CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 6 Bulan Bercerai Tapi Tinggal Bersama, Wanita Dedah Bekas Suami Masih Minta Untuk Buat Seks

4-10-2022 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5432| Komen: 69

Description: Seorang wanita membuat pengakuan di Facebook, mendedahkan kisah ‘gelap’ kehidupannya selepas berpisah dengan bekas suaminya sejak 6 bulan lalu.
Seorang wanita membuat pengakuan di Facebook, mendedahkan kisah ‘gelap’ kehidupannya selepas berpisah dengan bekas suaminya sejak 6 bulan lalu.

Wanita itu mengakui bahawa bekas suaminya masih meminta untuk melakukan hubungan seks walaupun bukan lagi pasangan suami isteri.

Tambahnya lagi, jika dia menolak permintaan bekas suaminya, dia akan menerima tuduhan yang mengatakan dia boleh saja melakukan hubungan intim dengan orang lain sedangkan tak pernah berbuat demikian.


Gambar Hiasan

Wanita itu juga mengakui bahawa dia masih lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami kerana tidak mempunyai tempat tinggal lain selain tak mampu untuk bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan.


"Bekas suami selalu cakap pada saya, kalau tak mampu nak kerja untuk menyewa rumah lain, dia suruh saya jadi pelacur. Sehari 500 pun boleh dapat.

Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai masalah untuk keluar dari rumahnya namun anak-anaknya akan menangis jika dirinya tiada di rumah selepas mengakui pernah melarikan diri ke rumah adik tetapi bekas suami yang memintanya untuk pulang semula.




Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen sampaikan mereka menasihati wanita itu untuk mendapatkan bantuan dari pihak yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini.

Dari luahan yang dibuat, wanita itu difahamkan mempunyai empat orang cahaya mata bersama dengan bekas suami dan anak bongsunya kini berusia 7 tahun.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 4-10-2022 04:32 PM
sesak nafas aku baca cerita ni..hasanah jugak ke yini?
Quote edayildiz 4-10-2022 04:34 PM
kalau dh cerai tp bersama lg tu kira dh rujuk kn.tnya jerrr..watever la..dh kalau xnk pindah rujuk je la balik kak..till jannah nick
Quote cmf_premierleag 4-10-2022 04:37 PM
Nasihat utk cikki2, pi la sambung belajar and dapatkan kerja yg bagus dan beli rumah sendiri atas nama sendiri
Esok2 kalo laki buat hal, senang ko balik je rumah ko tu bawak anak2 skali...takyah menumpang umah ex tak guna ko tuh.
Quote lattehazelnut 4-10-2022 04:39 PM
Edited by lattehazelnut at 4-10-2022 04:42 PM

Masalah kesihatan ke pemalas nak keja..
Mengandung rata2 semua perempuan tak larat..
Kau larat pulak sampai kuar 4 anak..

Oku penglihatan n kaki pun larat naik lrt naik bas gi kje..
Ape alasan kau acik?

Dah malas kje or xleh kje..
Habis tu nak jadi mayat hidup je? Adik n org lain tanggung kau makan minum..
Quote cikdot 4-10-2022 04:40 PM
kalau dah bersama balik tu kira rujuk la dekk..tah la. aku tengah pening instagram takleh bukak ni. nanti2 la aku pikir pasal ko pulak
Quote monreyes 4-10-2022 04:41 PM
dah ada ura2 niat jahat tu tu, blah je lah...
cari lah rumah perlindungan
Quote tri-max 4-10-2022 04:44 PM
gaya tulisan bukan hasanah, cerita benar rasanya
tak tertanggung beban dia, nak kluar rumah anak pulak merintih merayu
nak stay kena bayar body kat ex
nak kerja, kesihatan pulak mslh
kena nekad kluar rumah, bwk anak terus ke pusat perlindungan wanita
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 05:01 PM
Belah je lah.. somi ko dah memang anat pun. Lepas ko servis dgn dia adakah masaalah ko selesai? Lelaki kalu sayangkan ko.. hormat ko tak suruh mak pada anak2 dia jd pelacor! Do what the best for you. Kids will grow and understand. Ko la kena break the toxic chain ni.
Quote green~tea 4-10-2022 05:05 PM
Sbb tu lah wanita zaman sekarang ni kalo nak bercerai pun kena ada duit....
Quote FOTHER-MUCKER 4-10-2022 05:06 PM
[fbvlink]https://fb.watch/fXI7CfNtjH/[/fbvlink]
Quote Decaffeinated 4-10-2022 05:11 PM
(ex)-suami dia pandai

Quote green~tea 4-10-2022 05:13 PM
Edited by green~tea at 4-10-2022 05:14 PM
rospinki replied at 4-10-2022 04:32 PM
sesak nafas aku baca cerita ni..hasanah jugak ke yini?


Tak hassanah kot... mmg ramai gini.. bukan tup2 cerai terus boleh blah... sbb nak kena cari tempat tinggal sementara ada rumah lain....


Btw iols masa cerai pun duduk je skali dgn ex kat rumah iols beli sampai habis edah.. masa tu iols duk tingkat bawah, heols duk tingkat atas.... sementara hampir abis edah, dia keluar sewa rumah lain berdekatan situ jugak....

then exhusband iols beli rumah tu dengan iols.. tp sementara siap urusan jual beli tu, heols bayor le direct ke bank (sebagai bayaran sewa kepada iols)... then i beli condo sbb plan jadi single mother kan.. alih2 termenikah le pulok.. so jual lagi rumah condo tu..
Quote naina 4-10-2022 05:18 PM
Tersepitnya lahai. Anak bongsu tu dah 7 tahun dah besar. Sepatutnya dah tak menangis kalau ditinggal. Darjah 1 dah pun. Ingatkan anak kecik bawah 5 tahun. Boleh dah tu kerja ringan2 macam kilang ke..buat permulaan kena kerja dulu..lepas dapat gaji sila berambus dari rumah tu pergi menyewa bawa anak2 sekali..yang besar boleh tengok yang bongsu kalau kilang shift malam..
Tapi tulah kita mampu bagi cadangan je..semoga dipermudahkan.
Quote Thunderclouds 4-10-2022 05:19 PM
Mati sel2 otak iols baca kesah gini..
Quote kaoru44 4-10-2022 05:31 PM
Kesiannya..moga dipermudahkan segala urusan akk ni..
Quote pooh~key 4-10-2022 05:32 PM
cmf_premierleag replied at 4-10-2022 04:37 PM
Nasihat utk cikki2, pi la sambung belajar and dapatkan kerja yg bagus dan beli rumah sendiri atas na ...

Dan sila beli insurans kesihatan sis.
Quote ifanonline 4-10-2022 05:36 PM
bekas suami ni mcm biawak hidup aje...hisap dadah gamaknya...
Quote ifanonline 4-10-2022 05:37 PM
cmf_premierleag replied at 4-10-2022 04:37 PM
Nasihat utk cikki2, pi la sambung belajar and dapatkan kerja yg bagus dan beli rumah sendiri atas na ...

malas la saya nak tulis carta andartu hari2..penat tau..
Quote ninja boy 4-10-2022 05:40 PM
Zaman skrg ni kena ada kerjaya, skill, kena sihat, famili support system, wang backup 2 tahun, rumah sendiri walau kecik

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054402 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top