CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Ibu Tinggal Sekejap Beli Sarapan, 3 Anak Dalam Kereta Nyaris Dibawa Lari

30-9-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2537| Komen: 15

Description: Seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.
Seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.

Klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada stesen minyak itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Hizam. 

Si ibu menyatakan ketika kejadian, dia singgah sebentar di kedai makan untuk membeli sarapan sementara anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta kerana cuaca hujan.


"Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.


Dakwa wanita ini lagi, dia melihat seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya. 

Apa yang mencurigakan lelaki terbabit melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba membuka pintu keretanya.


Loading FB Post...

"Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan. Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar."



Berdasarkan percakapan, wanita ini mengesyaki lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk tujuan keselamatan dirinya dan anak-anak. 

Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati para ibu bapa supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. 

Mereka turut meluahkan rasa syukur kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak itu.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-9-2022 11:53 AM
Marah rasa kat mak budak ni..x reti2 basa lagi ke dah bnyk kes tinggalkan anak kereta masih hidup dan x kunci....bidoh
Quote margo20 30-9-2022 12:01 PM
cari kedai drive thru jela kak klu da tak bole tinggalkan anak
Quote DayangKirana 30-9-2022 12:34 PM
ehh...scary..
skrg ni musim culik budak..makin obvious plak diorang punya attempt la ni.
siang buta pon selamba je.
Quote awanearisu 30-9-2022 12:44 PM
Seeloknya berbelanja lebih sedikit dan pilih restoran yang menyediakan perkhidmatan pandu-lalu. Keselamatan tidak sewajarnya dikompromi.
Quote Pak.Maun 30-9-2022 01:52 PM
Berani dia tinggal anak dalam kereta musim2 culik.kalau bukan culik pun acik tak berani..macam2 acik terbayang kalau lah ada lori atau kereta terbabas kena anak dalam tu..menyesal tak sudah
Quote DeLuna85 30-9-2022 01:56 PM
Dah hujan nak jugak keluar
Quote Artemesiaa 30-9-2022 01:58 PM
Nasib perasan kalau tak entah apa jadi.  Musim culik orang tengah mengila sekarang ni.  Budak2 pun dah tak ramai main diluar pakat duduk dalam rumah je memasing.
Quote tri-max 30-9-2022 02:02 PM
we never knows the situation, tp ibu ni mmg berani tgglkan anak dl kereta dan juga berani menjerkah mamat indon itu
nasib baik tak ada apa2 berlaku, takyah la beli bekfast kalau time ujan
udahla basah, masuk kereta lencun dgn payung, karpet kereta bakal berbau.. ya da ya da
Quote prettyuglybabe 30-9-2022 02:02 PM
gi je la selayang nun..
ramai bebudak rohingya dok melangut..
sila la culik kasi habis..
semak nengoknya..
Quote lasagnaklcc 30-9-2022 02:22 PM
Kalau terdesak sgt rasanya blh je matikan enjin then locked kereta. Kalau tak hujan bukak tingkap sikit. Kejap je kan.
Quote stroberi_80 30-9-2022 03:22 PM
Tolong la utamakan anak2 tu. Mmg berani la biarkan anak2 dlm kete mcmtu.
Adoiii kak oii. Seriau den...
Quote lo_la 30-9-2022 03:34 PM
Why the sudden hike cubaan culik ni? Ada vip/orang berduit cari organ kat black market kah?Sekian speculation hasil too much crime movies/series.
Semoga anak2 kita dilindungi.
Quote mamajawie 30-9-2022 04:39 PM
lo_la: Why the sudden hike cubaan cul ...

Maybe yes sbab ramai je orang lepas pre covid ni sakit macam2 sampai attack internal organs..
Quote Perawankota 30-9-2022 10:37 PM
Takutnya.. Mcm2 hal dah skarang
Quote sekngucing 30-9-2022 11:30 PM
eloklah diculik dan diambil organnya
besar nantinoun menyusahkan org kain..sama ada dadah..rempit..membohsia...penunggang agama dll

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046231 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top