CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebuh Raya Jadi 'Lautan Merah' Kontena Bawa Tin Sardin Terbalik

3-8-2022 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4199| Komen: 33

Description: Laluan arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kuala Kangsar sesak disebabkan kemalangan lori muatan sardin yang terbalik pada Rabu.
Laluan arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kuala Kangsar sesak disebabkan kemalangan lori muatan sardin yang terbalik pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 1 petang di Kilometer 265.9 itu mengakibatkan semua laluan terhalang dan aliran trafik terhenti lebih 3 kilometer.


Utusan Malaysia

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lori terbabit dalam keadaan merintangi laluan dengan muatan dibawa bertaburan atas jalan.

"Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar bagi kerja-kerja pengalihan dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.


Menurut beliau, polis telah ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu kawalan aliran trafik untuk mengelak kesesakan lebih teruk.

"Kenderaan telah diarah untuk menggunakan laluan alternatif dari Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh," katanya.


Keadaan lori membawa muatan tin sardin yang terbalik di lebuh raya arah selatan di Kuala Kangsar.
Sinar Harian

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

Trafik masih bergerak perlahan dan pengguna diminta mematuhi papan tanda.

Sementara itu, dalam satu video berdurasi 43 saat yang dikongsi di media sosial menunjukkan ribuan tin dan isi sardin bertaburan atas jalan.

Laluan lebuh raya juga bertukar warna kemerahan apabila sebahagian besar tin sardin kemek dan pecah dilanggar kenderaan lain.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 3-8-2022 02:53 PM
tu yang ramai-ramai tu tolong kutip ke?
Quote helle 3-8-2022 02:54 PM
Hanyir la sepanjang jalan...sardin cap apa
Quote shernazz 3-8-2022 02:56 PM
Entah siapa yang salahhhh
Ku tak tahuuuuu
Quote She-Ra 3-8-2022 02:59 PM
wohooo.. kuat tu bau sardin.. kita kalau teringin mkn sardin, masak kena letak halia bebanyak, nk bg hilang bau tu
Quote chandrahusin 3-8-2022 03:01 PM
Sardin cap ayam katanya
Mahal tu sardin cap ayam
Hujan pagi tadi jalan licin
Quote twins 3-8-2022 03:03 PM
sardin jenis mahal tu..... setahun tak payah beli lauk lain dah tuuu.... makan sadin jer hari-hari...
lepas tu pakat ramai-ramai kena gout.....
Quote helle 3-8-2022 03:05 PM
chandrahusin replied at 3-8-2022 03:01 PM
Sardin cap ayam katanya
Mahal tu sardin cap ayam
Hujan pagi tadi jalan licin

Satu2nya jenama sardin yg tekak ni lalu...kalau mintak kat driver tu dapat rasanya..sbb tin dah kemek dorang rejek je
Quote AshkieLa 3-8-2022 03:07 PM
Edited by AshkieLa at 3-8-2022 03:08 PM

licin oii minyak dalam sardin tu...
bau sardine lagi... damn.
yang lalu boleh bawa roti... selet terus.
Quote mamajawie 3-8-2022 03:19 PM
sapa la bangkai sangat gi kutip tu?teringat time aku kekecik time tu bulan pose kat kg nenek aku dulu lori susu tin terbalik ramai namati orang kampung gi kutip susu tin siap jual balik 1 tin singgit je padahal jenama f&n tu..
Quote scorpionkiki 3-8-2022 03:22 PM
Ala....i nak lalu situ sat lagi. Harap bau dan licin minyak sardin tu dah tak ada...busukkk
Quote kepompong 3-8-2022 03:26 PM
katanya ada krisis makanan (in which for me belum terasa pun.. cukup je makan) katanya lah… tapi ada pulak makanan yg dah di-terbazirkan. too bad
Quote kepompong 3-8-2022 03:27 PM
mamajawie replied at 3-8-2022 03:19 PM
sapa la bangkai sangat gi kutip tu?teringat time aku kekecik time tu bulan pose kat kg nenek aku dul ...

husnuzon duit hasil jualan dia pulangkan balik ke tuan susu
Quote annehuda 3-8-2022 03:28 PM
dari ape yg aku baca la, kekadang memang driver or company tu suruh orang kampung kutip. yelah kalau tak kutip sape nak kutip. takkan company nak byr ot suruh kutip
Quote chandrahusin 3-8-2022 03:30 PM
annehuda replied at 3-8-2022 03:28 PM
dari ape yg aku baca la, kekadang memang driver or company tu suruh orang kampung kutip. yelah kalau ...

Ye.. nmpak komen2 kat FB ckp mcm ni jgk
Company akan claim insuran
Jadi diorg dh tak kisah dgn yg terabur tu
Cuma klu tak yakin pegi la cari driver lori tya betul2
Quote makadek 3-8-2022 03:33 PM
Tmpt aku paling kerap lori kelapa terbalik
Org kg tak kutip pn diorg kelapa tak habis makan
Quote tri-max 3-8-2022 03:35 PM
sardine cap ayam ke... perghhhh sedap tu
kalau kontena 40kaki ni byk la stok yg terbuang.. sedihhh company
Quote black_handbag 3-8-2022 03:47 PM
gigih nau yg mengutip
Quote arm_band 3-8-2022 04:03 PM
hanyir laa tayar deme
Quote sukacactus 3-8-2022 04:05 PM
Alaaa…sardin dah jd sandwich

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.174275 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top