CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ini Bukan Mengenai Indonesia Tetapi Mengenai Dunia!” Tular Jokowi Ramal 2023 Keadaan Ekonomi Akan Gelap

21-9-2022 05:27 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14634| Komen: 198

Description: Keadaan ekonomi dunia ketika ini masih belum pulih sepenuhnya akibat dunia dilanda pandemik Covid-19 sejak 2020 yang bukan saja mengorbankan banyak nyawa malah ramai yang hilang sumber pendapatan.


Kredit foto - Kompas.com



Keadaan ekonomi dunia ketika ini masih belum pulih sepenuhnya akibat dunia dilanda pandemik Covid-19 sejak 2020 yang bukan saja mengorbankan banyak nyawa malah ramai yang hilang sumber pendapatan.

Walaupun pandemik Covid-19 dilihat sudah mula hampir pulih sepenuhnya namun perkembangan ekonomi dunia masih berada ditahap tidak baik malah dilihat semakin lemah.

Baru-baru ini, tular mengenai ucapan Presiden Indonesia Joko Widodo yang memberitahu keadaan ekonomi kini pada tahap membimbangkan telah menimbulkan kerisauan orang ramai.


Memetik laporan Kompas.com, Joko Widodo atau dipanggil Jokowi menerusi video itu menerangkan mengenai keadaan ekonomi pada 2023 akan lebih buruk dan turut menjangkakan tahun depan akan lebih sukar berbanding tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas peroleh maklumat ringkas ketika bertemu beberapa pemimpin tertinggi seperti Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, ketua institusi antarabangsa dan semua ketua negara G7.

“Sekarang ini memang dunia berada pada posisi yang tidak mudah, pada keadaan yang sangat sulit sekali..tahun ini kita akan sulit, terus kemudian seperti apa?

“Pemimpin dunia itu berkata tahun ini kita melalui masa yang sukar, jadi bagaimana tahun depan?

“Tahun depan keadaan ekonomi akan gelap, ini bukan mengenai Indonesia…tetapi mengenai dunia!” katanya semasa pembukaan Himpunan Nasional Persatuan Pensiunan Angkatan Darat Indonesia (PPAD) di Indonesia pada Ogos lepas.

Kredit foto - Kompas.com


Difahamkan, sebanyak 66 negara yang didakwa akan mengalami kejatuhan ekonomi seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PBB, Guterres dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semasa perjumpaan itu.

Ujarnya, kejatuhan ekonomi negara di dunia tidak berlaku dalam tempoh drastik, tetapi secara beransur-ansur malah sehingga kini ratusan juta penduduk dunia dipercayai sedang kelaparan.

“Mereka memberi butiran secara terperinci mengenai masalah yang membimbangkan dan kini seramai 320 juta orang di dunia sudah menghadapi inflasi kekurangan makanan,” katanya dalam persidangan itu.

Tambah laporan lagi, beliau memaklumkan perkara itu ekoran telah berlaku kejatuhan dari semua aspek, manakala inflasi pula menunjukkan peningkatan.

“Saya sampaikan ini kerana kedudukan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja turun malah semuanya jatuh.

“Pertumbuhan ekonomi turun tetapi inflasi meningkat dan harga barang semakin meningkat. Dunia dalam keadaan teruk,” katanya dalam nada kerisauan.

Terdahulu, Jokowi membuat keputusan menaikkan harga petrol sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia berikutan kos sara hidup meningkat.

Jadi apakah persediaan kita jika apa yang dijangkakan benar-benar berlaku? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 21-9-2022 05:41 PM
malaysia ni masih banyak barang tak naik harga..subsidi pun kekal sebab nak pru kan.. tunggulah lepas pru nanti
Quote Artemesiaa 21-9-2022 05:45 PM
Sementara disatu tempat lain semuanya dilapurkan baik dan baik2 aje walaupun majoriti tahu ianya adalah sebaliknya
Quote kemaruk 21-9-2022 05:46 PM
putin yang gila tu pon dah mula kerahkan rakyat russia jadi tentera

WW3 baru bermula
Quote rastaf 21-9-2022 05:49 PM
kemaruk replied at 21-9-2022 05:46 PM
putin yang gila tu pon dah mula kerahkan rakyat russia jadi tentera

WW3 baru bermula



bukan ke memang dorang dok perang ngan ukraine?
Quote cmf_premierleag 21-9-2022 05:50 PM
Calling for @pengecatbintang
Kebanyakan apa yg heshe/sheols (x pasti gender) cakap ms kobid tu byk yg bebetul jadi spt inflasi
Akak syak heshe/sheols ialah Nostradamus versi msia
Quote dua_chzy 21-9-2022 05:52 PM
Akak nyampah jika berlaku:

1. WW3
2. New plandemic

Jah. Nyampah la.
Quote rastaf 21-9-2022 05:52 PM
bukan jokowi ramal pun.semua pemimpin dunia dah tahu sebab tu dok sibuk food bank...food security bagai. bukan je masalah ekonomi tapi iklim yg dijangka teruk mungkin tahap extreme? tengok pakistan banjir teruk gila.. banyak tempat kat europe kena taufan.
Quote wnwa05 21-9-2022 06:02 PM
meanwhile kat malaysia masih ramai tunggu booking ativa dan alza baru
ooh tak lupa iphone14 contract 3 tahun aeon kledit
Quote AbukRokok 21-9-2022 06:05 PM
cmf_premierleag replied at 21-9-2022 05:50 PM
Calling for @pengecatbintang
Kebanyakan apa yg heshe/sheols (x pasti gender) cakap ms kobid tu byk ...

dia bukan nostradamus
dia hanya bahasa malaysiakan apa yang orang putih dah bagitau
age of abundance dah berakhir
jokowi tanya omputih dan sampaikan
pak mail  atau abah kau bidin tanya omputih x

Quote kemaruk 21-9-2022 06:20 PM
rastaf replied at 21-9-2022 05:49 PM
bukan ke memang dorang dok perang ngan ukraine?

ye memang

sebelum ni yang berperang hanya tentera russia

sekarang rakyat biasa pon dikerah angkat senjata

Quote pengecatbintang 21-9-2022 06:21 PM
cmf_premierleag replied at 21-9-2022 05:50 PM
Calling for @pengecatbintang
Kebanyakan apa yg heshe/sheols (x pasti gender) cakap ms kobid tu byk ...



memula yg akan kena teruk adalah USA n Eropah..

Nnt kan 24 Sep (date Europe & USA), Asia & Mesia 25 Sep..

mungkin sesuatu yg besar dan dramatik akan belaku di USA, Eropah atau di mana2..

semua orang akan ingat date ni..

impaknya seluruh dunia..

mgkn grid letrik n internet melingkup..

mgkn akibat gempa bumi, cyberattack (mgkn Rusia or China dituduh) atau apa sahaja..

tunggu..

mgkn x berlaku 24/ 25 Sep ni..

mgkn antara 24 Sep ke ujung tahun 2022 banyak perkara2 besar belaku..

mgkn seluruh dunia bank2 n stock2 market seluruh dunia melingkup..

mgkn kripto money juga lingkup


Quote sharlenetexas 21-9-2022 06:22 PM
pengecatbintang replied at 21-9-2022 06:21 PM
memula yg akan kena teruk adalah USA n Eropah..

Nnt kan 24 Sep (date Europe & USA), Asia & Mesi ...

Nak caj kereta letrik camne?


Quote brego 21-9-2022 06:29 PM
AbukRokok replied at 21-9-2022 06:05 PM
dia bukan nostradamus
dia hanya bahasa malaysiakan apa yang orang putih dah bagitau
age of abundan ...

bidin


[youtube]vVUN7jwz_1g[/youtube]
Quote pengecatbintang 21-9-2022 06:34 PM
Edited by pengecatbintang at 21-9-2022 06:36 PM
AbukRokok replied at 21-9-2022 06:05 PM
dia bukan nostradamus
dia hanya bahasa malaysiakan apa yang orang putih dah bagitau
age of abundan ...

aku saspek pemimpin Mesia da tau ttg rancangan masa depan iaitu New World Order aka RESET aka Build back Better..

https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-11/THE%2012TH%20MALAYSIA%20PLAN%20IN%20THE%20CONTEXT%20OF%20KELUARGA%20MALAYSIA.pdf

Mustapha Mohamed ada sebut kat page 3 No. 9 build back bettter


[youtube]YkcaeaD45MY[/youtube]

ramai yg akan suffer n hampir hilang segala galanya x lama lagi



Quote zidane_ziege 21-9-2022 06:34 PM
China pun dh terjejas..ada FB tu bukak la page ZRA strim..ulasan ekonomi dunia oleh ex wartawan Zainal Rashid Ahmad..
Quote pengecatbintang 21-9-2022 06:36 PM
Edited by pengecatbintang at 21-9-2022 06:40 PM
sharlenetexas replied at 21-9-2022 06:22 PM
Nak caj kereta letrik camne?

Eropah Barat n USA menuju ke arah dunia ke 3..

collapse of civilisation..

ingat..

Perang Malhmah Al Kubra (Imam Mahdi pimpin orang Islam)..

guna pedang, kuda, panah
Quote AbukRokok 21-9-2022 06:48 PM
[youtube]M7MHXcI-0ZI[/youtube]
Quote hyie 21-9-2022 06:50 PM
mujurlah meols dah pernah belajar memanah yach naik kuda ngan pedang je belum lagi skarang tengah sibuk belajar bahasa korea tiber nak bagitau
Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 06:53 PM
jokowi penyebab harga elektrik akan naik. tq pak jokowi. good luck jimat cermat elektrik lepas ni. kaka dah tak pakai elektrik dah. pakai solar baby shower

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.081234 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top