CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

adidas Lancar Rangkaian Ultra BOOST baharu

14-8-2015 04:54 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 5844| Komen: 0

Description: Ia direka berdasarkan pengukuran permukaan dan bentuk 3D ARAMIS bagi membolehkan pemakainya menikmati pengalaman larian boleh suai dalam apa jua persekitaran. Ultra Boost F/W 2015 adalah kasut larian ...
adidas Malaysia Sdn. Bhd melancarkan rangkaian kasut larian ULTRA BOOST terbaharunya bagi koleksi musim Luruh/Sejuk 2015 (F/W 2015) bersempena sambutan ulangtahun pertama The Marathon Shop, yang merupakan Rakan Larian Kegemaran adidas. Meneruskan kesinambungan daripada pengenalan Ultra BOOST terdahulu bagi koleksi musim Bunga/Panas 2015 (S/S 2015), adidas sekali lagi membawa bidang larian kepada satu peringkat lebih tinggi. Revolusi tanpa batasan adidas telah menyaksikan kelahiran Ultra BOOST baharu yang ditambahbaik. Ia direka berdasarkan pengukuran permukaan dan bentuk 3D ARAMIS bagi membolehkan pemakainya menikmati pengalaman larian boleh suai dalam apa jua persekitaran. Ultra Boost F/W 2015 adalah kasut larian yang dibangunkan menerusi penyelidikan yang penuh teliti, sekaligus menjamin pengalaman larian yang sebaik mungkin.



“Kami menerima komen dan maklum balas pelanggan-pelanggan dan setiap daripadanya diteliti secara serius. Jadi, untuk terus membawakan pengalaman larian terbaik dan ketahanan dari segi jarak, kasut larian F/W Ultra BOOST merupakan hasil produk yang dibangun berasaskan input pengalaman peribadi daripada penggemar kecergasan,” kata David Wong, Pengurus Kanan, Aktivasi Jenama adidas Malaysia.


Pengalaman larian tidak akan sama lagi dengan kasut larian revolusioner F/W Ultra BOOST adidas. Ia merupakan sepasang kasut yang tidak sekadar menguatkan rentak larian anda, malahan turut mengekalkan tahap tenaga, sekaligus meningkatkan stamina untuk anda terdaya melanjutkan jarak larian sejauh mungkin. Banyak aspek diambilkira untuk memastikan kasut larian yang dibangunkan ini dapat menambat hati tidak kira lelaki mahupun wanita, serta keperluan yang pelbagai termasuk fungsi, keteradaptasian dan keselesaan tapak kaki. Tatkala F/W Ultra BOOST dilihat lebih merupakan sepasang kasut larian yang menitikberatkan prestasi, ia sebenarnya langsung tidak mengabaikan penampilan gaya dan fesyennya. Kasut larian ini telah diberi wajah dan stail yang segak untuk apa jua pakaian larian.

Sepasang kasut larian yang baik sepatutnya menawarkan keselesaan, fleksibiliti, dan ransangan (BOOST) untuk anda mara selangkah lebih ke depan, inilah yang dibawakan oleh adidas dengan teknologi BOOST-nya. Teknologi tersebut mampu menjana prestasi dan TENAGA tambahan bukan untuk sahaja mendapatkan kelebihan, tetapi juga menyesuai dengan pelbagai kegiatan, dari senaman berintensiti biasa sehinggalah pergerakan agresif. Kali ini, F/W Ultra BOOST diperbuat khas untuk disuaikan dengan sebarang aktiviti, nescaya menjadikannya kasut larian PERANSANG TENAGA (ENERGY BOOST) yang harus dimiliki. Dari berlari ke latihan angkat berat, kasut senaman terunggul ilham adidas, yang menawarkan keselesaan dan sentuhan menganjal serta prestasi tinggi adalah jawapan kepada para penggemar larian dan kecergasan.

Bagi menangani cuaca panas di Malaysia, fabrik yang digunakan dalam F/W Ultra BOOST bertujuan untuk mengekalkan keberanginan ketika larian jarak jauh atau senaman berpanjangan. adidas tidak berkompromi sama sekali dengan bahan yang digunakan. adidas telah memilih secara teliti bahan yang boleh kembang bagi membolehkan ia sesuai untuk dipadankan dengan struktur tapak kaki yang berbeza dan di atas pelbagai permukaan.

Kasut larian F/W Ultra BOOST direka untuk membebaskan tekanan daripada tapak kaki, terutamanya tumit. Ia mampu meningkatkan prestasi yang sederhana kepada suatu tahap cemerlang dan di luar jangkaan. Penggunaan teknologi BOOST pula bertindak sebagai pemangkin kecemerlangan dalam prestasi sukan, sekaligus membantu pemakainya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.


Alamilah satu lagi revolusi larian. Larian terunggul menanti anda dengan F/W Ultra BOOST di www.adidas.com/ultraboost. adidas Ultra BOOST boleh didapati di kesemua kedai adidas Sports Performance mulai hari ini pada harga jualan RM650 sepasang.
12

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-7-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.028573 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top