CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pensyarah UiTM Buat Gangguan Seksual Terhadap Pelajar Ditamat Perkhidmatan Serta Merta

30-9-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7365| Komen: 64

Description: Shah Alam: Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah seperti yang tular di media sosial tahun lalu ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa se ...
Shah Alam: Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah seperti yang tular di media sosial tahun lalu ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta merta.


UiTM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi universiti itu.




"UiTM mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual seorang pensyarah pada seorang bekas siswazah.

"Pihak universiti sudah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] yang tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tata kelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM," kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi, siasatan teliti dijalankan Unit Integriti UiTM bermula tahun 2021 terhadap segala bahan bukti yang dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman ditentukan.

"Selepas prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta diputuskan di Jawatankuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, pihak UiTM mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta merta terhadap pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah itu," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605.

Katanya, sekiranya warga universiti ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orenmango 30-9-2022 01:30 PM
Bagus
Quote saviour_09 30-9-2022 03:10 PM
lepas dah viral sekali lagi?
Quote KamikuP 30-9-2022 03:11 PM
Eh bodo lah soklan soal selidik tu.. cer reveal nama pensyarah gila seks tu choii sgt eyh
Quote bulalof 30-9-2022 03:11 PM
gn tunggu viral baru nak bertindak!
Quote sharlenetexas 30-9-2022 03:11 PM
Padan muka!


Quote mojarean_X 30-9-2022 03:13 PM
Bersepah je pensyarah perempuan yg ada affair ngan student lelaki. Itu pun patut kena dedahkan...
Quote lo_la 30-9-2022 03:24 PM
You don’t s*** where you eat
Quote dua_chzy 30-9-2022 03:38 PM
So jika nak ada tindakan, kasi viral 1 dunia dulu ya. Lesson learnt.
Quote cattiecute 30-9-2022 03:39 PM
dah ada orang reveal kan nama prof ni?
tadi terbaca tapi lupa nama apa
Quote Mahathirina 30-9-2022 06:43 PM
Edited by Mahathirina at 30-9-2022 06:45 PM

FaR-psSUcAEXW2e.jpg

https://mobile.twitter.com/pvncessfatin/status/1559510632008888321
Quote unguaurora 30-9-2022 06:56 PM
Waduh... hbs segala2nya. Pencen apa pun x dpt. Malu je yg dpt. Nauzubillah.. sisa2 hidup disia2kan dgn buat perkara bodoh. Mcm mana nak survive hidup dgn segalanya hilang, melainkan bermula dr bawah semula. Semoga jd iktibar kpd semua.
Quote redz85 30-9-2022 07:02 PM
migrate sir..
Quote Belibis 30-9-2022 07:06 PM
Belum naik mahkamah dah kena buang..untung pulis,paling2 kena transfer ke sabah jer.
Quote CikYaYaYa 30-9-2022 07:13 PM
Herlokk melingkupp laaa manusia macam nie..
Quote epal_putih 30-9-2022 07:18 PM
Elok² ada kerja buat halll
Huh
Quote LoveSungmin 30-9-2022 07:23 PM
Mahathirina replied at 30-9-2022 06:43 PM
https://mobile.twitter.com/pvncessfatin/status/1559510632008888321

alahai muka sedihnya
Quote Nokiaman 30-9-2022 07:27 PM
unguaurora replied at 30-9-2022 06:56 PM
Waduh... hbs segala2nya. Pencen apa pun x dpt. Malu je yg dpt. Nauzubillah.. sisa2 hidup disia2kan d ...

Harta da banyak tu..
tanah kat Kg tu...bolehlaa start tanamjagung...
Quote Nokiaman 30-9-2022 07:27 PM
mojarean_X replied at 30-9-2022 03:13 PM
Bersepah je pensyarah perempuan yg ada affair ngan student lelaki. Itu pun patut kena dedahkan...

Ada ke kes camni?




Quote Adrif 30-9-2022 07:48 PM
entah berapa ramai la mangsa dia sebelum ni. manusia celaka

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.225794 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top