CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perancis Maut Disengat Obor-obor Di Pantai Teluk Nipah

17-8-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5369| Komen: 65

Description: Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis maut terkena sengatan obor-obor ketika mandi di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, petang kelmarin.
Seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis maut terkena sengatan obor-obor ketika mandi di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang, kanak-kanak berusia lima tahun berkenaan dan keluarganya pergi ke pantai tersebut untuk mandi setelah mendaftar di sebuah hotel di pulau peranginan itu.


Gambarhiasan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kira-kira 30 minit kemudian kanak-kanak tersebut tiba-tiba menjerit kesakitan.

“Orang awam yang ada berhampiran dengan kanak-kanak itu datang dan membawa mangsa ke tepi pantai dan mendapati dia terkena sengatan obor-obor.


“Semasa mangsa dibawa naik ke darat, keadaannya mula tidak sedarkan diri dan keluarga mangsa telah membawa dia ke Klinik Kesihatan Pangkor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor.

Berikutan itu, petugas klinik kesihatan tersebut melaporkan kejadian itu kepada anggota di Balai Polis Pangkor pada pukul 7.28 malam.

“Sejurus selepas menerima laporan tersebut, Timbalan Ketua Polis Balai Pangkor bersama anggotanya hadir di Wad Kecemasan Klinik Kesihatan Pangkor untuk menjalankan siasatan. Setelah membuat pemeriksaan pada bahagian badan simati terdapat kesan dipercayai sengatan obor-obor pada bahagian perut, tangan kiri dan kaki kiri mangsa,” jelas beliau.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung pada malam sama untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Beliau menjelaskan hasil daripada bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian si mati adalah ‘jellyfish envenomation‘ atau sengatan obor-obor.

Justeru, tiada sebarang unsur-unsur jenayah terhadap kematian itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:03 PM
Musim banyak obor2 kan sekarang elok lah kalau ada papan tanda amaran dinaikan untuk perhatian pelancong
Quote mayakaren 17-8-2022 05:06 PM
Scarynya..kesian sampai meninggal anak tu...I pun pernah kena jugak dulu. Sakitnya tak boleh bincang
Quote elzy 17-8-2022 05:06 PM
Tak pernah terfikir perkara macam ni boleh berlaku.. Peringatan kepada diri sendiri, kena ambil serius lepas ni bukan fikir bersuka-ria..
Quote tri-max 17-8-2022 05:07 PM
the exact same place aku kena gigit obor2 masa umur 6 tahun... pantai tu mmg giler byk obor2
nasib baik sikit kena kat kaki, aku pun jerit kuat yakmat
abah aku lekas2 letak ubat gigi
balik umah gi spital dapatkan ubat
lepas tu tobat la aku nak main tepi pantai lagi
Quote naina 17-8-2022 05:43 PM
tri-max: the exact same place aku kena  ...


Sakit sebab berbisa ke
Quote green~tea 17-8-2022 05:45 PM
Edited by green~tea at 17-8-2022 05:47 PM

Dekat pantai area lumut, pangkor mmg byk obor2 beracon... housemate uni aku kena follow up doctor setahun sbb kulit melepuh2 kena obor2 nasib baik dekat kaki je.. kejadian kat sini jugek, area teluk batik...
Quote white_musk 17-8-2022 05:46 PM
Edited by white_musk at 17-8-2022 05:47 PM

Pelakon seriza mahmud pernah kena
adik boleh gugel kesannnya...
nak lihat kaki sendiri pun tak sanggup
Quote faraway1 17-8-2022 05:55 PM
Memang bahaya, dulu masa my daughter demam masa kat Penang, doctor tu sendiri cakap berjaga jaga kalau kat pantai Penang sebab banyak obor obor, bahaya.. Pergi pool aje katanya..

Quote monreyes 17-8-2022 06:07 PM
cepat2 curah air cuka kat tempat sengatan utk neutralise kan sebagai rawatan awal...kalau naik feri tu mmg
nmpk banyak btol obor2 berenangan
Quote fairy_fairy 17-8-2022 06:44 PM
Sengatan obor2

Dulu, my friend kena sengat obor2. Missing from school for more than 2 weeks. Bila balik sekolah jari and tangan sheols penuh parut. Doctor cakap kalau lambat hantar spital memang dah takde kawan iols tu.
Quote Beribear 17-8-2022 06:57 PM
Pernah kena jugak yg dah mati punya & anak lagi tp sakit dia tak tahu nak ckp cemana walau sikit je kena. Nasib ada org yg berpengalaman bagi tahu ambik rumput² renek kat pantai tu lumur kat tempat kena bisa, lepastu okay dah
Quote emera 17-8-2022 07:25 PM
Sekarang musim obor-obor kot. Aku gi sabah last week pun life guard jerit jgn snorkelling jauh2.. banyak obor-obor katanya.
Quote matamata 17-8-2022 07:37 PM
Kalau dah kena sengat obor2 ni samada mati sbb sengatan atau lemas sbb sengatan ni mampu "lumpuhkan" badan... Atau mcm cramp gitu
Quote ashilalat 17-8-2022 08:23 PM
Terus rasa x mau mandi laut dah
Quote MissVixen 17-8-2022 08:27 PM
Belah2 pangkor, lumut, teluk senangin tu banyak kes obor2 berbisa dari dulu. Tapi kalau aku mandi belah terengganu, terkena obor2 takde pulak melepuh teruk. Lain jenis ke
Quote VirginLady 17-8-2022 08:32 PM
ahh seram...baru nak plan company trip pegi pulau
Quote white_musk 17-8-2022 08:52 PM
Pantai taluk batik itu semua airnya tak kotorkah?
Tanya saja
Quote ulamalu 17-8-2022 09:05 PM
Tragisnya.  Datang satu family dari France nak happy2 holiday kat sini, last2 anak mati.  Patut ada notis kat pantai, at least yg nak mandi tu fikir dua kali.
Quote hareeeesah 17-8-2022 09:07 PM
Kwn iols penah kena kat hard rock penang. Kejap je dia masuk kaki terus kena sengat.. google & tanya org situ dia suruh kencing or siram dgn air coke kat tempat kena sengat. Nasib lepas tu ok

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.103138 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top