CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Rogol Dua Pelajar Di Sarawak Masih Tak Dapat Dikesan, Gaji Dah Dibekukan

17-8-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3055| Komen: 22

Description: Kuching: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah membekukan gaji seorang guru yang disyaki merogol dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau di Bintulu, beberapa bulan lalu.
Kuching: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah membekukan gaji seorang guru yang disyaki merogol dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Sebauh, Tatau di Bintulu, beberapa bulan lalu.


Tindakan itu diambil selepas guru berusia 33 tahun berasal dari Tumpat, Kelantan itu menghilangkan diri sejak 19 Julai lalu.

Gambar Hiasan

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat dua mangsa berusia 14 tahun itu masing-masing pada 27 dan 29 Julai lalu.

Menurutnya, kes berkenaan juga sudah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.


"Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya, hari ini.

Fatimah berkata, pihaknya juga sudah menjalankan tindakan susulan dengan memberikan sistem sokongan terhadap dua pelajar terbabit.

Ia termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan kesan kejadian itu tidak menjejaskan tumpuan dua mangsa terhadap pelajaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit dalam kenyataan baru-baru ini mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurikman Hadi di talian 019-3517155.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 17-8-2022 04:57 PM
Buang dia dalam sungai serawak bior anakonda makan dia
Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:01 PM
Tah tah dah kena ngap boya sungai
Quote ellejo 17-8-2022 05:46 PM
padan muka buat hal lagik.
Quote Skuau 17-8-2022 06:22 PM
menghilang atau 'dihilangkan'???????
Quote KIM.K 17-8-2022 06:24 PM
Kalau dapat tu kena sembelih
Quote tagas 18-8-2022 02:54 PM
Versi drisyam dah kot
Quote Bedah.Cun 18-8-2022 03:29 PM
Hiris totoyet dia buat timun laut. Tak guna punya jantan gatei
Quote kucing_gebu 18-8-2022 09:03 PM
Persoalannya...masih hidup lg kah dia
Quote mrsLucky 18-8-2022 09:39 PM
kucing_gebu replied at 18-8-2022 09:03 PM
Persoalannya...masih hidup lg kah dia

Mungkin dah arwah kot...kalau belum kena tangkap pasti masuk penjara dan di sebat berkali kali.
Quote Lentera 18-8-2022 09:53 PM
Polis ni kot ye pun bgtau la nama suspek. Baru la org yg kenal dia boleh salurkan maklumat kalau terjumpa kat mana2.. Ni bgtau asal negeri tut je buat apaaaa
Quote Mary_jane 18-8-2022 09:56 PM
Ntah2 dah kena telan bujang senang yer.
Quote Nenasketum 18-8-2022 11:01 PM
Samada dah balik asal di Yindon atau dah di black magic kan oleh tok batin sana. Harap2 dah padam kena belasah.
Quote myakayina 19-8-2022 10:32 AM
ntah hidup lagi ke tidak tu..
Quote hanihan16 19-8-2022 10:51 AM
Lentera replied at 18-8-2022 09:53 PM
Polis ni kot ye pun bgtau la nama suspek. Baru la org yg kenal dia boleh salurkan maklumat kalau ter ...

kat edaran siaran pdrm lengkap kan nama penuh, asal, alamat & gambar cikgu tu. tengku nasrul haizal nama dia
Quote Bedah.Cun 19-8-2022 10:52 AM
heummmvvvv heummmmffffvmmm
Quote miss_perfect 19-8-2022 10:53 AM
Nenasketum replied at 18-8-2022 11:01 PM
Samada dah balik asal di Yindon atau dah di black magic kan oleh tok batin sana. Harap2 dah padam ke ...

Kenapa lak balik asal di Indon? Kan dia asal Tumpat.
Quote supernaturalee 19-8-2022 12:15 PM
kt bh ade gmbr menteri srwk tu

iols tertarik dgn tudung sheols

awat yg pakai lagu tu  

Quote sharlenetexas 19-8-2022 03:36 PM
Kata dah lepas ke kelantan? Tak masuk siam mcm bangjat ke?


Quote afie_m 19-8-2022 03:39 PM
uik, tak kan x dpt dikesan kan...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.170643 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top