CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Geli Bayangkan Apa Berlaku Waktu Malam," - Ejen Hartanah Trauma Nampak Patung Seks Dalam Rumah Untuk Dijual

17-8-2022 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3915| Komen: 45

Description: Nampak senang, tapi tugas sebagai ejen hartanah bukan mudah seperti yang disangkakan.
Nampak senang, tapi tugas sebagai ejen hartanah bukan mudah seperti yang disangkakan.

Lebih-lebih lagi ketika membuat tinjauan atau pemeriksaan (inspection) di rumah klien, kejadian tidak diduga boleh berlaku seperti yang dialami wanita ini.


Berkongsi pengalaman kepada mStar, wanita berusia 30 tahun ini memberitahu, insiden berlaku di rumah salah seorang kliennya di Selangor, beberapa bulan lalu.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, rumah teres dua tingkat tersebut merupakan milik pasangan suami isteri yang telah bercerai pada 2020.

Foto: via mStar

"Klien saya adalah bekas isteri. Dia nak jual rumah tu lama dah. Tapi disebabkan pelbagai isu, baru sekarang dia nekad nak jual rumah tu.

"Dia tinggal di tempat lain, yang tinggal di rumah tu adalah bekas suami dia bersendirian. Lama juga klien saya tak datang rumah tu sejak mereka berpisah," katanya kepada mStar.

Berpengalaman sebagai ejen hartanah selama lebih tiga tahun, Nadia berkata, dia bagaimanapun tidak keseorangan ketika melakukan pemeriksaan di rumah tersebut.

"Patutnya bila buat inspection saya pergi seorang saja. Secara kebetulan klien saya tu available, dia datang bersama anak perempuannya berusia lima tahun.

"Bekas suami dia ada di rumah. Keadaan rumah dua tingkat tu dari luar macam biasa. Kami masuk rumah, saya terus buat inspection bermula dari tingkat bawah," ujarnya.

Menurut Nadia, keadaan di dalam rumah itu tidak terurus dan bersepah seperti tidak dijaga dengan baik.

Namun apabila naik ke tingkat satu rumah berkenaan, Nadia tergamam melihat sesuatu yang mencurigakan di ruang rehat.

"Saya ternampak sesuatu seperti patung yang dibaringkan atas kerusi. Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa besar sangat patung tu?

"Mulanya saya tak pasti, rasa ragu-ragu. Bila saya tengok secara dekat macam sex doll (patung seks), tapi takkan benda tu kot," katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tidak lama di ruang berkenaan, Nadia terus masuk ke bilik tidur utama sebelum bercerita tentang apa yang dilihat kepada kliennya yang turut terkejut dengan penemuan patung tersebut.

"Sah! Patung tu adalah sex doll. Klien sendiri tanyakan pada ahli keluarga dia selepas hantar gambar. Saya tak sedap hati, tak boleh fikir dah. Saya geli!

"Saya berterus-terang dengan klien minta kemas rumah, termasuk simpan patung tu. Saya datang nak bantu cari potential buyer. Macam mana nak market rumah kalau tidak terurus," katanya.

Jelas Nadia, dia tidak dapat membayangkan sekiranya datang ke rumah tersebut bersendirian atau membawa bakal pembeli yang melihat patung berkenaan.

"Percayalah, jika rumah dalam keadaan tidak baik, termasuk ada barang yang sensitif secara terbuka boleh mempengaruhi keputusan bakal pembeli," katanya.

Nadia juga mengaku trauma berada di rumah tersebut bukan hanya disebabkan kewujudan patung itu, tetapi juga apabila memikirkan kelakuan bekas suami kliennya.

"Dari mula masuk ke rumah, bekas suaminya asyik senyum pandang saya semacam. Bila dia senyum, apa yang dia fikir sebenarnya? Penampilannya juga tak terurus, macam bermasalah.

"Saya trauma walaupun saya datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan," tambahnya.

Susulan pengalaman pertama kali itu, Nadia meminta mana-mana pemilik atau penghuni rumah supaya menghormati ejen hartanah dalam menjalankan tugas mereka.

"Ejen juga manusia biasa, bila berurusan dengan manusia ni melibatkan emosi. Kita nak bantu mereka (jual rumah), jadi mereka pun kena bantu ejen.

"Tak sampai 10 minit pun saya buat inspection. Biasanya saya tinjau dahulu tengok keadaan rumah sebelum ambil gambar. Setakat ini, saya belum kembali ke rumah tu.

"Saya tidak tahu apa punca penceraian klien dengan bekas suami, tapi dia ada beritahu 'Sebab itulah saya tak boleh hidup dengan lelaki macam ni'," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-8-2022 09:41 PM
boleh jadi tu gimmick untuk kenakan ejen supaya rumah tidak terjual dan dia tak dihalau keluar

seriously, kalau kau ada sex doll, toys, apa-apa lah untuk kepuasan diri,
dan kau tau, ada orang akan datang, atau nak datang, dan akan lalu setiap ceruk,
adakah kau akan biar benda tu terdedah di tempat terbuka?
atau sorokkan seperti kebanyakan orang lain buat?

that smile is a wicked smile I assume. dia nak kenakan perempuan tu. and he succeed.
just my 2 cents. I could be wrong
Quote marla69 17-8-2022 09:44 PM
Ada kah sang suami bewak?
Quote redz85 17-8-2022 10:21 PM
aku rela dia ada sex toys dari rogol anak sendiri, anak jiran, anak murid
Quote faraway1 17-8-2022 10:29 PM
Mengada lah trauma, entah entah bling bling mata hitam ku ingat berapa komisen dapat jika patung seks tu dijual dengan rumah.   
Quote Orenn1 17-8-2022 10:36 PM
Overnya ejen. Ko suggestlah suruh owner kemas rumah  n simpan sex toy dia tu waktu potential buyer dtg. Tak perlu nak over sgtt huh
Quote Orenn1 17-8-2022 10:37 PM
Ni siap karang2 over2. Patutnya cakaplah pd client ko
Quote nyoyoyenye 17-8-2022 10:44 PM
Adrif replied at 17-8-2022 09:41 PM
boleh jadi tu gimmick untuk kenakan ejen supaya rumah tidak terjual dan dia tak dihalau keluar

seri ...

haah kan terfikir jugak macam tu
Quote Nnoor2 17-8-2022 10:45 PM
"Saya trauma walaupun saya datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan," tambahnya.



X logik sungguh la ko nk dtg masuk rumah lelaki x dikenali waktu mlm sorang2...
Quote Atata 17-8-2022 10:57 PM
Eh bodohnya ejen ni. Mula2 baca tajuk dah aku rasa annoyed coz sukati org lah nak buat apa behind close door, ko overthinking tu hal kauuu.

Bila baca lg isi dia lagi laaaa aku menyampah, ada ka ejen tak profesional gini? Setakat sex doll takde lahhh nak mempengaruhi keputusan potential buyer pon!! Kecuali la ada org mati dalam tu. Ko kenapa hanatttt
Quote naina 17-8-2022 11:02 PM
Orang tu duda takda bini. Biarlah dia lempiaskan nafsu kat patung dari rogol mana2 girl. Patutnya ko diam jela simpan aib orang.
Quote krustykrab 17-8-2022 11:10 PM
redz85 replied at 17-8-2022 10:21 PM
aku rela dia ada sex toys dari rogol anak sendiri, anak jiran, anak murid

Betul....mmg la apa dia buat tu memalukn tp dari dia sakit kan org lain biorlah dia sakitkn diri dia sendiri
Quote kaedahnya 17-8-2022 11:22 PM
cerita dia laki tu tamau keluar rumah tu la. sebab memang tak berduit or nak saiko bekas bini. rumah pulak bini bayar. silap silap nama laki ada kat s&p pulak. apa lagi mau.
Quote Kak-Rohana 17-8-2022 11:25 PM
Over lah… jijik membayangkan konon. Dildo byk jual online tu sape yg beli dek kalu x laku org tak jual ler dah dek. Ko x bygkan tu pulak dek
Quote che-cikL 17-8-2022 11:26 PM
Edited by che-cikL at 18-8-2022 01:49 AM

Abis dia tulis panjang lebar ni, klien tu takkan tak tahu dia mengumpat diorang di alam maya.... bleurghh tak profesional langsung ejen ni.
Quote kemaruk 17-8-2022 11:27 PM
Ejen yang takde etika

Siap ambik video dan burukkan client

Masa bini bangkem jadi ejen hartanah dulu pon jumpa macam2 benda takde la nak sebarkan

Demi konten tiktok.. bangkem harap lesen ejen dia ditarik balik
Quote jalfa 18-8-2022 12:23 AM
Dekkk.dari dia henjut anak dara org baik patung tu je kena biasala jantan dah biasa ada bini..sbb tu la hari hari retis duda asik merentan cerita kawen kawen
Quote Sazreena 18-8-2022 12:57 PM
Mohon jgn biarkan anak dia bersendirian atau dijaga walaupun sementara dgn laki ni. Red flag di situ.
Quote supernaturalee 18-8-2022 01:02 PM
"Saya trauma walaupun saya datang waktu siang bersama klien. Tak dapat bayangkan apa akan berlaku kalau malam. Lebih-lebih lagi saya ni perempuan," tambahnya.


lelebih plk imagination perempuan ni
ade ke org buat inspection memalam


Quote Cyempaka 18-8-2022 01:12 PM
Kau buat je la keje kau xyah sibuk hal orang.. Yang Teramat Poyo Nadia oi..
Ok la tu dr dia simpan gmbr porno bebudak

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058976 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top