CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Seram Tempatan 'Don't Look At The Demon' Masuk Pasaran Amerika Utara

30-9-2022 10:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2338| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin percaya filem Don't Look At The Demon yang menjadi filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara akan menjadi pe ...
Sumber IG


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin percaya filem Don't Look At The Demon yang menjadi filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara akan menjadi pembuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan pada masa hadapan.

Menerusi laporan Bernama, beliau yang  menaraf filem itu sembilan daripada 10 berkata, filem berkenaan yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.



"Sekarang, kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy dan banyak lagi dalam masa terdekat," katanya.

Filem Don't Look At The Demon dengan bajet pembikinan hampir RM9 juta akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Oktober ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Syarikat.

Diangkat dari kisah benar, filem itu mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 30-9-2022 11:13 AM
ingatkan ada pelakon Ibu pertiwi yang join.. nan hadoo
Quote AbukRokok 30-9-2022 11:17 AM
teringat plak cerita sial lawak seram jgn pandang belakang congkak
Quote Mooverine 30-9-2022 11:20 AM
hahah kat youtube trailer ceta ni.. seronok betul mereka komen kutuk ceta ni
Quote sleepandream 30-9-2022 11:58 AM
kenapa market wayang kat amerika terbahagi 2 ada utara selatan?
Quote KamikuP 30-9-2022 04:05 PM
sleepandream: kenapa market wayang kat amerika terbahagi 2 ada utara selatan?


Sebab kat Amerika slang utara dia mcm slang Malaysia ..sayur dikata sayoq aa camtulah
Quote gerbera.memopad 30-9-2022 09:51 PM
KamikuP replied at 30-9-2022 04:05 PM
Sebab kat Amerika slang utara dia mcm slang Malaysia ..sayur dikata sayoq aa camtulah

Astaqhfirullah hal 'azim, tersembur ice lemon tea aku
Quote dudaberhias 30-9-2022 09:53 PM
macam menarik? tapi more to budaya siam jah dari budaya malaysia?
Quote supernaturalee 1-10-2022 01:04 AM
sleepandream replied at 30-9-2022 11:58 AM
kenapa market wayang kat amerika terbahagi 2 ada utara selatan?

Amerika utara tu meliputi keseluruhan us dlm benua amerika utara tu dgn canada
Market Hollywood
Klu dpt tembus, big deal la

Quote Ferr_Remy 1-10-2022 01:34 AM
Trailer pun nampak cam gred C punya filem. Lakonan pun cam teruk je. Jarang ye cite antu nak tercalon utk Emmy dgn Academy apatah lagi citer antu cikai camni hahahahahahhahahah
Quote rogayahtop 2-10-2022 03:03 AM
brando lee nama pun tak nak kalah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.174479 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top