CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Kanak-kanak Ditahan Polis Rogol Remaja 13 Tahun

22-9-2022 11:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1576| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Di Jakarta, empat suspek diberkas kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih di bawah umur.
Gambar hiasan. SUMBER Google


Di Jakarta, empat suspek diberkas kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih di bawah umur.

Menerusi laporan Kompas.Com, kesemua suspek tersebut berusia antara 11 hingga 13 tahun dan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Cipayung, Jakarta Timur.

Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Wibowo berkata, keempat-empat suspek akan dimasukkan ke pusat pemulihan tersebut selama enam bulan.


Gambar hiasan. SUMBER Google

"Sehingga kini, keempat-empat suspek itu masih dalam tahanan reman dan mereka tidak akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sehingga selesai proses pemulihan.

"Sebab utama mengapa mereka tidak dihantar pulang kerana keadaan keluarga masing-masing tidak berada dalam keadaan yang baik.

"Kesemua suspek bawah umur itu berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Selain itu, keempat-empat suspek juga dilaporkan sudah lama berhenti sekolah.

Sumber Kompas.Com

Kes tersebut bermula apabila kesemua suspek didakwa mengenali mangsa merogolnya di sebuah taman ketika berjalan pulang ke rumah.

Polis memaklumkan, seorang daripada suspek pernah menaruh perasaan pada mangsa namun tidak dilayan menyebabkan mereka nekad untuk merogolnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 22-9-2022 01:01 PM
Alahai untung muda2 rogol org masuk pusat pemulihan 6bln je..tu pn sbb xdipulangkan ke family sbb family misekin..kalo family mampu harus dipulangkan gitu?
Quote ketambangkang 22-9-2022 01:58 PM
babi nye perangai
Quote takayama 22-9-2022 02:20 PM
Ya Allah td kt India kena rogol lps tu dibakar yg ni kt indon plk
knp hukuman kt indon begitu enteng sekali @Friska
6 bulan jer lps tu dibebaskan
kang entah saper plk dirogolnya
jd yg sumbat bebird tu semua sekali ke atau sorg aje
Quote epullipan 22-9-2022 02:26 PM
6 bulan terlalu pendek..bagi la 5 tahun terus
Quote bulalof 22-9-2022 02:28 PM
kat malaysia ni pun mungkin ada...suka sama suka....
Quote jazaa100 22-9-2022 02:50 PM
Adohaiii......

Thread sebelah org tua nampuss yg merogol....
Yg ni bebudak pulak.....


@Friska
Quote tikusmontok 22-9-2022 02:53 PM
Bangsat btul perangai bangsa kau ni @Friska babu ndon
Quote Artemesiaa 22-9-2022 04:40 PM
Salah didikan tak ada yang mengawasi ambil tahu anak dimana sedang buat apa dengan siapa dia berkawan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043987 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top