CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 November, Keputusan Representasi Pertuduhan Dadah Yasin Sulaiman

4-10-2022 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 800| Komen: 3

Description: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 3 November ini keputusan representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.
Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 3 November ini keputusan representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadang dan ditetapkan bagi keputusan representasi tersebut.

Terdahulu semasa prosiding Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha mengesahkan pihak pendakwaan ada menerima representasi daripada pihak pembelaan.


Foto: Kosmo

“Namun representasi yang dikemukakan masih dalam pertimbangan. Justeru pihak pendakwaan memohon satu tarikh lain bagi keputusan representasi,” kata


Semasa prosiding peguam Ariff Azami Hussein kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi dua minggu lalu.

Menurut peguam itu, representasi yang dikemukakan bagi mengkaji pertuduhan-pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap anak guamnya.

“Pihak kami memohon maaf kerana representasi tersebut diserahkan sedikit lambat iaitu pada 26 September 2022. Ini memandangkan beberapa dokumen perubatan penting yang kami terpaksa pohon baharu diperolehi dalam dua minggu lepas.

“Dokumen-dokumen ini (perubatan) kami masukkan di dalam representasi kami yang agak komprehensif agar pihak pendakwaan mengkaji terhadap pertuduhan tersebut,” kata Ariff Azami.

Pada 22 Ogos lalu, mahkamah sama menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertuduhan dadah yang dihadapi Yasin.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Pada 6 Julai lalu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

Ia apabila pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin  dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 4-10-2022 03:55 PM
hampir terlupa kes dia ni
Quote rosedemon 4-10-2022 06:54 PM
semoga dipermudahkan la wish u all the best jelah
Quote CiliPadiSedap 4-10-2022 07:38 PM
makin kurus .

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047393 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top