CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

KEDUTAAN REPUBLIK KOREA MENGANJURKAN FESTIVAL FILEM KOREA 2015

13-8-2015 04:51 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 1915| Komen: 0

Description: Festival filem 4-hari memberi peluang kepada penonton Malaysia untuk menyaksikan filem Korea secara percuma !

Peminat filem Korea, tandakan kalendar anda dan tontoni beberapa filem terbaik Korea secara percuma pada Festival Filem Korea mulai 20 Ogos – 23 Ogos ini. Festival Filem Korea 2015 ini dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia dan menyediakan peluang unik buat peminat filem Korea untuk meneroka industri filem Korea yang rancak dan penuh gemilang. Sebanyak 10 filem akan ditayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) yang mengambil bahagian di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 


 

Selain mengetengahkan dan mempromosi pengalaman filem Korea, Kedutaan Republik Korea ingin menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Korea kepada masyarakat Malaysia.Bercakap pada pelancaran media Festival Filem 2015, Menteri dan Konsulat Jeneral Yoon Chang Yul, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Republik Korea di Malaysia berkata, “Bagi pihak Kedutaan Republik Korea, saya berbesar hati mengumumkan bahawa Festival Filem Korea kini kembali di Malaysia. Kami teruja menganjurkan Festival Filem Korea 2015. Kami berharap dapat mengurangkan jurang budaya antara Korea dan Malaysia menerusi usaha ini dan sehubungan itu, mengukuhkan jalinan antara dua negara ini.” 

Festival berkenaan membawakan sepuluh tajuk yang merangkumi filem thriller yang meraih anugerah, “The Thieves”, “Confession of Murder”, drama romantis, “All About My Wife”, “Marriage Blue”, filem sejarah “The Front Line”, drama keluarga, “My Paparotti”, “Duresori: The Voice of the East”, filem komedi “Man on the Edge” dan filem animasi, “The King of Pigs” dan “Green Days: Dinosaur and I”.

Semua tayangan filem tersebut adalah percuma berdasarkan pas yang boleh ditebus melalui www.koreanfilmfestival.com.my, www.gsc.com.my, My Maxis Mobile App, surat khabar The Star dan Harian Metro. Peminat drama Korea kemudiannya boleh terus ke pawagan-pawagan terpilih iaitu: GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza Penang, GSC CityONE MegaMall Kuching dan GSC Suria Sabah Kota Kinabalu untuk menebus tiket-tiket anda sementara stok masih ada. Orang ramai boleh menebus tiket bermula daripada 20 hingga 23 Ogos.

Untuk maklumat lanjut tentang jadual filem, sila layari www.koreanfilmfestival.com.my dan www.gsc.com.my

19

Bagus
33

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.080537 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top