CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kelar Leher Anjing Gila Serang 4 Gadis

17-8-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1284| Komen: 7

Description: Seorang lelaki nekad mengelar leher seekor anjing hingga maut selepas mendengar tangisan dari sebuah unit apartment.
Seorang lelaki nekad mengelar leher seekor anjing hingga maut selepas mendengar tangisan dari sebuah unit apartment.

Menurut sumber polis kepada FranceInfo, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang di bandar Grigny di Essonne, Perancis pada 14 Ogos lalu, lapor Daily Star.

Sebaik memasuki ke apartment berkenaan, lelaki itu mendapati empat gadis cedera akibat diserang seekor anjing jenis American Staffordshire Terrier yang di luar kawalan.


Gambar hiasan

Dia cuba untuk memenangkan haiwan berkenaan, tetapi gagal.

Susulan itu, dia mencapai sebilah pisau dan mengelar leher anjing tersebut hingga maut.

Kesemua mangsa merupakan gadis berusia di bawah 24 tahun, mengalami kecederaan dalam serangan itu.

Mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, manakala lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Haiwan ganas itu tinggal bersama teman wanita kepada pemilik rumah, namun dia tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Polis Perancis dari bahagian Juvisy-sur-Orge kini membuka siasatan berhubung kejadian itu. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 17-8-2022 05:09 PM
Apa penyebab anjing tu gila?
Quote Artemesiaa 17-8-2022 05:25 PM
Bela anjing ni bukan macam bela kucing nak kena pastikan makan minum cukup je tapi nak kena bawa berjalan tiap hari kalau tak ia stress boleh serang manusia.
Quote supernaturalee 17-8-2022 05:35 PM
CariMalay replied at 17-8-2022 05:09 PM
Apa penyebab anjing tu gila?

mental disorder




Quote TabletSusu 17-8-2022 06:04 PM
Artemesiaa replied at 17-8-2022 09:25 AM
Bela anjing ni bukan macam bela kucing nak kena pastikan makan minum cukup je tapi nak kena bawa ber ...

kann.. dah lama tuan dia xde rumah, x bwak dia keluar jalan2 agaknya. tu yg dia stress tu
Quote batmana 17-8-2022 08:11 PM
anjing pun bole stress

jadi babi lagila stress
Quote Adrif 17-8-2022 09:35 PM
baka pittbull.. walaupun dah crossbreeds banyak kali, baka pittbull ni terserlah naluri liar dia tu
ni kes beberapa bulan lepas yang dapat rekod cctv (amaran, darah dan agak keterlaluan untuk sesetengah orang)

>>> https://nypost.com/2022/03/24/video-shows-columbian-woman-mauled-by-pit-bull-in-elevator/
Quote sharlenetexas 17-8-2022 09:37 PM
Bela anjing kecik2 poodle comel2 ajelah.


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.152571 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top