CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantai Bertukar Kelabu, Pengunjung Terkejut Tengok Sengkayan Besar

17-8-2022 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1224| Komen: 1

Description: Pengunjung di sekitar pantai Destin, Florida di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan 'kehadiran' belalai air atau sengkayan bersaiz besar yang melanda kawasan itu dalam kejadian pada Selasa lalu.
Pengunjung di sekitar pantai Destin, Florida di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan 'kehadiran' belalai air atau sengkayan bersaiz besar yang melanda kawasan itu dalam kejadian pada Selasa lalu.


Video dirakam salah seorang pengunjung dikenali sebagai Boo Freeman memaparkan kejadian yang disifatkan menakjubkan itu berlaku sekitar 7 pagi waktu tempatan.


FB Freeman

Berdasarkan rakaman tersebut, belalai air itu berputar ke udara dan membentuk kabus tebal di kawasan lautan, yang jelas kelihatan berwarna kelabu.

Salah seorang jurucakap AccuWeather AS, Jesse Ferrell mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan belalai air itu berkemungkinan terbentuk daripada ribut petir 'supercell'.


Susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran khas, menggesa agar para pelayar dan perenang tidak berada di dalam kawasan air.



Difahamkan, fenomena belalai air tersebut adalah yang kelima dilapor berlaku di kawasan Panhandle Florida.

Sebelum ini, kejadian belalai air turut terbentuk di Maryland yang mengakibatkan kerosakan.

Sementara, kejadian sama turut dilapor berlaku di Pulau Smith, Teluk Chesapeake pada 5 Ogos lalu, mengakibatkan beberapa rumah roboh dan seorang individu cedera.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:06 PM
Besar macam tu siapa tengok pun pasti rasa gerun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.039918 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top