CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Remp-it 2, Filem Tempatan Pertama Papar Babak Perlumbaan Seperti Asian Racing

1-10-2022 03:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1427| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Selepas 16 tahun, filem Rempit yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006 kembali dengan nafas dan aksi baharu menerusi Remp-it 2 yang bakal ditayangkan pada 24 November depa ...
Sumber IG


Selepas 16 tahun, filem Rempit yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006 kembali dengan nafas dan aksi baharu menerusi Remp-it 2 yang bakal ditayangkan pada 24 November depan.

Menjalani penggambaran pada penghujung tahun 2019, filem tersebut terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pandmik Covid-19 melanda dunia.

Menerusi laporan Harian Metro, Farid Kamil yang juga seorang penerbit, pengarah dan pelakon berkata, dia sudah lama memasang impian untuk menerbitkan Remp-it 2 di bawah syarikatnya sendiri.



"Sejak dulu lagi saya menanam cita-cita mahu menerbitkan filem Remp-it 2 di bawah syarikat saya sendiri iaitu FKX Film dan kini ia terlaksana. Saya rasa filem yang memaparkan mengenai dunia permotoran ini masih relevan dan mempunyai penonton dan pengikut tersendiri," katanya.

Menurut Farid, dia mengambil masa lama untuk menerbitkan filem ini disebabkan faktor kewangan.

"Mengenai masa yang diambil terlalu lama iaitu 16 tahun untuk sekuel ini, ia disebabkan saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-it 2. Lagipun dalam filem ini, saya bukan sekadar bertindak sebagai pelakon tetapi turut menjadi pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri.

"Penggambaran dibuat pada 2019 selama 55 hari di sekitar Johor Bahru, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Melaka. Apa yang menariknya, kami bertuah sebab mendapat kebenaran untuk menjalankan penggambaran di terowong Karak.

"Seperti yang sedia maklum, terowong lebuh raya Karak adalah jalan sinonim dnegan pengguna jalan raya dan penunggang motosikal. Kami pula mendapat peluang 'berlumba' di situ. Apa yang menarik lagi, medium utama dalam filem rempit adalah motosikal," katanya


Berkongsi lebih lanjut, Farid berkata, kelainan yang cuba ditampilkan dalam Remp-it 2 adalah adegan perlumbaan motosikal Asian Racing yang tidak pernah ada dalam filem tempatan sebelum ini.

"Ini adalah kali pertama filem tempatan yang dapat memasukkan adegan seperti perlumbaan Asian Racing. Malah, penggambaran filem ini juga dapat dibuat ketika hari perlumbaan sebenar berlangsung seperti di Asia Racing (Litar Sepang) dan Cub Prix Malaysia (Terengganu). Selain itu, kami menggunakan lebih 1,000 motosikal untuk penggambaran termasuk pelakon utama dan tambahan.

"Cabaran utama sebagai pengarah adalah kekangan masa kerana walaupun dilakukan selama 55 hari, ia memberikan cabaran kepada saya sebagai pengarah dan pelakon tetap ada kerana ia bukan sesuatu yang mudah seorang pelakon asal membuat skrip filem seterusnya 16 tahun menjadi penerbit.

"Tambahan pula, semua sedia maklum masalah menimpa ketika peluang untuk mengarah itu datang. Selain itu, cabaran yang dihadapi adalah penggambaran untuk babak perlumbaan banyak dilakukan pada waktu siang berbanding filem pertama yang banyak sebelah malam," katanya.


Farid berharap agar ramai yang datang menonton filem tersebut apatah lagi ia dekat dengan golongan pencinta motosikal.

"Remp-it 2 sesuai untuk ditonton seisi keluarga, kanak-kanak, remaja dan pengikut filem Rempit yang pertama. Selepas filem pertama, ramai yang tertanya-tanya adakah Madi mati? Jadi, dalam Remp-it 2 ini adalah jawapannya," katanya. -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 1-10-2022 07:38 PM
Lagipun dalam filem ini, saya bukan sekadar bertindak sebagai pelakon tetapi turut menjadi pengarah dan penerbit di bawah syarikat saya sendiri.


lucu bukan
Quote LadyCarefree 1-10-2022 11:55 PM
Adrif replied at 1-10-2022 06:38 PM
lucu bukan

Duit kepok2lah masuk poket sbb pegang 3 jawatan. Syarikat punya untung lagi sauk. Jangan lupa bini dan anak pun berlakon, kaching2 masuk lagi poket famili sendiri. Buat pilem guna duit dana finas kan? Bukan duit modal dia. Dana ni finas bagi free macam grant kan? Finas dapat duit ni dari peruntukan gomen kan?
Quote dudaberhias 2-10-2022 12:24 AM
nauzubillah min zalik... kertunya heronya... muka macam permukaan kawab bulan... lepastu bekas banduan plak tu... genre filem pun soo yesteryear... kossser la nak nengokkkk dikkk... dah takde job sangat ke tu sampai semua jawatan ko ambik, pengarah, pelakon, penerbit...

pelakon semua pun hmmm, gred paling rendah yang ada di pasaran... kalau di tukarkan ke gred telur... ternyata telur tembelang lah setaraf gred pelakon2 ittew...

lebih baik kaka tengok filem The Lake thai yang akan release pada bulan sama... lagi berair tengok raksasa tu berbanding pelakon2 filem ni....
Quote dudaberhias 2-10-2022 12:29 AM
LadyCarefree replied at 1-10-2022 11:55 PM
Duit kepok2lah masuk poket sbb pegang 3 jawatan. Syarikat punya untung lagi sauk. Jangan lupa bini ...

hmmm patut la... tengok trailer pun dah cringe dan turn off...nampaknya acik2 marhaen ada dua pilihan je... tengok raksasa atau binatang jah kat wayang nanti... lagi berair gittuhhh....

Quote LadyCarefree 2-10-2022 12:46 AM
dudaberhias replied at 1-10-2022 11:24 PM
nauzubillah min zalik... kertunya heronya... muka macam permukaan kawab bulan... lepastu bekas bandu ...

Dia jimat duit la kakadud kalau ambil pelakon gred hauk dan juga akan jadi terpaling hebatlah.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084705 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top