CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Pihak Berkuasa Buat 'Bodoh' Je- Jalan Berlubang Sana Sini Ditanam Pokok Pisang

19-8-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1100| Komen: 1

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebatang jalan yang sana sini berlubang telah ditanam dengan pokok pisang sebagai protes terhadap pihak berkuasa tempatan, l ...
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan keadaan sebatang jalan yang sana sini berlubang telah ditanam dengan pokok pisang sebagai protes terhadap pihak berkuasa tempatan, lapor laman berita Berita Hits.


Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, jalan tersebut terletak di Kampung Sangiang, Banten, dalam wilayah Jawa Barat.

Jalan tersebut sering dilalui oleh penunggang motosikal dan pemandu kereta, namun permukaannya berlubang dengan amat teruk sekali.


Foto: IG

Disebabkan berang dengan keadaan jalan yang tidak dibaiki oleh pihak berkuasa, penduduk bertindak menanam pokok pisang di dalam kawasan lubang.


Ada antaranya yang diikat bersama bendera negara Indonesia.

Berdasarkan maklumat, tanda protes itu dilakukan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 semalam.

Dengan tindakan tersebut, penduduk berharap agar jalan itu dapat dibaiki segara selepas rosak selama berbulan-bulan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-8-2022 12:58 PM
Bagus tu dah berbuah nanti boleh makan sama2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050014 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top