CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Silap Masuk Kereta Punya Pasal, Nyawa Melayang

21-9-2022 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2751| Komen: 22

Description: Gara-gara cuba memasuki kereta yang salah, pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat ditembak mati awal Sabtu lalu.

Gara-gara cuba memasuki kereta yang salah, pelajar universiti di Florida, Amerika Syarikat ditembak mati awal Sabtu lalu.


NBC News pada Isnin melaporkan, ketika kejadian, Carson Senfield baru turun dari sebuah kenderaan Uber untuk pulang ke rumahnya sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Polis berkata, pelajar Universiti Tampa tersebut selepas itu cuba memasuki sebuah kereta lain yang diparkir di kawasan berhampiran. Seorang lelaki berada di tempat duduk pemandu ketika itu, lapor stesen penyiaran Fox 13.


Foto: WFLA

Pemandu kereta yang dikatakan bimbang dengan keselamatan dirinya serta tidak mengetahui mengapa Senfield cuba masuk ke dalam keretanya, bertindak menembak mangsa pada bahagian atas badan.


Mangsa disahkan mati di tempat kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan), kata polis, manakala penembak berkenaan kekal berada di lokasi kejadian dan memberikan kerjasama kepada detektif.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan pelajar berkenaan serta semua yang terlibat dalam insiden ini.

“Pihak universiti menghargai semua masyarakat setempat dan turut berduka atas kehilangan tragis ini,” kata Universiti Tampa dalam satu kenyataan.

Siasatan masih berlangsung dan sebarang dakwaan yang mungkin diambil akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara, kata polis. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-9-2022 05:52 PM
Bahaya bila semua bebas ada senjata api
Quote Skuau 21-9-2022 06:05 PM
pernh berlaku kt kwn yg cemerkap....syukur..Msia msh aman...tuan punya keta hanya..senyum jer..bila dia kata..'maaf..salah keta'...kita tgk...gelak jer...
Quote epullipan 21-9-2022 06:16 PM
bila senjata api bebas dibawa kemana mana.antara kesan nya..ni kalau kat mesia ni makin ramai jadi perompak bawak pistol kehulur kehilir mengepau
Quote Aliaskotonggo 21-9-2022 06:59 PM
mcm koboi lah, salah naik kuda ingat Apache nak culik. terus tembak
Quote RamonaFlower 21-9-2022 08:28 PM
Hahahahha mak i pernah tersalah naik kereta. I bawak kereta myvi putih, mak i pergi naik kereta bmw putih. Jauh beza betul. Dah lah masuk2 terus arahkan pemandu tu jln cepat sebab dia ingat tu i, nasib pemandu tu sopan je ckp 'makcik salah kereta ni' hahahahahah
Quote intan244 21-9-2022 08:39 PM
yela, seram apa stranger masuk kereta kita. tp x psrlu la tembak terus.
Quote Adrif 22-9-2022 12:38 AM
takziah. dasyat ye sana, rasa terancam je terus tarik picu
Quote margo20 22-9-2022 08:28 AM
Kira laju jugak la penembak tu nk grab pistol pastu tembak
Quote elzy 22-9-2022 08:41 AM
Terkejut kot, melatah terus tembak..
Silap sikit kat US nyawa melayang..
Quote s@s@ 22-9-2022 08:49 AM
1.30 pagi, tetiba ada org buka pintu terus masuk dlm keta.
logik la dia tembak terus.
Quote greantea 22-9-2022 09:13 AM
x pasal2 sorg mati, sorg msk penjara
Quote R2D2 22-9-2022 09:16 AM
bila negara yg mudah miliki senjata api
apa2 isu lindung diri
nak balas dendam
kena fitnah ka
senang settle dgn tembak
Quote cmf_PariS 22-9-2022 09:20 AM
kesian.. mmg kalau aku pun rasanya tembak juga kot... been there few years mmg tk boleh benda2 mcm tu.. sensitif... nak2 pagi buta kau salah keete... hoiiiii kesiannn
Quote sangbara2020 22-9-2022 09:20 AM
siannya...
hujan2 ni aku komen ni je
Quote edayildiz 22-9-2022 09:24 AM
i pun pnh salah naik keta org..ingt ayh i..dh duduk dlm keta br perasan..nsb kt malaysia
Quote RinIna 22-9-2022 10:23 AM
Tak, yg menjadi persoalan.. dia baru je trun dri kete uber nk blik umah.. yg dia nak masuk kete org lain tu dh kenapa? Balik rumah teruslah.. alahaaii..
Quote Simunggu 22-9-2022 10:26 AM
aduh inilah jadinya bila senjata apa senang nak dapat...
Quote copy_paste 22-9-2022 10:29 AM
Artemesiaa replied at 21-9-2022 05:52 PM
Bahaya bila semua bebas ada senjata api

hah sbb tu lah malaysia punye undang2 ketat pasal senjata api,
kalau xde senjata tu mesti selamat mangsa tu
Quote green~tea 22-9-2022 10:50 AM
RinIna replied at 22-9-2022 10:23 AM
Tak, yg menjadi persoalan.. dia baru je trun dri kete uber nk blik umah.. yg dia nak masuk kete org  ...

Dia naik uber utk ke kereta dia yg ditinggalkan kat parking lot

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.252627 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top