CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang 6 Hari, Warga Emas Minta Nasi Sebaik Ditemukan

17-8-2022 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1104| Komen: 10

Description: “Bagi ibu nasi, ibu lapar.”Itulah luahan pertama Painah Siwan, 79, kepada anaknya, Sadiah Mohari, 42, sebaik berjumpa dengan ibunya yang dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima ...
“Bagi ibu nasi, ibu lapar.”

Itulah luahan pertama Painah Siwan, 79, kepada anaknya, Sadiah Mohari, 42, sebaik berjumpa dengan ibunya yang dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemukan selamat kelmarin setelah dilaporkan hilang selama enam hari.


Menurut Sadiah, ibunya yang menjalani rawatan di HSNI bagaimanapun masih dalam keadaan lemah dan belum boleh banyak bercakap.


PAINAH SIWAN

“Insya-Allah, apabila dia sihat dan sudah pulih sepenuhnya nanti saya akan bertanya bagaimana dia boleh tersesat kerana kebun kelapa sawit itu bukan asing baginya.


“Saya juga bersyukur kerana ibu masih dapat mengenali anak-anaknya yang datang me­lawatnya di HSNI semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Pada masa ini, semua ahli keluarganya mahu ibunya itu diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan semula tenaganya agar kembali sihat dan pulang ke rumah bersama-sama keluarga.

“Kami masih belum pasti berapa lama ibu perlu mendapatkan rawatan, namun, apa yang pasti dia sudah dalam keadaan sihat walaupun masih lemah,” katanya

Pada 10 Ogos lalu, Painah dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

Sehubungan itu, sebuah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan hasil pencarian selama lima hari akhirnya berjaya menemukan wanita warga emas berkenaan berhampiran lopak air hanya 1.4 kilometer dari rumah dan 900 meter dari pusat kawalan operasi SAR pada pukul 11.25 pagi, kelmarin.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 17-8-2022 04:09 PM
Alhamdulillah, jumpa makcik ni.

Tapi memang la minta nasi kan kalau dah lapar? makanan ruji orang melayu.
kang dia minta lasagna, orang kata buang tebiat pulak
Quote monreyes 17-8-2022 04:14 PM
bila lah acik ni nak citer pengalaman dia
Quote afie_m 17-8-2022 04:18 PM
alhamdulillah..nak tahu pengalaman dia waktu hilang tu
Quote makadek 17-8-2022 04:18 PM
Jgn ade rEporter tambah perase sudeh
Quote supernaturalee 17-8-2022 04:44 PM
prizadane replied at 17-8-2022 04:09 PM
Alhamdulillah, jumpa makcik ni.

Tapi memang la minta nasi kan kalau dah lapar? makanan ruji orang m ...

atau mntk nk kawen...whattt????







Quote Artemesiaa 17-8-2022 04:48 PM
Orang tua mesti lapar nasi dari makanan lain.  Tapi sebab dia dah banyak hari tak makan mungkin hanya dibenarkan makan bubur je dulu yang lembut2 untuk perutnya tu.
Quote ashilalat 17-8-2022 08:39 PM
Semoga cepat sembuh acik
Quote Suchi 17-8-2022 08:44 PM
Tp kan kalau tak mkn byk hari mesti perut masuk angin pastu kepala pun sakit dan muntah2.
Tp taktaula kalau nenek ni ada mkn gak apa2 masa hilang tuk alas perut, cth mkn buah sawit ke apa.
Quote None68 17-8-2022 09:26 PM
Nasib baiklah jumpa
Quote akusukaq 17-8-2022 10:28 PM
Nasib baik nenek ni tak dipatuk ular tedung.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046450 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top