06 AM
Acah hot, sekarang pandai demand lakk, fikirlah zaman kerja kilang dulu dengan kehidupan sekarang, hurrrmmmmm
Quote bawaku_terbang 11-10-2022 11:25 AM
sape tanya ni sibuk2 nak bg statement?
Quote Acun 11-10-2022 11:34 AM
geli aku tgk soib neh
sapa kesah ntah
Quote NEmma 11-10-2022 11:39 AM
Xpayah la.. Shoeb x kelakar pun. Dia xde pun xpe. X meninggalkan kesan langsung.
Quote cmf_PariS 11-10-2022 11:40 AM
eh hawau ko tk yah ada di mana2 pun lagi elok
Quote TabletSusu 11-10-2022 11:47 AM
elok je sepahtpu reunion skrg ni wlupon dia ni xde. aku rs mcm lg meriah sbb artis jemputan agak best2 jgk
Quote takayama 11-10-2022 11:53 AM
asyik. isu sama aje
dahlah tu
pinggan x retak nasi x dingin
Dia xnak peminat pun x ingin
Quote kelip2_07 11-10-2022 11:54 AM
lantak la ko

ktorg byk bnda lg nk pikir selain hal korang
Quote limau_lemon 11-10-2022 11:56 AM
Bukan pasal payment ke...
Quote Acikgomen 11-10-2022 12:06 PM
Soeb tgh kelemasan tetek tuh ape pun tak nampak dah
Quote missHaidiD 11-10-2022 12:09 PM
Soeb ko gi akwrn la pastu dok diam je hadp bini

Aku tgk sepahtu tu ok je ko takde.

Berambus la soeb. Rimas aku dgn ko
Quote ezacbee 11-10-2022 12:10 PM
Aku xboleh tahan komen kat FB..

Nampak laa ko xde pun sepahtu ok je. Lain la klo jep yg xde. Memang lenyap trus sepahtu. Nak harap rahim memang xde fungsi. Elok kick trus dia cam shuib.
Quote Pak.dolla 11-10-2022 12:12 PM
Jejaka Idaman Malaya...
Quote K_Lily 11-10-2022 12:17 PM
rasa macam dia bayar suria untuk jadi penyampai radio. sebab sesungguh dia tak best. hahahaha
Quote KamikuP 11-10-2022 12:30 PM
Kadang kesian kat Soeb ni kadang meluat pulak tengoknya.. anyway dia dah takde posing flex ats kereta lagikah mcm dolu2?
Ni le seumpama bifoti mendapat bunga ekekekek
Quote awenda507 11-10-2022 12:44 PM
selagi jep ada dlm sepahtu..aku ok
Quote Nham22 11-10-2022 12:52 PM
Udah2xlah.. Takkan nak pulun semue... Niaga lg... Dj lg.. Jaga anak2x lg.. Jaga gf lg... Semue nk buat... Tak penat ke..? Fokus la mane yg flexible... Org lain dlm sepahtu tu mmg deep into sepahtu reunion... Selain jd dj masing2x... Itu je pon

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.080603 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top