CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 1

10 Monyet Diracun Bimbang Penularan Cacar Monyet

[Copy link]
Post time 10-8-2022 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal atas pembunuhan monyet di Brazil ketika kebimbangan penularan cacar monyet.


Laman web berita Brazil G1 pada Ahad lalu melaporkan, 10 monyet diracun dalam tempoh kurang seminggu di bandar Sao Jose do Rio Preto, di negeri Sao Paulo. Kejadian sama dilaporkan berlaku di bandar lain.




Monyet di Mato Grosso, Brazil - Foto EPA




Ketika demam kuning berlaku, Brazil mempunyai rekod serangan yang banyak terhadap monyet.


Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, penularan boleh berlaku daripada haiwan kepada manusia, namun wabak baru-baru ini berkaitan dengan manusia sahaja.


"Orang ramai perlu tahu penularan yang kita lihat sekarang adalah dalam kalangan manusia.


"Orang ramai tidak boleh menyerang haiwan itu," katanya pada sidang media di Geneva.


Brazil merekodkan lebih 1,700 kes cacar monyet, menurut WHO.


Kementerian kesihatan negara itu mengesahkan, satu kematian berkaitan penyakit itu dikesan pada 29 Julai lalu. Mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan penyakit komorbiditi.




Individu mendapatkan vaksin cacar monyet di sebuah taman di Los Angeles. FOTO EPA





Sejak Mei lalu, hampir 90 negara melaporkan lebih 29,000 kes cacar monyet.


WHO mengklasifikasikan wabak penyakit yang jarang berlaku itu sebagai kecemasan antarabangsa pada Julai lalu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia yg jahak binatang yg kena hukum... nak buat rumah teres  tembak mampus binatang binatang tuu.. hutan ditarah.. siannya jd binatang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.439039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list