CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Char Kuey Teow Baik Hati Sangat Bagi Nombor OTP, Akaun Bank Licin Tinggal RM1.97

30-9-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5850| Komen: 72

Description: Niat baik seorang lelaki mahu membantu individu disangka berada di dalam kesusahan berakhir dengan insiden pahit yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Niat baik seorang lelaki mahu membantu individu disangka berada di dalam kesusahan berakhir dengan insiden pahit yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Manakan tidak, wang berjumlah lebih RM5,000 dalam akaun bank miliknya lesap dikebas individu berkenaan.

Hanya dalam masa kurang daripada lima minit, sebanyak lima kali transaksi pemindahan wang kepada akaun yang tidak diketahuinya berlaku, membuatkan lelaki tersebut terduduk melihat baki akaun yang ditinggalkan.


Foto: mStar

Berkongsi semula kejadian yang berlaku tengah malam Isnin, Fairul Asni Hamzah, 28, berkata pada mulanya dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali.


Individu yang memperkenalkan diri sebagai Salina, memberitahu bahawa dia tersilap memasukkan nombor telefon dalam satu urusan jual beli, menyebabkannya tidak dapat menerima mesej di telefon bimbitnya.

"Dia minta saya screenshot dan hantar mesej yang saya terima sebab dia tersalah masukkan nombor telefon yang sebenarnya nombor saya. Saya pula ketika itu sedang sibuk kemas barang jualan dan nak pulang.

"Pada mulanya saya risau dan saya siap cakap, 'takut ni scammer'. Dia menafikan dan tak henti-henti mesej. Dia cakap dia susah berniaga dan saya faham struggle nak dapat untung kerana saya juga peniaga.


Foto: mStar

"Dapat saja mesej, saya terus screenshot dan tak perasan rupa-rupanya itu ialah mesej OTP (one time password). Balik rumah mandi, baru sempat pegang handphone, tiba-tiba ada notifikasi transaksi.

"Mula-mula RM2,000 dipindahkan, transaksi kedua RM2,000 lagi. Apabila dua kali transaksi aneh berlaku, saya nak pindahkan wang dalam akaun bank lain tapi tak sempat.

"Kemudian berlaku lagi tiga transaksi dan keseluruhan wang yang lesap berjumlah Rm5,444. Hanya tinggal baki RM1.97 saja. Lima transaksi berlaku kurang daripada lima minit," ceritanya kepada mStar.

Fairul berkata tanpa melengahkan masa, dia segera bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.


Foto: mStar

"Pukul 1 pagi saya buat report. Polis kata sememangnya ia adalah taktik scammer.

"Sepanjang malam tu saya tak dapat lelapkan mata. Esok pagi, saya terus pergi ke bank yang berkaitan untuk membuat aduan.

"Namun setakat ini, tiga kali dah pergi bank, sepertinya tiada harapan wang saya akan diperoleh kembali," ujar pemuda yang mengusahakan gerai char kuey tiow di Felda Jengka 16, Pahang ini.

Mengakui ia adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri, Fairul yang juga bapa kepada tiga orang cahaya mata ini berkata dia sememangnya terkesan namun memilih untuk berlapang dada dan reda dengan ujian tersebut.

"Saya tahu kes scammer sebab selalu baca sebelum ini. Saya sendiri cuba berhati-hati namun apakan daya, ketika itu mungkin sibuk dan didorong rasa simpati kerana ayat-ayatnya... saya jadi mangsa.

"Tak apalah, saya anggap tak ada rezeki saya. Saya positif Allah nak bagi rezeki lebih kelak. Apabila saya kongsi di Facebook, ramai yang komen dan DM, mereka juga pernah kena dan beri kata-kata semangat. Kawan-kawan pun ramai nak hulur bantuan... terima kasih sangat.

"Ada juga yang kecam sebab saya cuai... tak apalah, mungkin mereka belum terkena. Saya kongsi cerita ini sebagai pengajaran bersama. Saya nak share inilah taktik yang scammer guna jadi beringatlah supaya tak jadi mangsa.

"Kepada mereka yang bergelar scammers, ingat, tak halal dan tak berkat duit tu. Kerja malas, usaha tak nak... hanya tahu menipu. Ingatlah hidup takkan senang dengan menipu," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-9-2022 03:07 PM
Habistu staff bank malas dan culas buat kerja utk refund? Dasar pemalas harapkan kpi jahh
Quote Decaffeinated 30-9-2022 03:21 PM
OTP tu satu hal

SS tu nampak macam M2U transfer. Mana scammer tu dapat username & PW?

Quote dua_chzy 30-9-2022 03:23 PM
Edited by dua_chzy at 30-9-2022 07:24 AM
KamikuP replied at 30-9-2022 07:07 AM
Habistu staff bank malas dan culas buat kerja utk refund? Dasar pemalas harapkan kpi jahh


Memang pemalas takda sekelumit empati atau concern atau rasa bertanggungjawab lansung.

Cuba contohi sikap pekerja2 bank kapirun Singaporn ini. Sah2 scammers pun tak senang lenang kenyang perut makan duit rakyat Malaysia.

Contoh 1:
https://www.straitstimes.com/sin ... -internet-love-scam

Contoh 2:
https://mothership.sg/2021/08/ocbc-stop-scam-remit-money/
Quote vespa_oren 30-9-2022 03:30 PM
hari tu ada dapat WhatsApp pasal makanan kesihatan diabetis apa tah, pastu tekan link jika berminat atau tidak berminat
nasib masa tu acah2 busy lps tu scroll fb tengok pasal kes ini terus aku block no WhatsApp tu
Quote rikiruj 30-9-2022 03:31 PM
Takde law ke yg boleh protect fraud macam ni. Ni dah kira orang kena tipu.
Quote she 30-9-2022 03:48 PM
Unifi pun sekarang guna WA ye untuk promo?
Risau lahhhh
Nak tekan apa2 pun sekarang
Tapi nasib teda FB
FB paling mudah dapat link scam
Quote shernazz 30-9-2022 04:07 PM
Laki iols tetibe ada org mesej tanya.nama.laki iols..
Pastu.tanya ada tak dpt.no tac
Merayu2.mintak
Laki iols.ckp.takde dpt.pung (padahal.ada..dia.tipu je)
Siap call2.lagi
Buat nohen.je....
Hahahahah....
Quote venom1 30-9-2022 04:13 PM
pada aku Scammer ada syaitan paling nyata di bumi sekarang. Dah wajib dibelasah bila jumpa sampai lunyai
Quote ResellerMaxis 30-9-2022 04:21 PM
KamikuP replied at 30-9-2022 03:07 PM
Habistu staff bank malas dan culas buat kerja utk refund? Dasar pemalas harapkan kpi jahh

Macam mana bank nak refund. Memang duit tu dah transfer suka rela ke akaun orang lain.

Bank boleh bagi maklumat penerima pada polis.

Polis boleh siasat penerima. Dan sudah tentu penerima merupakan penduduk luar bandar yang menjual kad ATM kepada orang tidak dikenali kerana kesempitan hidup
Quote KamikuP 30-9-2022 05:37 PM
ResellerMaxis replied at 30-9-2022 08:21 AM
Macam mana bank nak refund. Memang duit tu dah transfer suka rela ke akaun orang lain.

Bank boleh ...

Bank boleh je debit akaun penerima yg salah masuk tu dan kredit balik pada mangsa khuenzzzzz
Quote msdummy.2018 30-9-2022 05:39 PM
Abang char kuew tiau..awat lurus sangat nihhh
Quote Imkhai 30-9-2022 05:51 PM
Ni semua keja org dlm bank tu jgk pelik btl tahu plk scammer durjana ni mangsa sekian2 ada duit dlm acc
Quote krustykrab 30-9-2022 05:56 PM
Decaffeinated replied at 30-9-2022 03:21 PM
OTP tu satu hal

SS tu nampak macam M2U transfer. Mana scammer tu dapat username & PW?

Diorg hack dulu akaun dia..dh dpt username n password diorg message la pura² tersilap. Biasanya kalau rajin duk guna wifi public, akn terkena la.

Eh takkn chuol tatau kot benda dh lama scammer duk buat
Quote krustykrab 30-9-2022 06:02 PM
KamikuP replied at 30-9-2022 05:37 PM
Bank boleh je debit akaun penerima yg salah masuk tu dan kredit balik pada mangsa khuenzzzzz

Kan... Tak boleh ke bank suspend dulu acc keldai tu bila customer call bgtau ada kes kena scam. Once customer provide police report, bank trf duit tu pada customer semula.
Knp ek bank ni tak boleh buat satu polisi utk bantu customer.
Quote krustykrab 30-9-2022 06:03 PM
shernazz replied at 30-9-2022 04:07 PM
Laki iols tetibe ada org mesej tanya.nama.laki iols..
Pastu.tanya ada tak dpt.no tac
Merayu2.mintak

Mesti indon kan...
Quote jazaa100 30-9-2022 06:45 PM
Dia ni punnn.....

Dgr nama Salina, terus lembut hati....
Klu aku wife dia, kasi pelangkung sikit
Quote shernazz 30-9-2022 06:49 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 06:03 PM
Mesti indon kan...

Samada indon atau sabah..iols tak pasti
Tp loghat2 gitu la
Quote noor2 30-9-2022 06:54 PM
shernazz replied at 30-9-2022 04:07 PM
Laki iols tetibe ada org mesej tanya.nama.laki iols..
Pastu.tanya ada tak dpt.no tac
Merayu2.mintak

Nohen ni org perak je faham...hehe
Quote Imkhai 30-9-2022 07:01 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 05:56 PM
Diorg hack dulu akaun dia..dh dpt username n password diorg message la pura² tersilap. Biasanya k ...

Aku dulu selalu dpt noti dr gogel mngatakn email acc aku ada org nk try buka noti ckp dr jb last2 aku tkr password adakh itu tnda org nk hack kita jgk

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.065195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top