CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Tampar Budak 3 Tahun, Enggan Bagi Rawatan Kerana Dicarut

16-8-2022 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1786| Komen: 10

Description: Seorang doktor lelaki di Thailand didakwa menampar seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dan enggan memberikan rawatan kerana dihina oleh pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.
Seorang doktor lelaki di Thailand didakwa menampar seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dan enggan memberikan rawatan kerana dihina pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.


Susulan kejadian itu, keluarga kanak-kanak tersebut membuat laporan polis dengan ibunya, Sutharat, mendedahkan insiden itu dalam akaun Facebook berjudul Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3.


Sutharat membawa anaknya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen kerana mengalami serangan asma. – Thaiger

Menurut Sutharat, dia membawa anaknya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen dalam wilayah Nakhon Pathom kerana mengalami serangan asma.


Budak itu duduk di atas ribanya sambil bermain permainan ketika menanti rawatan di dalam bilik doktor berkenaan sebelum permainan itu terkena wajahnya.

“(mencarut) ia terkena mulut saya!” kata kanak-kanak tersebut.

Doktor berkenaan kemudian berpaling lalu menampar anaknya yang membuatkan kanak-kanak itu menangis.

Menurut Sutharat, ketika ditanya mengenai perbuatannya, doktor itu berkata bahawa dia melakukan perkara sama kepada anaknya. Dia kemudian menyerahkan ubat nebulizer sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Sutharat menegaskan bahawa anaknya mengeluarkan kata-kata itu kerana barang permainannya terkena pada wajahnya, dan bukannya mencarut kepada doktor tersebut.

Namun, dalam satu temu bual dengan media, doktor terbabit mendakwa bahawa dia menampar kanak-kanak itu kerana dia berkata, “(mencarut) doktor Tu”. Doktor Tu merupakan nama samaran lelaki berkenaan.

Dia bagaimanapun mengaku bahawa tindakannya itu salah dan tidak bermaksud untuk menampar kanak-kanak tersebut. Katanya, dia berada dalam keadaan tertekan kerana keluarganya baru pulih daripada jangkitan Covid-19.

Doktor itu juga mengaku akan berjumpa dengan keluarga kanak-kanak tersebut untuk meminta maaf. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 16-8-2022 09:33 PM
Mmg patut lempang je. Kecik² dah pandai carut. Beberapa tahun lepas, aku pegi klinik. Dalam ada mak bawak anak perempuan umur 3 tahun utk sunat. Tapi mulut anak dia...... babi bodoh sial x lekang wei dari mulut anak dia maki doctor. Tak rasa macam budak 3tahun pun carutnya. Aku tau umur dia pun masa tunggu turn tu, aku tanya umur berapa. Masa aku tgh tunggu turn bergegar anak dia jerit dalam bilil doctor.
Mak tu pun lambat sangat bawak anak tu sunag
Quote sharlenetexas 16-8-2022 09:35 PM
Tengah2 sakit pun masih sempat mencarut. Iols speku mak bapak dan budak ni macam family kaklong7e mintak penampar.


Quote airmineral 16-8-2022 11:30 PM
Lolalala: Mmg patut lempang je. Kecik²  ...


adoi da besar la budak tu baru nak sunat   

tp seriau betul umur 3 tahun da lancar mencarut
Quote Carcosa 17-8-2022 12:26 AM
Mak2 yg mcm ni, bila anak2 dia mencarut, gelak2 je. Comel katanya Bila in public baru gelabah and acah2 mak yg hebat, tegur anak dia
Kat rumah, kahkahkahkah aje, comel katanya, sambil anak dia yg berwajah desa tu terus terusan mencarut.
Quote gekkou 17-8-2022 08:29 AM
wow!!
inilah anak2 kebanggaan mak pak
bila baca ni
automatik aku teringat k.long 7E
seyakinnya aku anak dia pun mulut mcm budak ni
Quote fefeeling 17-8-2022 08:34 AM
Aku klu keluar hangout dgn membe2 yg bwk anak2.. kadang2 rancak sembang habis keluar perkataan2 tak sepatutnya aku rasa bersalah yg amat cos budak2 kan  mendengar, pastu they ingat and akan praktik kan.. cepat2 aku tekup mulut and say sorry2 sambil mata melilau cari anak2 diorang kot lah ada berdekatan or tgh khusyuk dgr kita bercakap kan.. huhu
Quote tripleid 17-8-2022 08:35 AM
yg suka mencarut ni mostly ummah  pprt Biforti..
Quote bulan_gerhana 17-8-2022 08:41 AM
haa ni lah contoh.. anak2 observed ape yg mak pak buat.. kalau molot mak pak jenis x reti tapis.. main maki2 je.. mmg mengikut la.. wording tu dah jadi kebiasaan kat mulut.. bak air mengalir
Quote KamikuP 17-8-2022 02:04 PM
Mungkin mak budak ni peragai sama mcm ka long 7e yg takde maruah tu
Quote Hizert 17-8-2022 03:18 PM
Tak heran pon, selalunya yang kecik2 ni kalau rajin carut selalunya orang yang rapat / sekeliling suka carut dan nampak biasa. Diorang plak jenis copy paste je. Nak salahkan sape??

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041904 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top