CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bie Datang Untuk Tunjukkan Kepada Sayang,"-Lelaki Ziarah Kubur Isteri Pakai Jubah Konvo

4-10-2022 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 513| Komen: 3

Description: Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur isterinya dengan mengenakan jubah konvokesyen meruntun hati orang ramai.
Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur isterinya dengan mengenakan jubah konvokesyen meruntun hati orang ramai.

Perkongsian sedih di laman sosial @abg man-rgr itu berjaya mencuri perhatian dan mendapat tontonan sebanyak 527,000 sehingga kini.

Menurut pemilik akaun berkenaan, arwah isterinya teringin melihat dia memakai jubah konvokesyen namun hasrat arwah tidak kesampaian.



“Sayang tak sabar nak tengok awak pakai jubah ni. Harini ‘bie’ (saya) datang untuk tunjukkan kepada sayang. Ya Allah kuatkan aku,” tulis @abg man-rgr.

Susulan itu, kapsyen sedih itu telah membuat ramai pengguna sebak serta turut mendoakan pemilik akaun tersebut supaya kuat dalam menempuh ujian hidupnya.

“Benda yang paling sakit adalah sakit rindu pada orang yang sudah tiada,” ujar @Miss Kodok.



“Arwah mesti bangga sangat dengan abang… moga abang diberikan kekuatan, ketabahan dan sentiasa hidup dengan kenangan-kenangan arwah,” ujar @Marrrrr.

“Apabila kita berjuang untuk orang kita sayang..Tapi dia pergi sebelum kita berjaya..Allah je tau perasaan itu. Bila kita berjaya.. Rasa semua kosong,” komen @Kelaut@Layankepala.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote printercomel 4-10-2022 10:50 PM
mclaren: Perlu ke ambik gambar / video  ...
Mmg dgr. UAI ade explain dlm ceramah dia. Even yang kena siksa dlm kubur pun semua makhluk dengar kecuali manusia dan jin.
Quote mclaren 4-10-2022 08:08 PM
Perlu ke ambik gambar / video semua ni.

Macam lah jasad dalam kubur tu dengar and reciprocated perasaan dia.

Yang sampai pada simati hanya sedeqah, amalan dia, dan doa daripada anak yang soleh.
Quote rosedemon 4-10-2022 06:48 PM
bie nak calon lain tak. tiberhhh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.073145 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top