CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Monyet Diracun Bimbang Penularan Cacar Monyet

10-8-2022 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 661| Komen: 1

Description: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal atas pembunuhan monyet di Brazil ketika kebimbangan penularan cacar monyet.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal atas pembunuhan monyet di Brazil ketika kebimbangan penularan cacar monyet.

Laman web berita Brazil G1 pada Ahad lalu melaporkan, 10 monyet diracun dalam tempoh kurang seminggu di bandar Sao Jose do Rio Preto, di negeri Sao Paulo. Kejadian sama dilaporkan berlaku di bandar lain.


Monyet di Mato Grosso, Brazil - Foto EPA

Ketika demam kuning berlaku, Brazil mempunyai rekod serangan yang banyak terhadap monyet.

Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, penularan boleh berlaku daripada haiwan kepada manusia, namun wabak baru-baru ini berkaitan dengan manusia sahaja.


"Orang ramai perlu tahu penularan yang kita lihat sekarang adalah dalam kalangan manusia.

"Orang ramai tidak boleh menyerang haiwan itu," katanya pada sidang media di Geneva.

Brazil merekodkan lebih 1,700 kes cacar monyet, menurut WHO. 

Kementerian kesihatan negara itu mengesahkan, satu kematian berkaitan penyakit itu dikesan pada 29 Julai lalu. Mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan penyakit komorbiditi.


Individu mendapatkan vaksin cacar monyet di sebuah taman di Los Angeles. FOTO EPA

Sejak Mei lalu, hampir 90 negara melaporkan lebih 29,000 kes cacar monyet.

WHO mengklasifikasikan wabak penyakit yang jarang berlaku itu sebagai kecemasan antarabangsa pada Julai lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-8-2022 02:05 PM
Manusia yg jahak binatang yg kena hukum... nak buat rumah teres  tembak mampus binatang binatang tuu.. hutan ditarah.. siannya jd binatang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.052492 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top