CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

16 Tahun Kumpul Modal, Akhirnya Farid Kamil Berjaya Terbit Filem Sendiri

4-10-2022 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1034| Komen: 9

Description: Impian pengarah dan pelakon Farid Kamil untuk menerbitkan filem Remp-it 2 akhirnya terlaksana apabila naskhah terbaharunya itu bakal menemui penonton pada 24 November depan.
Impian pengarah dan pelakon Farid Kamil untuk menerbitkan filem Remp-it 2 akhirnya terlaksana apabila naskhah terbaharunya itu bakal menemui penonton pada 24 November depan.


Farid berkata, dia mengambil masa selama 16 tahun untuk menerbitkan filem sekual ini disebabkan kekangan faktor kewangan memandangkan ia diterbitkan menerusi syarikat produksi miliknya iaitu FKX Film.

Foto: mStar Online

"Mengenai masa yang diambil terlalu lama iaitu 16 tahun untuk sekual ini, ia disebabkan saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-it 2.

"Tambahan pula, saya bukan sekadar berlakon tetapi turut menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri.


"Sejak dahulu lagi saya memang menanam cita-cita mahu terbitkan filem ini di bawah syarikat sendiri dan Alhamdulillah impian itu terlaksana," katanya menerusi kenyataan media kepada mStar.



Filem Remp-it 2 membariskan pelakon hebat seperti Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Hadi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok dan Mamak Puteh.

Menariknya filem ini turut menampilkan anak sulungnya, Muhammad Farid Kamil atau Che Mad sebagai pelakon.

Bercakap lanjut mengenai Remp-it 2, Farid memberitahu menerusi filem ini, ia bakal menampilkan adegan perlumbaan motosikal Asian Racing yang tidak pernah ada dalam mana-mana filem tempatan sebelum ini.



Malah katanya, penggambaran turut dibuat pada hari perlumbaan sebenar termasuk di Asia Racing di Litar Sepang dan Cub Prix Malaysia yang berlangsung di Terengganu.

"Lebih menarik kami menggunakan lebih 1,000 motosikal untuk penggambaran termasuk pelakon utama dan tambahan," jelasnya.

Dalam pada itu, Farid memberitahu filem itu sudah menjalani penggambaran pada 2019 selama 55 hari di sekitar Johor Bahru, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Melaka.

Malah bagi menzahirkan realiti dunia permotoran, Farid memberitahu dia turut mendapat kebenaran untuk menjalani penggambaran di terowong Karak yang cukup sinonim dengan pengguna jalan raya dan penunggang motosikal.



"Seperti sedia maklum, terowong lebuh raya Karak adalah jalan yang sinonim dengan pengguna jalan raya dan penunggang motosikal. Kami pula mendapat peluang 'berlumba' di situ. Apa yang menarik lagi, medium utama dalam filem rempit adalah motosikal.

"Cabaran utama sebagai pengarah adalah kekangan masa kerana walaupun dilakukan selama 55 hari, ia memberikan cabaran kepada saya sebagai pengarah dan pelakon tetap ada kerana ia bukan sesuatu mudah seorang pelakon asal membuat skrip filem seterusnya 16 tahun menjadi penerbit.

"Tambahan pula semua sedia maklum masalah menimpa saya ketika peluang untuk mengarah itu datang. Selain itu, cabaran dihadapi adalah penggambaran untuk babak perlumbaan banyak dilakukan pada waktu siang berbanding filem pertama yang banyak sebelah malam," katanya.



Sementara itu, Farid berkata, sebagai penerbit dia berharap penonton akan memberi sokongan kepada filem terbaharunya terutamanya dalam kalangan pencinta motosikal.

Malah katanya, jalan cerita dipaparkan juga sesuai ditonton seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan menerusi sekual itu ia menjawab beberapa persoalan menerusi Remp-it.

"Kepada peminat dunia permotoran, dalam filem ini kami ada paparkan semua jenis motosikal, daripada motosikal kapcai hingga superbike serta offroad. Saya percaya filem ini juga mampu memberi kepuasan kepada semua penonton.



"Apa yang ingin saya tekankan, untuk jalan cerita Remp-it 2 ini ia sesuai untuk ditonton seisi keluarga, kanak-kanak, remaja dan pengikut filem Rempit yang pertama.

"Selepas filem pertama, ramai yang tertanya-tanya adakah Madi mati? Jadi, dalam Remp-it 2 ini adalah jawapannya," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 4-10-2022 02:39 PM
aku rasa aku tgk film remp-it yg pertama tu
so kalau yg kedua ni mesti ramai pelakon dan kertu sikit kan
Quote shiraloveyou 4-10-2022 02:44 PM
Tengok tajuk filem pun tak selera nak pegi tgk kat panggung
Quote Belibis 4-10-2022 04:55 PM
Move on jer la..ko ingat peminat Rempit dulu masih remaja lagi ke?
Quote dudaberhias 4-10-2022 05:01 PM
filem2 rempit ni soo yesteryear dah dik... zaman budak2 lajak dan kerja angkat motosikal ke basikal tengah2 jalan laku la dah mentaliti masa tu mengalahkan 4th world...

hero pun dah kertu... kulit muka pulak macam kawah permukaan bulan... memang tak berselera la nak tengok... baik kaka tengok filem pasal binatang je... lagi rembes hokkeeh tengok binatang...
Quote ezacbee 4-10-2022 05:43 PM
Madi ni dah mati kan.. Boleh hidup balik ke?

Bukan macha dah kawen ngan eka ke? Ini filem retis kertu..
Quote scrocth 4-10-2022 05:45 PM
Meerqeen ada iras FK or FK ada iras meerqeen? Boleh la lps ni blakon watak bapak dan anak
Quote inspektoremos21 4-10-2022 06:15 PM
Tengok trailer pun dah cukup
Quote rosedemon 4-10-2022 06:54 PM
wah bam parid oklah nanti iols sokong tengok ya
Quote Adrif 4-10-2022 09:22 PM
wow, anak2 dia semua ikut mak dia eh. kuat betul genetik

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.206955 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top