CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Beranak Pun Tak Sakit Macam Ni,"-Husna Menyesal Besarkan Payudara, Filler Pecah Dan Bocor

19-8-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8042| Komen: 89

Description: Beranak pun tak sakit macam ni!
Beranak pun tak sakit macam ni!

Demikian kata seorang wanita dikenali sebagai Husna yang menanggung derita selepas suntikan filler pada bahagian payudaranya pecah dan bocor, baru-baru ini.


Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia mendapatkan rawatan daripada dua pakar kecantikan kerana tidak berpuas hati dengan saiz payudara sendiri, namun sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi detik paling ngeri dalam hidupnya.

Foto: TikTok

"Payudara saya bersaiz kecil, lepas bersalin jadi makin jatuh dan kosong, tengok dari tepi tak ada isi. Dah lama nak buat filler, saya selalu tengok kat Instagram. Bila tanya, harganya RM2,800 untuk satu liter, saya rasa saya mampu.


"Jadi, saya buat suntikan pertama pada April lalu dengan seorang beautician. Pada Jun, saya top up filler dengan beautician lain. Pada Ogos, saya dapatkan khidmat beautician yang sama untuk top up filler lagi sekali.

"Sehari selepas suntikan ketiga, saya bangun pagi rasa sakit yang teruk pada payudara kiri. Lagi sakit dari bengkak susu. Hari kelima saya makin sakit, nak jalan kena ampu payudara, nak pakai bra pun sakit.

"Hari keenam, ketika saya masuk ke tandas di rumah, saya buka plaster pada payudara, ia terus pecah dan bocor dengan sendiri. Keluar balik semua gel dan air kuning yang ada darah. Keluar banyak dan tak berhenti, dalam sejam saya duduk dalam tandas nak bagi ia keluar betul-betul," imbasnya.


Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia ada berjumpa dengan pakar kecantikan berkenaan, namun mengubah fikiran untuk ke klinik gara-gara tidak yakin dengan kaedah rawatan yang dibuat ke atasnya.

Jelas Husna yang menetap di ibu negara, dia turut dirawat di sebuah hospital swasta dan kini sedikit lega apabila keadaan kesihatannya beransur pulih.

"Selepas kejadian itu, saya pergi jumpa beautician yang buat filler, dia kata 'akak boleh buat'. Dia cucuk saya dengan jarum dekat luka yang berlubang tanpa bius, dia kata nak tarik air bisa. Saya menangis dengan cara dia handle, kemudian saya dapatkan rawatan di klinik sebelum pergi ke hospital swasta.

"Kiranya payudara kiri je yang pecah dan kena jangkitan. Yang belah kanan masih okay. Seminggu saya masuk hospital untuk habiskan antibiotik dan cuci luka. Nasib baik tak kena bedah. Tapi sejujurnya ia beri kesan buruk kepada mental saya.

"Filler pada payudara kanan tidak boleh dibuang kerana ia sudah masuk badan dan meresap dalam tisu. Jadi sekarang tak seimbang saiz kedua-dua belah payudara. Cuma saya lega sebab dah tak sakit macam sebelum ni," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai pusat kecantikan yang dikunjunginya, Husna berkata dia membuat rawatan di dua kediaman iaitu di Shah Alam dan Bukit Jalil.

"Masa kali pertama, saya buat dekat sebuah kondominium di Shah Alam. Saya tak ragu sangat sebab rumah tu disusun rapi dengan tempat untuk baring, ada peralatan semua.

"Yang kali kedua, saya buat di rumah. Dia dakwa ada spa, tapi kalau nak dekat, saya boleh datang ke sebuah rumah di Bukit Jalil.

"Selepas kejadian ini, saya dapat semula refund rawatan terakhir. Tapi dia dah tak nak terlibat selepas refund. Tapi kalau ada apa-apa, dia kata masih boleh refer dia.

"Cuma bila jadi macam ni, saya rasa menyesal habiskan dekat RM10,000. Saya dapat refund yang last saja," ujar perunding kewangan di sebuah bank itu.

Dalam pada itu, video perkongsian Husna mengenai penyesalannya mendapatkan suntikan filler payudara turut meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok.

Kata Husna, dia menepis perasaan malu demi membuka mata masyarakat agar tidak terjebak sehingga memberi kesan kesihatan seperti yang dilaluinya kini.

"Masa saya nak keluar hospital, doktor tanya saya, macam mana nak bagi orang sedar mengenai isu ini? Doktor juga pujuk supaya saya jangan buat lagi. Saya cakap kat doktor, saya nak buat content mengenai isu ini.

"Bukan sebab tak malu, tapi saya nak orang tahu yang filler ni tak elok. Video ni saya buat untuk beri kesedaran. Saya terkejut tiada yang kecam, boleh kata 99 peratus beri sokongan dan doakan kesembuhan saya.

"Rupa-rupanya ramai wanita yang kena benda sama mesej saya, ada juga yang dah tak jadi nak buat filler selepas tengok video saya. Biarlah ini jadi pengajaran," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 19-8-2022 10:35 AM
Edited by evlinne at 19-8-2022 10:37 AM

Ngko lah bodo
Sape suruh suntik tek dekat beautician tak pass spm nyahh??
Lain kali sumbat silikon yg paling asli mcm miranda kerr tu dgn surgeon
Depa lebih pakar n kenal badan kita camne
Quote evlinne 19-8-2022 10:36 AM
Tengok tek miranda kerr tu
Cantik ja terletak, perky lgi sbb buat dgn surgeon
Nak tek cantik tpi bayar murah
Dapatlah hasil haukkk
Quote hareeeesah 19-8-2022 10:37 AM
Kalau dia pegi kat specialist rasanya no issue kot.. ni pegi yg takde tauliah pastu dia dok topup ikut suka.. any forumers pakar bab ni? Heheh
Quote ifanonline 19-8-2022 10:39 AM
bodoh sangat wanita2 skrg ni...knp nak bazir duit inject filler...

nak besarkan payudara ni senang aje...kena upah mana2 lelaki utk constantly massage dan raba...bayar la sedikit kat laki tu utk raba...kalau dah kawin, minta suami massage tetek everyday...insyallah, tetek akan membulat dan besar kembali...
Quote slyfynx 19-8-2022 10:41 AM
Amik masa dua weeks..
Nape nk kene guna dua weeks.
Nape x dua minggu, atau two weeks, atau taip je nombor 2
Quote primarikey 19-8-2022 10:49 AM
Tek beso2 nk bawak p mane
Quote cm_vungtau 19-8-2022 10:51 AM
Rasanya lepas bersalin memang la breast jadi kecik. Lepas tu biasa balik. Makan macam2 berlemak naik la macam biasa
Quote CiliPadiSedap 19-8-2022 10:54 AM
tek beso boleh berlaga kopek dengan sista vokuru
Quote miss_perfect 19-8-2022 10:59 AM
Mmg normal ke harga ke camtu? Adakah dia tak buat comparison harga dahulu utk determine beautician yg bagus atau tak
Quote she 19-8-2022 11:00 AM
Anak dah 4 pun nak tek besor lagi?
Macik dah tak kisah dah size tek
Yang penting sekarang jangan kena kanser je
Eh tiberrr
Quote manehnya 19-8-2022 11:01 AM
beuty is pain? utk yg hodoh je

yang natural beauty dia effortless..
Quote syamzana 19-8-2022 11:02 AM
cm_vungtau replied at 19-8-2022 10:51 AM
Rasanya lepas bersalin memang la breast jadi kecik. Lepas tu biasa balik. Makan macam2 berlemak naik ...

bukan lepas bersalin breast jd beso ke sbb ada susu pastu back to normal lepas susu takde
rasanya iols mcm ni. ujung2 pregnant smpai habis menyusu pakai bra 1 size bigger tp lepas tu sedihhh back to normal

aiyooo acik, leinkali buat la kat spital surgeon bertauliah dah nape pergi cari tmpt2 gitu. serupa freelancer caprut je.
pelik nak breast beso2, kat mesia ni bra cantik2 even la senza/vs tu pun utk size normal asia jah. size beso terus jd patern/warna nenek2. unless shoping oversea laa byk big size yg aummmmm
Quote lasagna 19-8-2022 11:07 AM
dia punnnnn tukar2 beautician, silap gak laa.. pegi laa kat esthetic yg bebetul. selama ni yg filler2 bagus xde issue pun. ni pegi tmpt yg salah mmg kesian lah. huhuhu.
Quote syaz_lina 19-8-2022 11:12 AM
alahai, pegi klinik rumah kedai mmg la macam tu je hasilnya..siap bonus infection pulak nanti, terus kena buang tek tu
Quote Herlina 19-8-2022 11:14 AM
Ada hati nak celen tek Vokuro latu.
Sabar je la dek...sakit tu umpama cuci dosa...dosa ubah kejadian Allah.

Bersyukurla dengan apa yang ada
Sekian
Quote Suchi 19-8-2022 11:19 AM
Kenapa tak jumpa pakar bedah pelestik?
Setau iols kalau tek yg kosong melendut nih nama prosedur dia breast lift atau mastopexy.

Plastic surgeon akan naikkan tek tu tinggi elok kat dada, kasi sama tinggi dan terletak elok,kurangkan saiz areola dan kasi dia duk tgh2 dan ngadap depan.
Buang extra skin yang dah lama memeri tu bentukkan balik tek kasi nampak bulat molek dan ketatkan tisu tek tu biar tegak elok support puting tek tu.

Btw kita org isle ni boleh tak wat prosedur ni?sbb iols rasa ia lebih kepada memperbaiki sbb kalau sampai buat keyakinan kurang, malu dgn suami bagai hingga jejaskan hubungan rasanya tak salah pun.
Quote Suchi 19-8-2022 11:26 AM
cm_vungtau replied at 19-8-2022 10:51 AM
Rasanya lepas bersalin memang la breast jadi kecik. Lepas tu biasa balik. Makan macam2 berlemak naik ...

Kalau kecik tapi tak kosong tetap bulat penuh tegak mcm budak baru akil baligh tu takpelaa juga. Budak remaja tak pakai bra pun takde hal.
Tapi mak2 org yg dh berkali2 beranak tek tu asik berubah saiz, kulit situ pun dah hilang elastik.
Tau jela kulit badan kita nih bila kita berisi dia ikut melebar tp bila kita kurus kulit tak tegang balik tapi melebeh jer.


Quote MadameOnion 19-8-2022 11:31 AM
padan la muka..redho jelah tek layut..
Quote pooh~key 19-8-2022 11:32 AM
slyfynx replied at 19-8-2022 10:41 AM
Amik masa dua weeks..
Nape nk kene guna dua weeks.
Nape x dua minggu, atau two weeks, atau taip je  ...

Ujong2 kau pun taip x x x x x x dekkkk…. Kenapa tak taip tak dek tak dek tak dek?

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.173460 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top