CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Bosch Lancar Konvensyen Peralatan Isi Rumah 2015

17-8-2015 05:42 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 2233| Komen: 0

Description: Seiring dengan reka bentuk antara muka pengguna Bosch yang ikonik, Ketuhar Siri 8 adalah terkontur secara tepatnya dengan permukaan besi penuh dan dibina dengan skrin paparan interaktif dan leraian ti ...
Bosch hari ini telah memperagakan barisan produk terbaru keluarannya seperti Ketuhar Siri 8, Mesin Pembancuh Espresso Bina Dalam Siri 8, Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk  Rangkaian Asia, Mesin Basuh dan Pengering di Konvensyen Isi Rumah 2015 anjurannya. 


Selaku pemenang Anugerah Reka Bentuk Jerman 2015, Ketuhar Bosch Siri 8 menampilkan sejumlah 21 jenis teknologi baharu yang mampu memudahkan anda apabila berhasrat menganjurkan majlis keramaian di kediaman sendiri. Dengan sensor yang canggih dan berintuitif, ketuhar ini berupaya membantu sesiapa sahaja, malahan mereka yang kurang mahir memasak, untuk menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak tatkala menjamin kualiti paling sempurna. Kerja-kerja menyediakan makanan yang lazat tidak semestinya rumit.dengan menggunakan khidmat ketuhar sofistikated ini. Ketuhar Bosch Siri 8, yang merupakan produk hasil usaha penyelidikan dan pembangunan bertahun-tahun lamanya oleh sekumpulan 130 jurutera berasaskan input maklum balas yang diterima daripada lebih 7,000 pelanggan, pasti merupakan antara peralatan memasak yang seharusnya dimiliki di dapur anda.


Ketuhar Bosch Siri 8


‘Deria’ Tambahan
Sama ada suri rumah ataupun tukang masak profesional, lazimnya mereka bergantung kepada gerak hati sendiri untuk menentukan berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk sesuatu masakan. Namun dengan menggunakan Ketuhar Bosch Siri 8, maka tidak perlulah bertungkus lumus untuk mencapai hasil masakan yang sempurna. Dibina dengan sensor yang canggih, ketuhar tersebut akan secara automatiknya melakukan pelarasan yang sepatutnya.

Pengudaraan Panas 4D
Teknologi pengudaraan panas 4D eksklusif baharu ilham Bosch mampu memastikan pengagihan haba yang seimbang untuk memperoleh hasil masakan yang terbaik. Pemanasan konsisten adalah dihasilkan melalui kipas ulang-alik simetri – digerakkan oleh motor EcoSilence Drive yang cekap. Dulang memasak kini boleh diletakkan di mana-mana sahaja daripada empat tingkat membakar dan memanggang dalam ketuhar. Hasil terbaik tetap akan diperolehi meskipun ketika anda menggunakan kesemua empat tingkat serentak.    

Membakar Secara Kukus dan Gelombang Mikro
Selaku produk yang berasaskan kepintaran Jerman, Bosch telah menyatukan teknologi udara panas 4D dengan fungsi suntikan stim baharu. Hidangan daging yang dipanggang engan udara panas dan stim menjadikan luarannya rangup dan dalamnya empuk. Membakar dengan gabungan kukus juga bagus untuk mendapatkan kerak roti yang bersinar. Ketuhar Bosch Siri 8 juga boleh digunakan untuk mengukus sayur-sayuran dan ikan dalam cara tradisional. Ciri gelombang mikro bersepadu juga boleh memendekkan tempoh memasak dengan hampir 50 peratus.

Pembakaran Ideal 
Bayangkan kek span, mufin, kek cawan dan roti yang dibakar anda mengembung dengan sempurnanya. Dengan sensor PerfectBake, tahap lembapan adalah dikawal dalam dalam rongga ketuhar untuk memperoleh hasil pembakaran yang rata. Sesudah memilih jenis pembakaran yang dikehendaki, ketuhar akan secara automatiknya mengeset mod pemanasan, suhu dan tempoh yang ideal. Maka tidak terjadi lagilah hasil kek yang hangus atau tidak masak.

Pemanggangan Ideal
PerfectRoast merupakan satu peranti yang berfungsi untuk mengukur suhu teras sesuatu daging itu, sekaligus ideal untuk penyediaan apa jua hidangan daging dan ikan. Peranti tersebut juga memastikan daging dipanggang secara tepat pada tiga bahagian berbeza. Tahap ketepatan itu menjanjikan hasil panggangan yang sempurna.

Seiring dengan reka bentuk antara muka pengguna Bosch yang ikonik, Ketuhar Siri 8 adalah terkontur secara tepatnya dengan permukaan besi penuh dan dibina dengan skrin paparan interaktif dan leraian tinggi. Semua ketuhar juga telah dihias butang sesentuh, butang ikon timbul dan gegelang kawalan bersepadu keluli tahan karat. Peralatan isi rumah Siri 8 Bosch, dengan 8 model baharu bagi disuaikan dengan cita rasa para pengguna, boleh didapati di semua kedai kelengkapan rumah terkemuka mulai suku keempat 2015. 

Mesin Pembancuh Espresso Bina Dalam Automatik Bosch Siri 8

Dengan hanya perlu menekan butang One-Preparation, Mesin Pembancuh Espresso Bina Dalam 45sm Automatik CTL636ES1 Siri 8 berupaya menghasilkan Ritstretto, Capuccino, Café Latte  serta beberapa jenis lagi minuman panas yang lain. Sekiranya pengguna cenderung kepada meminum jenis kopi yang sama untuk setiap hari, maka lapan pilihan kegemaran bolehlah diset melalui program My Coffee.

Jadi, menikmati kopi di kediaman sendiri adalah begitu mudah sekali! Tidak perlulah bersusah payah kerana ciri Individual Cup Volume dan One Touch Double Cup akan membantu anda menentu dan mengimbangkan jumlah yang akan diisi ke dalam secawan minuman. 

Mesin Pembancuh Epresso juga merupakan sebuah mesin yang menitikberatkan kebersihan dengan menampilkan ciri Auto Milk Clean. Ia bertujuan untuk memastikan kerja membersih dipermudahkan, dengan alat pembuih susunya boleh ditanggalkan di samping adalah kalis mesin pencuci pinggan-mangkuk. Mesin Pembancuh Espresso ini turut menampilkan program Calc ’n’ Clean yang membersih dan nyahkerak secara automatiknya.

Komponen lain yang terdapat dalam mesin ini ialah dulang titis dan pengisar kopi boleh tanggal yang merupakan kalis mesin pencuci pinggan-mangkuk. Ia juga menunjukkan bilakah perlunya untuk menukar penapis air, membersih dan nyahkerak di samping memaparkan baki bilangan cawan yang tinggal. 

Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk Bosch

Tiada mesin pencuci pinggan-mangkuk kami dibiar meninggalkan kilang sebelum ianya disahkan mematuhi tahap piawaian tinggi kami dari aspek kualiti, prestasi dan kelestarian.
Ciri-ciri Utama
Teknologi Zeolith® merupakan satu kemajuan penjimatan tenaga yang membolehkan mesin pencuci pinggan-mangkuk untuk mengeringkan perkakas makan secara berkesan tanpa menggunakan jumlah tenaga yang banyak. Para pengguna juga mempunyai pilihan untuk perkakas makan mereka dibersihkan mengikut ketetapan tempoh waktu biasa menggunakan program standard, ataupun memilih untuk memendekkan program dengan bantuan VarioSpeed™. Ciri ini mampu mengurangkan tempoh membersih dan mongering kepada hampir 50% tetapi tidak menjejaskan langsung prestasinya.  

Program HygienePlus pula membantu anda menanggalkan 99.9% bakteria dan kuman dengan bilasan terakhir yang darjah kepanasannya mencecah lebih 70C. Ini sekaligus sesuai untuk pencucian perkakas seperti botol susu bayi atau papan pemotong yang memerlukan rawatan istimewa.

Bosch sentiasa mengilhamkan reka bentuk yang berguna dan bertujuan. Sistem Bakul VarioFlexPro™ membantu memudahkan pinggan-mangkuk untuk dimuatkan. Pengguna akan dapat memanfaatkan setiap ruangan dalam mesin pencuci dengan memperluaskan ruang muatan dan rak berlipat bagi mendapatkan kapasiti tambahan.

Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk Rangkaian Asia
Bagi memudahkan rutin dapur seharian pengguna di Asia, Bosch dengan bangganya memperkenalkan Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk Rangkaian Asia - model SMS63L02EA yang direka khas demi memenuhi segala kehendak yang sesuai dengan pencucian perkakasan Asia.

Wok Program (Program Kuali)
Wok Program adalah satu program yang direka khas untuk untuk membersihkan kekotoran melampau pada kuali bersama perkakasan yang lain. Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk tentunya dapat mengubah peralatan dapur kotor kepada yang bersih bersinar dan kering. 

Pemegang Penyepit + Bakul Kutleri Kembar
Bagi menjimatkan masa dan pengurusan storan yang lebih teratur, mesin pencuci pinggan-mangkuk ini memberi ruang kepada penggunanya untuk menempatkan penyepit dan kutleri secara teratur, kesemuanya dalam satu bakul. 

*Kesemua Mesin Pencuci Pinggan-Mangkuk Bosch adalah disertakan bersama tempoh jaminan 10 tahun terhadap pengaratan.
 
Mesin Basuh Bosch


Sama ada sepasang jean ‘skinny’ kegemaran anda, skirt sutera mahupun jersi bola sepak milik anak anda, mesin basuh baharu Bosch adalah jawapan kepada hasil cucian bersih tatkala tidak membelenggu anda dengan bunyi bising.

i-DOS
Ditemui dalam WAW32640EU, i-DOS adalah sistem dos automatik yang berkemampuan untuk mengukur jumlah bahan cuci yang tepat untuk digunakan. Tanpa perlu anda mengagak lagi, ciri ini akan membantu mengukur lalu menuang cecair detergen secara automatiknya ke dalam gelendong. Sebenarnya, ketepatan pengiraan dos adalah begitu teliti sehinggakan mencecah satu mililiter supaya anda dapat menjimatkan kadar kegunaan detergen. Di samping menjamin hasil cucian pakaian yang lebih bersih, ia juga membantu anda menjimat air berbanding kaedah manual. Potensi penjimatan air tahunan mampu mencecah sehingga 7,062 liter banyaknya!

Tidak Lagi Dibelenggu Bunyi Bising

Motor EcoSilence Drive™ yang dibangunkan Bosch menggunapakai motor tanpa berus yang bertujuan untuk mengurangkan geseran. Berikutan itu, bunyi motornya bukan sahaja meredam, malahan turut mengurangkan kebarangkalian ia menjadi haus dan lusuh, sekaligus memanjangkan hayatnya. Motor ini datangnya dengan jaminan selaman 10 tahun. Keberkesanan motor tanpa berus juga menjadikan ia cekap tenaga, sekaligus menghasilkan kitaran putar yang berpanjangan supaya pakaian dapat dicuci dengan pantas.

Reka bentuk AntiVibration™ yang boleh ditemui di kedua-dua belah dinding mesin basuh, 
mampu memberikan lebih kestabilan walaupun ketika kitaran putar mecapai tahap tertinggi. Ia membantu mengurangkan getaran dan bunyi bising. Digabungkan bersama EcoSilence Drive™, mesin basuh kami menjanjikan pengalaman cucian yang benar-benar senyap.

Kebebasan Memilih
Bersama fungsi VarioPerfect™, mesin basuh Bosch’s memberi ruang kepada penggunanya untuk mencapai hasil cucian terbaik bagi kesemua jenis fabrik. Anda boleh memilih untuk sama ada menjalankan opsyen SpeedPerfect ataupun opsyen EcoPerfect. 

Dengan opsyen SpeedPerfect, tempoh cucian akan dipendekkan dan anda dapat menjimatkan hampir 65% tempoh cucian* tetapi tetap memperoleh hasil cucian yang memuaskan. Opsyen EcoPerfect pula menjanjikan cucian yang lebih cekap dengan menjimat hampir 20%** tenaga tetapi tidak menjejaskan hasil cuciannya.
*bergantung kepada program yang dipilih,  keputusannya mungkin berbeza
**bergantung kepada program yang dipilih dan penetapan suhu, keputusannya mungkin berbeza

Tegas ke atas Kekotoran, Halus pada Fabrik

Inovasi terbaru dalam mesin basuh terkini Bosch’s – VarioDrum™ mempunyai satu permukaan bergelombang yang unik di atas gelendong yang diperbuat dengan struktur curam dan rata. Ia direka bagi rawatan cucian yang bertenaga dan lembut terhadap pakaian anda. Struktur curam memberikan sentuhan gosokan yang diperlukan untuk menanggalkan segala kesan kekotoran, manakala struktur rata pula menghadirkan sentuhan halus pada kain pakaian lembut.

Siri 8 WAW32640EU (RM8,188), Siri 6 WAP28380SG (RM5,988) dan Siri 4WAK20060SG (RM2,788) boleh didapati di Malaysia dan ketiga-tiganya sedia menjadi peneraju industri mesin basuh dengan keunikan ciri-cirinya.

Mesin Pengering Bosch

Mengumum ketibaan Mesin Pengering Bosch Siri 8 WTW85561BY, Siri 4 WTB86200SG dan Siri 4 WTA74200SG ke pasaran tempatan. Barisan produk ini sedia untuk membawa perbezaan dan kemudahan buat penggunanya.

Sistem Pengeringan Terunggul

Tidak seperti mesin pengering pemeluwap, Teknologi ActiveAir Bosch menampilkan teknologi pam haba maju yang berupaya untuk beroperasi tidak sama seperti pemanas konvensional. Ia akan dipanaskan pada kos rendah dengan bantuan pam pemanas manakala haba yang sedia ada pula akan diguna semula secara efisien.

Bosch mempunyai ‘Pemeluwap Penyucian-Sendiri’ yang berinovatif, iaitu pengering pam haba Siri 8 (WTW85561BY). Ketika proses pengeringan, pemeluwap itu akan membersih secara automatik untuk setiap tiga hingga empat kitaran, sekaligus menyenangkan anda.

Selain itu, Mesin Pengering Bosch juga menampilkan Sistem Pengeringan Sensitif. Dengan bahagian dalaman yang luas dan permukaannya yang berbentuk arca gelendong, proses membasuh akan ditembusi udara lembut dari kesemua arah secara kerap. Ia bertujuan untuk membelai pakaian anda. 
Pengayuh SoftFlow® yang unik pula bertindak memutar pakaian individu bagi menghasilkan kesan pengeringan yang lebih baik.

Ke Arah Pakaian Bebas Renyuk

Tanggapan umum bahawa pakaian yang dikeringkan denga mesin pengering pastinya akan renyuk. Namun ia tidak semestinya begitu dan Bosch mahu tanggapan itu dibuang. Dengan menambah wap kepada pakaian yang sudah dikeringkan melalui Teknologi ActiveSteam, maka kesan renyuk pada pakaian akan dapat dikurangkan dan kelihatan berseri.

Segalanya Mengenai Penjimatan Tenaga

Berkebolehan untuk mengesan dan memantau cucian kering , DuoTronic memiliki sensor bina dalam untuk mengukur suhu dan kelembapan dalam mesin pengering. Ini sekaligus menghasilkan mutu penjagaan pakaian yang cemerlang tanpa pengeringan secara keterlaluan ataupun tidak mencukupi.

Akhir sekali, reka bentuk AntiVibration™ juga boleh didapati di kedua-dua belah dinding mesin pengering bagi menambah kestabilan. Tujuannya adalah mengurangkan getaran dan bunyi bising sewaktu kitaran mengering.
***
27

Bagus
24

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
20

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (130 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.169816 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top