CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 1

Pantai Bertukar Kelabu, Pengunjung Terkejut Tengok Sengkayan Besar

[Copy link]
Post time 17-8-2022 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengunjung di sekitar pantai Destin, Florida di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan 'kehadiran' belalai air atau sengkayan bersaiz besar yang melanda kawasan itu dalam kejadian pada Selasa lalu.


Video dirakam salah seorang pengunjung dikenali sebagai Boo Freeman memaparkan kejadian yang disifatkan menakjubkan itu berlaku sekitar 7 pagi waktu tempatan.




FB Freeman




Berdasarkan rakaman tersebut, belalai air itu berputar ke udara dan membentuk kabus tebal di kawasan lautan, yang jelas kelihatan berwarna kelabu.


Salah seorang jurucakap AccuWeather AS, Jesse Ferrell mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan belalai air itu berkemungkinan terbentuk daripada ribut petir 'supercell'.


Susulan kejadian itu, Jabatan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran khas, menggesa agar para pelayar dan perenang tidak berada di dalam kawasan air.







Difahamkan, fenomena belalai air tersebut adalah yang kelima dilapor berlaku di kawasan Panhandle Florida.


Sebelum ini, kejadian belalai air turut terbentuk di Maryland yang mengakibatkan kerosakan.


Sementara, kejadian sama turut dilapor berlaku di Pulau Smith, Teluk Chesapeake pada 5 Ogos lalu, mengakibatkan beberapa rumah roboh dan seorang individu cedera.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 05:06 PM | Show all posts
Besar macam tu siapa tengok pun pasti rasa gerun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list