CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Anak Lelaki Ditemui Dah Berulat- Masa Hidup Suka Mabuk, Seksa Dan Biar Ibu Kebuluran Demi Bolot Harta

19-8-2022 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2490| Komen: 11

Description: BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang cuba membunuh ibunya dengan membiarkan wanita itu kebuluran demi membolot harta, ditemui mati dalam keadaan berulat dipercayai akibat penyakit tibi, lapor lama ...
BANGKOK – Seorang lelaki Thailand yang cuba membunuh ibunya dengan membiarkan wanita itu kebuluran demi membolot harta,  ditemui mati dalam keadaan berulat dipercayai akibat penyakit tibi, lapor laman berita Thaiger.


Pegawai polis dari Balai Polis Satuek  dihubungi kelmarin untuk menyiasat keadaan sebuah rumah di daerah Satuek, wilayah Buriram selepas seorang jiran melaporkan mengenai kematian lelaki berkenaan.

Sejurus tiba, polis menemui mayat Thongdee Salangam, 57, dalam keadaan berulat terbaring di atas sebuah katil kayu.


Foto: Talknewsonline

Berdasarkan keadaan mayat yang sudah dimakan ulat dan berbau busuk, polis percaya Thongdee sudah mati lebih empat hari.


Ibu lelaki tersebut yang berusia 82 tahun, Nuan Salangam dalam masa sama, ditemui terbaring di atas katil, berhampiran mayat anaknya.

Warga emas yang uzur itu berkata, dia tidak menyedari bahawa anaknya telah meninggal dunia. Tambahnya, dia kelaparan kerana tidak makan dan minum selama tiga hingga empat hari.

Menurut Nuan, dia telah terbaring di atas katil selama 10 tahun. Dia juga layak menerima beberapa subsidi negara untuk warga emas kurang upaya, namun Thongdee mencuri wang diperoleh itu untuk membeli arak.

Dia juga mengaku berasa seperti anaknya itu sengaja mahu membiarkannya mati kebuluran supaya boleh menjual rumah, tanah dan semua harta miliknya.

“Thongdee makan di hadapan saya. Saya merayu kepadanya untuk memberi makanan, namun dia enggan memberikan apa-apa sehingga saya terpaksa minum air paip.

“Dia juga sering memukul saya setiap kali mabuk. Saya pun tidak pasti bagaimana saya boleh terselamat sehingga kini.

“Saya tidak mempunyai sesiapa, tiada bekalan elektrik di sini dan tiada sesiapa mahu menjaga saya,” kata Nuan.

Sementara itu, seorang jiran mereka, Danita Trate-theaway berkata, dia mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di rumah tersebut dan telah melaporkan perkara itu kepada polis sebelum ini.

Menurutnya, polis ada melakukan siasatan, namun tidak menemui sebarang bukti bagi mengesahkan laporan tersebut. 

Tambahnya, Nuan tetap menyayangi anaknya namun tiada sesiapa mahu melawatnya kerana berasa takut terhadap Thongdee selain bimbang dijangkiti penyakit tibi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-8-2022 11:31 AM
Panjang umo mak, si anak yg mati dulu. Xsempat nak bolot harta.
Quote prince_marhaen 19-8-2022 11:59 AM
Mastika versi Siam....
Quote syaz_lina 19-8-2022 12:01 PM
ish apa yg nak direbut, ko n emak duk dalam rumah camtu. meninggal pun atas tilam emak tu. lain emak tu ceo megah holding ke
Quote namieamuro 19-8-2022 12:05 PM
igtkan keluarge t20 cube nk bolot reta parents bagai  rupenye... gitu pn gigih nk 'bunuh' mak sbb reta. ujong2 sendiri mati dulu.
Quote intan244 19-8-2022 03:30 PM
Ya Allah, moga ada rumah warga emas pondok yg boleh aku masuk nanti supaya x jadi macam ni.
Quote Bedah.Cun 19-8-2022 04:03 PM
anak setan
Quote sharlenetexas 19-8-2022 04:42 PM
Tanah kubur versi telen.

King crop top seronok duk german. Rakyat marhaen duk rumah yg tak mcm rumah.


Quote Decaffeinated 19-8-2022 05:37 PM
drama lah makcik ni mentang2 anak ko tu dah tak boleh nak menjawab

kalau betul dia nak ko mati dah lama dah ko meninggal dek

Quote Bedah.Cun 19-8-2022 05:40 PM
Tapi namanya pun guna nama family maknya. Mamat meninggal tue sebenarnya anak sah taraf ke idok?
Quote CariMalay 19-8-2022 09:47 PM
Celaka punya anak. Mampus la kau sana lagi bagus
Quote Sazreena 20-8-2022 01:17 AM
Tulah seorang ibu namanya tu..sedangkan kat inai pun tak leh derhaka apatah lagi derhaka kat ibu sendiri...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058633 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top